Sistem Gaji ESpeks Terengganu Jabatan Akauntan Negara Malaysia

eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

Sistem Gaji ESpeks Terengganu Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Sistem Gaji ESpeks Terengganu Jabatan Akauntan Negara Malaysia Summary

  • System Name: Sistem Gaji ESpeks Terengganu Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  • Category: Electronic Pay Slip
  • State: Terengganu Darul Iman, Malaysia

Kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS

Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut:

  • Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah.
  • Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka.
  • Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurangkan kos bulanan proses gaji apabila slip gaji tidak perlu dicetak lagi. Slip gaji boleh disemak secara ‘online’ serta dicetak oleh kakitangan terbabit bila diperlukan.
  • Bebanan kerja di Unit Gaji juga dapat dikurangkan apabila slip gaji tidak perlu dicetak, disisih serta dihantar kepada setiap kakitangan yang terbabit. Tumpuan boleh diberi bagi memastikan setiap perubahan gaji yang perlu dilakukan adalah tepat dan betul. Ini dapat mengurangkan masalah semasa proses gaji dijalankan.
  • Kebaikan yang sama juga boleh dinikmati apabila penyata tahunan pendapatan dapat dicapai dan dicetak secara ‘online’ oleh kakitangan awam yang memerlukannya.

Akses Sistem Gaji ESpeks Terengganu

Portal iSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. Portal iSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam Portal iSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

Manual Pengguna e-EC

Sistem Gaji eSpeks Terengganu Log Masuk Pengguna
Sistem Gaji eSpeks Terengganu Log Masuk Pengguna

Skrin Log Masuk Pengguna eSpeks Terengganu

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk skrin log masuk pengguna Sistem Gaji eSpeks Terengganu: –

  1. Pengguna perlu memasukan NO/KP atau NO Daftar Syarikat yang berdaftar.
  2. Pengguna perlu memasukan Kata Laluan yang berdaftar.
  3. Selepas memasukan NO/KP atau No Daftar dan kata laluan pengguna perlu klik butang masuk.

Manual Pengguna e-EC

Pelayar yang disyorkan :
Chrome 30+, Firefox 30+,
Safari 7+, Internet Explorer 11+
Laman web ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366×768.

Carian Penyata Pendapatan Tahunan e-EC

Sisten Gaji eSpeks Terengganu Carian Penyata Pendapatan Tahunan
Sisten Gaji eSpeks Terengganu Carian Penyata Pendapatan Tahunan

Berikut adalah cara carian penyata pendapatan tahunan e-EC: –

  1. Skrin ini akan memaparkan no/kp, nama� dan tahun
  2. Pengguna perlu mengubah Tahun yang dikehendaki dengan klik senarai tahun.
  3. Pengguna perlu tekan butang submit bagi melihat maklumat eEC yang diproses.
  4. eEC adalah salah satu module di dalam eSPEKS bagi membolehkan pengguna melihat maklumat gaji secara terperinci yang diterima daripada Kerajaan Negeri.

Hasil Carian e-eC

espeks Terengganu Hasil Carian e-eC
espeks Terengganu Hasil Carian e-eC

Rajah di atas menunjukan contoh hasil carian sekiranya memilih tahun yang di kehendakinya. Rajah di atas menyediakan fungsi numbering bagi memudahkan pengguna beralih ke muka surat yang berikut serta menyediakan fungsi jumlah paparan bagi setiap muka surat.

Sekiranya pengguna mahu memaparkan maklumat terperinci penyata tahunan. Pengguna hanya perlu klik di nombor Penyata Gaji yang dipilih dan sistem akan memaparkan maklumat yang terperinci. Sekiranya no gaji pengguna adalah BN/HQ , pengguna dibenarkan edit nama dan no gaji bagi menyenaraikan maklumat yang diperlukan.

BN/HQ boleh melihat semua Penyata Tahunan bagi semua jabatan dan ptj sahaja.

Sekiranya no gaji pengguna adalah jabatan , pengguna dibenarkan edit nama dan no gaji bagi menyenaraikan maklumat yang diperlukan.Jabatan boleh melihat semua Penyata Tahunan bagi semua jabatan dan ptj sahaja.

Sekiranya no gaji pengguna adalah PTJ , pengguna dibenarkan edit nama dan no gaji bagi menyenaraikan maklumat yang diperlukan.Jabatan boleh melihat semua Penyata Tahunan bagi semua ptj sahaja.

Penyata Tahunan ESpeks Terengganu

ESpeks Terengganu Penyata Tahunan
ESpeks Terengganu Penyata Tahunan

Rajah di atas menunjukan skrin berikutnya selepas pengguna klik untuk melihat maklumat Penyata Tahunan. Penyata Tahunan ini memaparkan maklumat bulan,tahun jab,ptj,no gaji,nama, elaun dan potongan, tunggakan gaji tahun lepas dan elaun dan kemudahan yang tidak dikenakan cukai.

Link ESpeks Terengganu

Untuk mengakses Sistem Gaji Espeks Terengganu Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM, sila klik link dibawah: –

https://espeks.terengganu.gov.my/espeks/

The best destinations around the world.

Contact Sistem Gaji eSpeks Terengganu

error: Content is protected !!