Pinjaman Peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (kppumb)

Pinjaman Peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (kppumb)

About Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (kppumb)

Dapatkan borang pinjaman peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (kppumb) disini untuk pinjaman baru ataupun pembiayaan kedua. Pinjaman persendirian, tanpa penjamin dan pembiayaan membeli motorsikal disediakan. Koperasi ini ditubuhkan pada 21 Julai 1971 dengan nombor pendaftaran 4654.

Alamat:

Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB,
Lembah Pantai,
59100, Kuala Lumpur

Telefon: 03-79493269
Faks : 03-79494615

Emel:kppumb@kppumb.com.my
kppumb_ppum@yahoo.com.my

Jenis Pinjaman Peribadi

JENIS-JENIS PINJAMAN

  1. Pinjaman Persendirian adalah terhad sehingga 90% dari jumlah yuran anggota yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat.
  2. Pinjaman Dengan Jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran terkumpul pada tarikh permohonan pinjaman dibuat atau RM16,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.
  3. Pinjaman Kedua dengan jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat atau RM11,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.

Borang Pinjaman Peribadi

Dapatkan borang dengan mengklik dipautan dibawah.

  1. Borang Permohonan Pembiayaan
  2. Borang Permohonan Pembiayaan Berjamin
  3. Borang Penjamin
  4. Surat Tawaran Pembiayaan

Had kelayakan Pinjaman Peribadi

ANGGOTA YANG LAYAK MEMOHON PINJAMAN

Anggota-anggota KPPUMB yang telah menganggotai Koperasi ini tidak kurang dari enam(6) bulan adalah layak untuk memohon pinjaman.

HAD KELAYAKAN PINJAMAN

Had Pinjaman yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga KPPUMB adalah mengikut lamanya tempuh keanggotaan mereka seperti berikut :-

Tempuh Keanggotaan Had Pinjaman

Jumlah Pinjaman adalah tertakluk kepada 200 kali caruman yuran bulanan anggota dan caruman yuran tidak boleh di kurangkan sehingga pinjaman diselesaikan sepenuhnya. Syarat ini tidak berkaitan dengan pinjaman sendirian 90 % daripada yuran.

Permohonan Untuk Pinjaman Peribadi

Anggota yang ingin membuat pinjaman hendaklah mengisi borang permohonan dan lain-lain dokumen yang disediakan oleh KPPUMB. Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan ke Pejabat KPPUMB. Lembaga KPPUMB setelah menerima permohonan bolehlah menerima atau menolak permohonan tersebut tertakluk kepada kedudukan kewangan KPPUMB.

PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN BARU

Pinjaman dengan jaminan, Pinjaman Sendirian dari 90% yuran dan Pinjaman Kedua boleh memohon pinjaman yang baru sekiranya peminjam telah menyelesaikan baki 1/3 daripada jumlah tempuh bayaran balik pinjaman semasa atau 6 bulan potongan gaji telah dibuat dari Pinjaman Semasa.

https://kppumb.com.my

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiPusatPerubatanUniversitiMalaya #kppumb 


Home

More posts

error: Content is protected !!