SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN ANM TATACARA PENGGUNAAN SISTEM

PENGUMUMAN E-PENYATA GAJI

DOWNTIME : Aktiviti Penyenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan di Ibu Pejabat JANM
​​
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan, 

Merujuk kepada perkara di atas, pihak JANM akan melakukan Aktiviti Penyenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan yang melibatkan downtime pada tarikh yang berikut: 

Tarikh  Mula : 12 April 2019 (Jumaat)
Masa : 6.00 petang
 

Tarikh Tamat : 14 April 2019 (Ahad)
Masa               : 11.59 malam 


2.     Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan tidak dapat dicapai. Mohon tuan/puan memuat turun penyata gaji, penyata pendapatan tahunan dan laporan yang diperlukan sebelum atau selepas tempoh downtime.

Segala kesulitan amatlah dikesali. 

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.  

----------------------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN E-PENYATA GAJI

Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Tatacara yang turut disertakan dengan gambaran ringkas ini diharap dapat membantu dan membimbing pengguna untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan yang dimuatkan di dalam sistem ini.

PERISIAN YANG DIPERLUKAN

Web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer (version 9 dan ke bawah) adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.

Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan dan pengguna disaran supaya menyediakan perisian Adobe Reader didalam PC/notebook/smartphone bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.

URL SISTEM

Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “Sistem e-Penyata Gaji & Laporan” yang tertera di laman web utama seperti berikut:

PERTAMA KALI MENDAFTAR

Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.

 

MEDAN KETERANGAN No Kad Pengenalan atau No. Pasport Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji Contoh: No K/P Baru : 811212111234 No K/P Lama : A 1234567 No Pasport : A 121212123 No Lain : RF12345 No Gaji No gaji anda. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, sila gunakan salah satu daripada nombor-nombor gaji anda. Kata Laluan Minima 8 aksara Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan Soalan Keselamatan Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk

 

FAQ e-penyata gaji & laporan ANM

Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran? Jawapan: Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

Soalan: Bagaimana untuk mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui aplikasi smartphone?
Jawapan: Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

Soalan: Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?
Jawapan:Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem. Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.

Soalan:Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?
Jawapan: Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan:

  • NO.Kad Pengenalan;

  • NO. GAJI;

  • NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN;dan

  • NO.KOD PUSAT PEMBAYAR.

Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.

Soalan:Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

Jawapan:Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel epayslip@anm.gov.my 

Soalan:Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?

Jawapan: Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan. Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat epayslip@anm.gov.my menggunakan emel rasmi/peribadi masing-masing.

Soalan: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

Jawapan: Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pihak tuan/puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;

  2. Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika anda lupa, sila klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang telah didaftarkan.
    Pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.

Soalan:Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Jawapan:Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan dalam tempoh berikut:

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan

  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

Soalan: Bagaimana cara untuk mendaftar kali pertama sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Jawapan: Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan.

Sebelum mendaftar, pastikan pihak tuan/puan mempunyai maklumat seperti berikut:

  •   No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)

  • No. Gaji

  • Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit  ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)
No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit – Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM
  dan diGANTIkan dengan digit ‘
8)

Soalan: Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Jawapan: Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di lama web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut:
http://www.anm.gov.my/images/PDF/

Soalan: Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

Jawapan: Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.

Bagi tujuan ini;
i. Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri.
ii. Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ,  anggota PERLU mengemukakan salinan kad  pengenalan masing-masing.

Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

E-Penyata Gaji merupakan sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan (federal government) seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya.

Cara-cara mengakses sistem E-Penyata Gaji & laporan anm

Jika anda daftar untuk kali pertama ke E-Penyata Gaji anda perlu klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan mengisi informasi yang diperlukan. Pendaftaran anda akan berjaya jika informasi No. Kad Pengenalan dan No. Gaji dapat disahkan dalam sistem E-Penyata Gaji yang sedia ada.

Untuk akses ke sistem E-Penyata di masa hadapan anda hanya perlu masukkan No. Gaji dan Kata laluan dengan tepat setelah melayari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my dan klik pada butang “Daftar Masuk” untuk meneruskan akses ke sistem E-Penyata Gaji.

AKTIVITI MIGRASI SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Aktiviti Migrasi Sistem Penyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) di Ibu Pejabat JANM Putrajaya yang melibatkan downtime pada tarikh 11 Januari 2018 (Khamis), jam 5.00 petang sehingga 16 Januari 2018 (Selasa), jam 6.00 pagi. Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan eSPGL tidak dapat dicapai. Tuan/Puan dinasihatkan untuk memuat turun penyata gaji dan laporan yang diperlukan sebelum tarikh 11 Januari 2018 atau selepas 16 Januari 2018. 

PROSEDUR PERMOHONAN AKSES CAPAIAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Lampiran I (C) Perkara 1.3.5 dan Prosedur ePenyata Gaji Dan eLaporan Perkara 2.1.3 menjelaskan pegawai Pusat Pembayar/PTJ yang dilantik/tamat atau lupa memperbaharui akses capaian/dibatal autoritinya perlu mengemukakan permohonan beserta surat iringan yang ditandatangani oleh Ketua Tempat Bertugas kepada Pentadbir eSPGL Pejabat Perakaunan masing-masing bagi mendapatkan/membatalkan akses eSPGL.

Langkah seterusnya klik pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk maklumat atau muat turun Penyata Gajiyang terkini dalam bentuk PDF. Anda juga dapat mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara online atau dalam bentuk E-Penyata dan akses kepada maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan, No. Fail Majikan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya dari sistem “E-Penyata Gaji”.

Menyemak Penyata Pendapatan anda menerusi E-Penyata dengan butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun akan membantu anda untuk memahami butiran bayaran yang tepat termasuk informasi cukai dan insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga dapat mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih tepat.

Pada masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dipertingkatkan. Sistem e-penyata telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan untuk mengakses informasi penyata pendapatan bulanan dan tahunan secara serta merta dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga penjimatan kos slip penyata gaji.

Panduan Terperinci dan Tatacara E-Penyata Gaji :

E-Penyata Gaji atau sistem akses kepada Penyata Pendapatan secara online adalah disediakan dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), jika anda memerlukan panduan kegunaan atau Tatacara Pengunaan Sistem E-Penyata dengan teliti dan lengkap sila muat turun panduan dalam bentuk PDF disini.

Dengan penyelarasan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 mengiringi pelaksanaan Sistem “e-Penyata Gaji dan Laporan” dari ANM. Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk mengistihar pelaksanaan dan panduan serta tatacara pengunaan sistem e-Penyata Gaji atau e-Penyata online, pendapatan tahunan juga mulai dapat diakses dan dicetak sendiri dari laman rasmi Jabatan Akauntan Negara oleh Kakitangan Kerajaan bertaraf Perseketuan manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Muat turun surat pekeliling e-Penyata dan laporan dalam bentuk PDF disini

Kesemua individu termasuk Kakitangan Kerajaan berhak untuk mendapatkan informasi Penyata Gaji yang terperinci dan bertulis pada atau sebelum masa setiap individu dibayar oleh majikan. E-Penyata Gaji secara online atau Penyata Pendapatan yang tertulis membolehkan individu untuk mendapatkan informasi pendapatan dan kawalan keatas finansial dengan lebih berkesan. Hak untuk maklumat butiran E-Penyata Gaji kepada Kakitangan Kerajaan mahupun pekerja swasta adalah hak asasi bebas untuk yang bekerja.

E-Penyata Gaji anda harus menunjukkan :

Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.

Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji.

Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun. Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji. Sistem E-Penyata sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan untuk informasi pendapatan tahunan dan bulanan dengan mudah.

Lupa Kata Laluan E-Penyata:

Sekiranya anda terlupa kata laluan sistem E-Penyata sila masuk ke skrin Daftar and klik pada “Lupa Kata Laluan”. Sejurus selepas mengaksesnya, anda akan dikemuka pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada kali pertama.

Jika soalan dan jawapan adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan dinyatakan untuk akses semula ke dalam sistem. Sekiranya anda terlupa jawapan, sila klik “Daftar Semula” untuk pendaftaran semula, sekiranya No. Gaji dan Kad Pengenalan masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem E-Penyata.

E-Penyata merupakan sistem daftar masuk ANM untuk menyemak, mengakses dan print slipgaji Kakitangan Kerajaan secara online dan secara tidak langsung akan memudahkan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

Update :

E-Penyata Gaji akan mengalami had akses terhad atau dalam status sistem maintenance dari masa ke semasa untuk mengendali, mengemaskini maklumat dan update laman rasmi E-Penyata. Ia merupakan rutin untuk menentukan operasi sistem yang terkini dan penambahbaikan keselamatan penggunaan sistem akses dan mutu perkhidmatan laman penyata gaji online. Jika perlu, sila rujuk kepada tatacara dan panduan penggunaan diatas. Harap maklum.

Untuk memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi dari pegawai pemasaran loan yang diyakini dan tidak menghilangkan diri ketika berlaku ketika memproses loan, sila berhubung dengan pihak kami personal loan pinjamanperibadi2u.com.my dengan whatsapp payslip ke 0192983056.

Tags: epenyata gaji, epayslip, janm, anm, akauntan negara malaysia, print payslip, download e-payslip, pinjaman peribadi, personal loan, koperasi, bank rakyat, mbsb, angkasa, pembiayaan peribadi, bai al inah, syariah compliant, yayasan ihsan rakyat, e-speks, online07 mara

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank dan Koperasi

Kakitangan kerajaan (penjawat awam) boleh memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi dengan kadar interest yang istimewa.

Anda boleh memohon secara on-line dengan whatsapp slipgaji terkini kepada 019-2983056. Terdapat banyak bank dan koperasi yang anda boleh mohon seperti Yayasan Ihsan Rakyat (yir), Yayasan Perlis RCE, kobeta, kogemilang, kopusamaju, koperasi kekal, kopesadik dan lain-lain. Bagi bank pula, anda boleh memohon personal loan dari Bank Rakyat, MBSB, Alliance Bank, Maybank, PublicBank, Kuwait Finance Bank dan lain-lain.

Semua urusan adalah sulit dan persendirian.

Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 (Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link whatsapp seperti di atas dengan tidak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook/E-mel: hashimbank@gmail.com.

Tags: personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, hospital, hospital kerajaan, government hospitals, senarai hospital, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100% e penyata gaji dan laporan anm, egaji, epenyata, epayslip