Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad (Kowaja)

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA)

Latar Belakang

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad atau secara ringkasnya dikenali sebagai "KOWAJA" telah ditubuhkan pada 15 Julai 2003 berlandaskan visi Wawasan 2020 dan dasar Koperasi Negara. Sehingga 31 Mei 2016, KOWAJA mempunyai seramai 51,540 orang anggota.

Matlamat utama KOWAJA ialah menyediakan pembiayaan peribadi, khidmat nasihat serta sokongan yang berterusan kepada pihak anggotanya. Keutamaan KOWAJA adalah mementingkan kebajikan anggotanya dan untuk "membebaskan" anggota-anggota dari terus dibelenggu dalam budaya "hutang haram" yang semakin berleluasa.

Mengapa KOWAJA

KOWAJA prihatin kepada keluhan kewangan anggotanya dengan memberi perkhidmatan profesional dan nasihat dari masa ke semasa supaya anggotanya tidak terjerat dalam perangkap budaya 'hutang haram'.

Dengan itu. KOWAJA telah mengorak langkah dengan mengadakan program penyertaan keanggotaan serta mewujudkan ikatan kerjasama melalui kemudahan pinjaman dari institusi kewangan kepada kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan koperasi lain.

Kriteria Skim Pembiayaan Peribadi-i Berlandaskan konsep Syariah Tawarruq

Terbuka kepada semua individu-individu yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 19 tahun ke atas
  3. Tidak melebihi 56 tahun (semasa tamat pembiayaan)
  4. Anggota KOWAJA (menjadi ahli serta-merta)
  5. Berjawatan tetap / Kontrak (tertakluk terma & syarat)
  6. Gaji minima RM1,200
  7. Had pembiayaan
  8. Pembiayaan maksima tertakluk kepada kelayakan
  9. Potongan 60% daripada pendapatan tetap bulanan
  10. Jangkamasa pembiayaan
  11. Tertakluk kepada kelayakan
  12. Kadar faedah 10% (mengikut produk)

Dokumen

  • Slip gaji asal terkini dan 2 bulan terdahulu yang telah disahkan oleh majikan
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan bil elektrik/air/telefon yang terkini
  • Borang BPA 1/79 (2 salinan) (akan dibekalkan/dihantar)
  • Yuran Anggota
    Pendaftaran : RM5.00
    Yuran Bulanan : RM30.00
    Saham Minima : RM20.00
    (sekurang-kurangnya 6 bulan)

Skim ini hanyalah disediakan bagi anggota KOWAJA. Sekiranya anda belum mendaftar sebagai anggota KOWAJA, sila isikan aplikasi keahlian dengan segera dan hubungi kami di talian 03-4048 2000 atau e-mel di keanggotaan@kowaja.com.my bagi maklumat selanjutnya.

Jadual Bayaran Pembiayaan

Contoh Jadual Pembayaran Balik untuk Kadar Istimewa dan Biasa.

Semak Kelayakan

Pembiayaan Peribadi-i adalah untuk Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan yang terpilih.

Pengiraan Kelayakan :
(jadual)

Hubungi Kowaja/ Direktori Kowaja

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad
Tingkat 18, Menara AmMetlife
No. 1, Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur

Tel: 603-4048 2000

Fax: 603-4048 2001

Emel: pertanyaan@kowaja.com.my