Pinjaman Peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) Personal Loan

Pinjaman Peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) Personal Loan

About Us

Pinjaman Peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) menawarkan personal loan ekspress yang dikenali sebagai pinjaman biasa, pinjaman express I dan express II. Jom apply

Sejarah Koperasi KPAT

Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) ini nama asalnya The Malaysian Armed Forces Co-operative Housing Society Limited didaftarkan di bawah Akta Koperasi (dulunya Co-operative Societies Ordinance 1948) pada 5 April 1965 sebagai pertubuhan koperasi jimat cermat dan pinjaman wang yang berasaskan perumahan.

Aktiviti utama KPATB adalah memberikan kemudahan pinjaman berasaskan keperluan perumahan kepada anggota-anggota tentera dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan menganggotai Koperasi ini.

Kini KPATB dianggotai 16,183 orang anggota daripada anggota tentera darat, laut, udara dan staf awam dengan mengumpulkan modal saham dan caruman yuran lebih RM 50 juta.

Permohonan Keanggotaan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT)

SYARAT KEANGGOTAAN

Keanggotaan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera KPATB ini terbuka kepada anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, anggota sukarela Angkatan Tentera Malaysia yang dikerah sepenuh masa, kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Seseorang yang ingin menjadi ahli KPATB mestilah:

PROSES PENDAFTARAN

Permohonan menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera hendalah dibuat dalam borang rasmi KPATB. Sila sertakan salinan dokumen berikut: Salinan My Tentera / Kad Pengenalan depan dan belakang

Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah disertakan dengan bayaran proses masuk sebanyak RM20.00; Bekas anggota untuk memohon semula untuk menjadi ahli akan dikenakan RM100.00;

MODAL SYER DAN YURAN

Tiap-tiap anggota perlu menjelaskan bayaran RM100(syer) dari tarikh menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera dan potongan minimum yuran bulanan RM30 sebulan maksimum RM500 sebulan.

Permohonan untuk menjadi ahli Koperasi Perumahan Angkatan Tentera hendaklah dipertimbangkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah, dan boleh menerima atau menolak sebarang permohonan tanpa menyatakan apa-apa sebab.

Pinjaman/Pembiayaan

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN BIASA

  1. Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.
  2. Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut :-
  3. Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)

HAD DAN TEMPOH BAYARAN

Had minima pinjaman peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) adalah RM500.00 dan maksima RM100,000. Tempoh bayaran tidak melebihi 120 bulan (10 Tahun)

PENJAMIN

SKIM PERLINDUNGAN PEMBIAYAAN ( SPP )

Kadar bayaran sebanyak 2% setahun ke atas jumlah pembiayaan yang telah diluluskan akan dikenakan bagi melindungi pembiayaan sekiranya berlaku kematian. Kadar ini yang ditetapkan oleh Lembaga dari masa ke masa, akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

KADAR KEUNTUNGAN

Kadar keuntungan pinjaman peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.5% setahun yang akan disebut semasa Akad Jual Beli.

BAYARAN PERKHIDMATAN

Bayaran caj perkhidmatan serta SINGKING FUND (1 % setahun) akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Pinjaman Ekspress I

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN EKSPRES

  1. Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20.00 dan syer berjumlah RM100.
  2. Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut:
  3. Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)

HAD DAN TEMPOH BAYARAN

Had minima pinjaman peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) adalah RM500.00 dan maksima RM 10,000. Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 60 bulan.

PENJAMIN

Pembiayaan sehingga RM1 ,000 – RM10,000 (1 penjamin)

KADAR KEUNTUNGAN

Kadar keuntungan pinjaman peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.75% setahun yang akan disebut semasa Akad Jual Beli.

BAYARAN PERKHIDMATAN

Bayaran caj perkhidmatan serta SINGKING FUND (0.5% setahun) akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Pinjaman Ekspres II

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN EKSPRES II 

  1. Telah genap enam (6) bulan menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) dan telah menjelaskan sepenuhnya yuran bulanan untuk tempoh dan membayar fi masuk sebanyak RM20 dan syer berjumlah RM100
  2. Anggota yang memenuhi syarat-syarat kelayakan potongan gaji seperti berikut:
  3. Bagi Anggota Tentera dan Awam yang berkhidmat di bawah KEMENTAH, keseluruh potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun perkhidmatan)

HAD DAN TEMPOH BAYARAN

Had minima pinjaman peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) adalah RM500 dan maksima RM 5,000. Tempoh bayaran adalah di antara 6 hingga 36 bulan.

JAMINAN

Jaminan peribadi tidak diperlukan di bawah kontrak BAI INAH, di mana anggota bersetuju membayar Wang Jaminan dan Skim Perlindungan Pembiayaan (SPP) sebanyak 1%.

KADAR KEUNTUNGAN

Kadar keuntungan yang ditetapkan oleh Koperasi ke atas Jualan Harga Tangguh adalah sebanyak 6.75% setahun yang akan disebut semasa Akad Jual Beli.

BAYARAN PERKHIDMATAN

Bayaran caj perkhidmatan pinjaman peribadi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) serta SINGKING FUND (0.5% setahun) akan dikutip dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Dokumen – Dokumen Sokongan

Hubungi Kami KPAT

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) sila hubungi kami di:

Ibu Pejabat:

Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT)
No 35A-1-1 Jalan Wangsa Delima 5,
Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC II),
53300, Kuala Lumpur.

No Tel : 03-4142 7071/7072
No Fax : 03-4142 5294

Emel: kpat_bhd@yahoo.com atau kpatb@kpatb.com.my

https:// www.kpatb.com.my

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiPerumahanAngkatanTentera #KPAT #KPATB 


Home

More posts

error: Content is protected !!