Tag: KoperasiKesatuanGuruGuruMelayuMalaysiaBaratBerhad

  • Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

    Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

    Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

    Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

    About KGMMB

    Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

    Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran.

    Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

    Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik koperasi telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang telah digariskan.

    Keanggotaan Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)

    Keanggotaan

    Keanggotaan Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad ini terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.

    Syarat-syarat menjadi Anggota Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Berumur lapan belas tahun ke atas.
    3. Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
    4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

    Pinjaman Peribadi KGMMB

    Jenis-jenis pembiayaan Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad yang ditawarkan. Tanpa penjamin dan fleksibel.

    Pembiayaan Khas

    Pembiayaan khas ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM10,000 kepada anggota.

    Pembiayaan Peribadi

    Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan tunai sehingga RM100,000 kepada anggota.

    Pembiayaan Pengguna

    Pembiayaan ini menawarkan pembelian barangan pengguna sehingga RM50,000 kepada anggota.

    Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Anggota

    Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota atau nama singkatannya TPKA telah diujudkan pada Januari 2014 bagi memberi manfaat tambahan kepada anggotanya.

    Faedah TPKA

    Melanjutkan Pelajaran

    Anggota/Suami/Isteri :

    PHD
    RM1,500

    SARJANA
    RM1,000
    IJAZAH/DIPLOMA RM500

    Anak:

    PHD/SARJANA/IJAZAH/DIPLOMA
    RM300

    Kecemerlangan Dalam Pelajaran

    Anak:

    STPM/STAM (3.0) RM250
    TAHFIZ RM250
    SPM(6A)RM200
    PT3(8A)RM150
    UPSR(5A)RM100

    Kematian

    ANGGOTA RM1,000
    SUAMI/ISTERI ANGGOTA RM1,000
    IBUBAPA/MERTUA RM200
    ANAK RM300

    BENCANA ALAM (Tertakluk kelulusan Mesyuarat A.Lembaga)

    RM1,000(Maksima)

    FAEDAH HOSPITAL (Masuk wad 3 hingga 20 hari dalam tahun semasa)

    RM30 sehari

    FAEDAH BERSARA

     

    Perniagaan – Hotel Mutiara KGMMB

    Selamat Datang Ke Hotel Mutiara KGMMB

    Sebuah hotel milik penuh Koperasi Kesatuan Guru Guru Melayu Malaysia Barat Berhad yang mempunyai 31 bilik beserta 7 dorm. Hotel ini boleh memuatkan 130 orang pengunjung dalam sesuatu masa. Hotel ini dilengkapi bilik berhawa dingin dan juga mempunyai satu dewan yang boleh memuatkan 110 orang.

    Hubungi Hotel Mutiara KGMMB

    No 14, Jalan Bpm 2
    Taman Bukit Piatu Mutiara,
    75150 Melaka.

    06-2819073, 013-6761500
    kgmmb@yahoo.com

    Hubungi Kami Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad

    Bangunan KGMMB
    No 720 Jalan Sentul
    51000 Kuala Lumpur

    03-40411723
    admin@kopkgmmb.com.my

    88, Wisma KGMB, Jalan Dato Haji Eusoff,
    Kompleks Damai,
    50400 Kuala Lumpur,
    Phone: 03-4041 7633

    https://kopkgmmb.com.my

    Hashtag / Keywords

    #pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiKesatuanGuruGuruMelayuMalaysiaBaratBerhad #KGMMB 

    Cari Pinjaman Peribadi Lain?


    Click Here

    Contact Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB)



    Home

error: Content is protected !!