Sistem Penyata Pencen Pesara ATM: Pendaftaran dan Permohonan

Sistem Penyata Pencen Pesara ATM

Sistem Penyata Pencen Pesara ATM menyediakan maklumat lengkap dan terkini mengenai pencen pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sistem ini memudahkan pesara untuk mengakses penyata pencen mereka secara dalam talian, memastikan kemudahan dan kelancaran dalam urusan kewangan. Dapatkan informasi lanjut tentang pencen dan manfaat yang disediakan untuk pesara ATM.

Pembangunan system penyata pencen Pesara ATM ini adalah sebagai platform bagi veteran ATM membuat semakan penyata pencen atas talian pada bila-bila masa yang diperlukan. Sistem yang dibangunkan ini akan menggantikan sistem penyata pencen yang lama. Sistem ini boleh diakses dari luar dimana veteran ATM sendiri boleh memuat turun penyata mereka tanpa melalui pihak JHEV ATM. Bagi mengakses ke dalam system ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.

Objektif

Menerangkan cara-cara penggunaan Sistem Penyata Pencen Pesara ATM. Bermula dengan pendaftaran akaun pengguna sehinggalah cara-cara mendapat penyata pencen.
KEBAIKAN SISTEM SEMAKAN PENYATA PENCEN JHEV ATM

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan

Pendaftaran

PENDAFTARAN AKAUN DI DALAM SISTEM PENYATA PENCEN Pergi ke URL berikut; http://penyata.jhev.gov.my/penyata

Kad Veteran ATM

Sistem Permohonan Semakan

Kad Veteran (KV). Kad ini dikeluarkan kepada semua anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dalam ATM termasuk juga anggota yang dikerah sepenuh masa bagi Angkatan Sukarela, Pasukan Force 136, Sarawak Ranger dan juga warganegara yang pernah berkhidmat dengan tentera British; kecuali kepada mereka yang diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera. KBT dikeluarkan oleh JRP mulai tahun 2002 dan KV pula dikeluarkan oleh JHEV mulai 1 Apr 2016.

Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM. Selain veteran mendapat kemudahan/keistimewaan dalam program 1MVRP, kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:

http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp

Kelayakan Wad Kelas Mengikut Pangkat

BilPangkatKelayakan WadCatatan
1.Mej ke Jen1ABilik Seorang
2.Lt M ke Kapt SSjn ke PW11BBilik Berdua
3.Kpl & Sjn1CBilik Bertiga
4.Pbt & LKpl2

Cara Permohonan

Sebagai pemegang kad, pesara dan orang tanggungan yang layak boleh mendapat kemudahan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan maupun Hospital Tentera secara percuma. Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;

  • Borang Pendaftaran Veteran ATM
  • Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
  • 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan no tentera di belakang gambar.
  • Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.

Konsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Bekas pegawai dan anggota ATM layak diberi tambang konsesi KTM iaitu Tren Mel Biasa, Tren Mel Ekspres Senandung Malam sebanyak 25% (dengan menunjukkan KBT) dan bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula mereka layak mendapat potongan sebanyak 50% daripada tambang perjalanan.

Bantuan Kewangan Veteran ATM

Meringankan beban kewangan. Ketahui skim bantuan yang ada untuk mengurangkan beban kewangan anda.

  • Skim Bantuan Kebajikan JHEV
  • Skim Bantuan Kebajikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

Jenis-jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Kebajikan:

  • Skim Bantuan Sara Hidup
  • Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan
  • Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik
  • Skim Bantuan Peralatan Pesakit
  • Skim Bantuan Bencana Alam
  • Skim Bantuan di bawah Yayasan Veteran ATM
  • Bantuan yang diurus oleh Yayasan Veteran ATM bagi mengurangkan beban kewangan Veteran:

Bantuan Zakat

  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen
  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pasangan
  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Anak

http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai Sistem Penyata Pencen Pesara ATM, anda boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui alamat berikut: 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50802 Kuala Lumpur, Malaysia. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi pihak jabatan di talian telefon 03-2697 6600, 03-2050 8000, atau +603-2691 7564. Sebarang aduan atau permohonan juga boleh dihantar melalui emel rasmi mereka di aduan@jhev.gov.my.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM komited untuk memberikan sokongan terbaik kepada semua pesara ATM. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan pencen dan faedah bagi memastikan kebajikan veteran tentera sentiasa terjaga. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pencen pesara, jangan ragu untuk menghubungi jabatan ini melalui saluran yang disediakan. Pastikan segala urusan anda berkaitan pencen dapat diselesaikan dengan lancar dan tepat.

*Source: jhev.gov.my official website

Sistem Penyata Pencen Pesara ATM
error: Content is protected !!