Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad

Pinjaman Peribadi Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad Personal Loan

About Us

Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993.

Tujuan penubuhan Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP.

  • Apakah jenis perniagaan yang ditawarkan oleh Kounimap?

    Mengikut laman web rasmi Kounimap, koperasi ini menjalankan beberapa jenis perniagaan seperti membekalkan alat tulis dan stationary serta unit kewangan yang menguruskan hal-ehwal kewangan dan pinjaman peribadi.

Sejarah Penubuhan Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad

Sejarah awal penubuhan Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad lebih dikenali sebagai Kounimap.

Pada mulanya, Kounimap didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut Kounimap telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain.

Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang lain. Sehingga kini, ahli Kounimap telah mencecah sehingga 500 orang ahli.

Justeru, Kounimap telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi.

Unit Koperasi

Terdapat tiga unit yang berada di bawah pengurusan Kounimap – KOUNIMAP TADBIR yang menyelia aktiviti Kounimap secara menyeluruh, KOUNIMAP KEWANGAN yang menguruskan perkhidmatan kredit serta kewangan kepada anggota dan KOUNIMAP BISNES yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sampingan selain dari aktiviti kredit.

MISI

  • Memperkasakan permuafakatan untuk memastikan imej koperasi terjamin
  • Melaksanakan pengurusan berkualiti, berkesan, beramanah dan bertanggungjawab
  • Menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri Negara
  • Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti

VISI

Visi Kounimap yang utama adalah menjadi sebuah koperasi peneraju yang berjaya dan mengutamakan kebajikan anggotanya berlandaskan kepada prinsip-prinsip Koperasi Malaysia.

OBJEKTIF

  • Membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kebajikan anggota
  • Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan dan komuniti
  • Mengagihkan keuntungan secara saksama kepada anggota
  • Menggalakkan anggota menabung serta berjimat cermat
  • Bertindak secara proaktif dalam meninjau peluang perniagaan yang berdaya saing
  • Berusaha menjadi sebuah koperasi yang dinamik dan stabil
  • Mengamalkan budaya muafakat yang jitu
  • Memantapkan jalinan kerjasama dengan pihak UniMAP dan agensi luar

Perkhidmatan Kounimap Tadbir

Kounimap Tadbir

No 30,Tingkat 1 & 2,
Persiaran Putra, Taman Putra Utama,
01000 Kangar Perlis

No tel : 019-4800936

Kounimap Tadbir telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 dalam usaha untuk melicinkan hal ehwal pentadbiran di Koperasi UniMAP Perlis Berhad.

Hal ini bagi memudahkan urusan hal ehwal pentadbiran di Koperasi UniMAP Perlis Berhad dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat caruman bolehlah berurusan dengan pihak Kounimap Tadbir. Pihak Kounimap Tadbir akan menguruskan segala maklumat berkaitan dengan:

  • Pengurusan syer dan juga caruman ahli-ahli kounimap
  • Pendaftaran keahlian baru serta penamatan keahlian

Berikut adalah merupakan maklumat secara terperinci berkenaan dengan syarat keahlian untuk menjadi anggota koperasi:

(SYARAT KEAHLIAN)

PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA

Pemohon yang ingin menjadi anggota koperasi hendaklah mengisi borang rasmi koperasi dan diserahkan kepada Kounimap Tadbir.

Borang ini perlu ditandatangani oleh pemohon dan dikepilkan bersama 1 salinan kad pengenalan.

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA

Keanggotaan koperasi adalah terbuka kepada:

  • Semua kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tetap/kontrak
  • Bekas kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
SYARAT KEANGGOTAAN BARU

Setiap anggota baru perlu menjelaskan bayaran Fi masuk sebanyak RM50 dan syer anggota minimum RM100 sewaktu pendaftaran

  • Fi Masuk adalah caj yang dikenakan kepada ahli bagi memproses pendaftaran dan tidak akan dikembalikan.
  • Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
    ANGGOTA BARU
  • UUK 13 (1) – Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00. Fi masuk itu akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  • BEKAS ANGGOTA
  • UUK 13 (2) – Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 70.00.
  • Syer adalah bahagian dalam modal syer koperasi yang disumbangkan oleh seseorang anggota di dalam koperasi. Syer minimum ditetapkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad adalah sebanyak RM100.00. Syer ini akan dipulangkan apabila anggota menamatkan keanggotaannya.
  • Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
  • UUK 16 – Menurut Seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00, syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana terkandung dalam undang-undang kecil.
  • Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada Koperasi UniMAP Perlis Berhad berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. Justeru, untuk menjadi ahli aktif, seseorang itu hendaklah mempunyai share sekurang-kurangnya RM100. Sebagai syarat untuk menjadi ahli aktif, maka yuran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM30.
YURAN

Yuran ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang kecil apabila tamat keanggotaannya.

Setiap anggota wajib mencarum dengan koperasi sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan selagi mana masih menjadi ahli koperasi. Yuran bulanan ini tidak boleh dikeluarkan selagi mana anggota masih terikat dengan peraturan koperasi.

Yuran ini akan dikembalikan setelah anggota tamat keanggotaannya.

Walaubagaimanapun, yuran ini boleh dikeluarkan sebagai ‘’pinjaman kecemasan’’ (rujuk bahagian kecemasan) dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Berpandukan undang-undang kecil koperasi UniMAP Perlis Berhad

UUK 55 – Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan.

Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat cermat dan pinjam meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan Mesyuarat Agung.

DIVIDEN

Dividen adalah bahagian keuntungan koperasi ini yang dibahagikan dii kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer yuran yang dipegang oleh mereka.

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Memberi bantuan kewangan kepada waris dan anggota kerana kematian anggota, ibu dan bapa atau suami/isteri dan anak bagi perbelanjaan mengurus jenazah.

WANG KEBAJIKAN AM

Memberi bantuan kepada anggota-anggotanya di waktu kesusahan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Kebakaran rumah

Banjir

Tanah runtuh

Kemalangan

Kounimap Bisnes

Kounimap Bisnes

No. 30, Tingkat 1 & 2,
Persiaran Putra,
Taman Putra Utama,
01000 Kangar, Perlis

No. Tel : 019-4815686

Kounimap Bisnes menjalankan perniagaan seperti berikut :

  • Membekalkan alat tulis, alatan pejabat, air minuman dan cenderahati kepada organisasi dan jabatan yang berkaitan.

Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan seperti peralatan alat tulis, alatan pejabat secara runcit dan bekal.Pembekalan produk air minuman UniMAP khususnya di UniMAP dan sekitar negeri Perlis.

Hubungi Kounimap

Hubungi Kounimap

Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya,
Jalan Kangar – Alor Setar,
01502 Kangar, Perlis

Phone: 019-480 0936

https://kounimap.com

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiUniMAPPerlisBerhad #KoUniMAP


Home


Pinjaman KoUniMap

error: Content is protected !!