Tag: KoperasiKoswipMalaysiaBerhad

  • Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Personal Loan

    About Us

    Pinjaman peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Al-Murabahah dan Bai Al-Inah dengan kadar keuntungan 4.30% setahun sahaja. KOSWIP MERUPAKAN SEBUAH KOPERASI KREDIT YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN, GLC SERTA BADAN BERKANUN.

    KOSWIP MENAWARKAN PEMBIAYAAN SECARA ISLAMIK BESERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KEPADA ANGGOTANYA

    Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.

    Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.

    Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 .

    Nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited” dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu.

    Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad” dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.

    PEMBIAYAAN Al-Murabahah Koperasi Koswip

    Tujuan Pembiayaan Al-Murabahah Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    • Pelancongan dengan jumlah pembiayaan berkumpulan yang diluluskan mengikut kelayakan. Membuat pelaburan di dalam mana-mana Koperasi dengan kebenaran Lembaga.
    • Skim pembekalan barang-barang pengguna yang dijalankan atau dianjurkan oleh Koperasi.
    • Pembiayaan untuk membeli motosikal
    • Bayaran insuran kereta /motor dan cukai jalan
    • Mengecat, mengetuk dan servis kereta.
    • Lain-lain tujuan yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.

    Tempoh Bayaran Balik

    • Bayaran balik pinjaman peribadi bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
    • Amaun pinjaman peribadi RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
    • Manakala amaun pinjaman peribadi yang dibenarkan RM5,001.00 hingga RM 7,000.00 – 72 bulan.

    Kadar Pengambilan Keuntungan

    Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

    Tempoh Pinjaman Peribadi dan Kadar Pengambilan Untung

    • 12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
    • 37 bulan – 72 bulan 4.99% setahun

    AL Qardul Hasan

    Tujuan Pembiayaan Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    Skim pinjaman peribadi ini bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota-anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal seperti berikut :-

    • Kematian – ibu, bapa, isteri/suami, mertua, anak dan adik beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.
    • Sakit – anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.
    • Bersalin – anggota atau isterinya.
    • Bencana alam – kebakaran, banjir, ribut taufan atau sebab-sebab lain yang dianggap kecemasan oleh Lembaga.
    • Persediaan Persekolahan anak – Persediaan pendidikan anggota, anak dan anak angkat anggota yang mempunyai surat akuan yang sah.
    • Perayaan – Hari Raya Puasa atau Haji, Deepavali, Tahun Baru China dan Krismas.
    • Dan keperluan-keperluan lain yang syar’i sifatnya.

    Had Pemberian Pembiayaan

    • Jumlah pinjaman peribadi yang boleh diluluskan pada satu-satu masa ialah tidak melebihi RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja).
    • Anggota layak membuat pinjaman peribadi dua kali atau lebih dari tarikh kelulusan pinjaman selama tiga puloh enam (36) bulan, selagi ianya belum mencapai tahap maksima RM 3,000.00. Tempoh Bayaran Balik
    • Tempoh bayaran balik pinjaman peribadi ini tidak melebihi tiga puloh enam bulan dan ansuran mestilah bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan/cek dikeluarkan.
    • Semua jenis pinjaman peribadi dikenakan tiga (3) bulan bayaran ansuran pokok terdahulu dan akan ditolak daripada pinjaman yang telah diluluskan sebelum potongan BPA.

    Bai Al Inah

    Tujuan Pinjaman Peribadi Bai Al Inah Koperasi Koswip Malaysia Berhad :-

    • Menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.
    • Antara keperluan tunai anggota adalah adalah seperti :
    • Perjalanan keluar negeri.
    • Pelajaran di peringkat tinggi anggota dan tanggungan.
    • Membina, membeli atau memperbaiki rumah.
    • Membeli tanah.
    • Perbelanjaan untuk maksud agama /perayaan Hari Kebesaran.
    • Perbelanjaan perubatan anggota dan tanggungan.
    • Perbelanjaan perkahwinan anggota dan tanggungan.
    • Pembelian perabut dan kelengkapan rumah.
    • Maksud-maksud lain yang dipertimbangkan oleh Lembaga.

    Had Pembiayaan

    • Jumlah maksima pembiayaan ini ialah sejumlah RM 150,000.00.
    • Pembiayaan ini dihadkan kepada dua puluh lima (25) bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.

    Tempoh Bayaran Balik

    • Bayaran balik pembiayaan bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
    • Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan.
    • Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.
    • Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.
    • Pembiayaan Bertindih (overlap): Kecuali dengan kebenaran Lembaga pembiayaan bertindih dibenarkan selepas bayaran ansuran pembiayaan telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran. Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

    Kadar Pengambilan Keuntungan

    Semua jenis pembiayaan yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

    Tempoh Pembiayaan Kadar Pengambilan Keuntungan

    • 12 bulan – 36 bulan 4.30% setahun
    • 37 bulan – 96 bulan 4.99% setahun
    • 97 bulan – 120 bulan5.35% setahun

    Hubungi Koperasi Koswip

    Anda boleh menghubungi Koperasi Koswip bagi apa-apa tujuan seperti permohonan pinjaman peribadi dan lain-lain :-

    Alamat Surat Menyurat:

    Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
    No. 66 Jalan Padang Belia
    Off Jalan Tun Sambanthan
    50706 Kuala Lumpur

    Tel :03-22735422
    03-88884011 /4014 (putrajaya)
    Sambungan: 103 / 103 – Kaunter Cek / Kaunter Pertanyaan
    112/107/102/109/108/106 – Bahagian Kredit
    115/116 – Unit Kawalan Kredit
    215/204/212 – Bahagian Pentadbiran / Aset
    210/217/214/205 – Bahagian Kewangan
    202 – Bahagian Insurans

    Email: webmaster@koswip.org.my
    koswip@gmail.com

    *sumber: koswip official website

    Hashtag / Keywords

    #pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiKoswipMalaysiaBerhad 


    Home


    Koswip Info

  • Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    Koperasi Koswip Malaysia Berhad

    Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Personal Loan

    About Koswip

    KOSWIP MERUPAKAN SEBUAH KOPERASI KREDIT YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN, GLC SERTA BADAN BERKANUN.

    KOSWIP MENAWARKAN PEMBIAYAAN SECARA ISLAMIK BESERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KEPADA ANGGOTANYA

    Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.

    Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.

    Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 .

    Nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited” dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu.

    Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad” dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.

    • Question

      Answer

    Pertukaran Nama

    Pada 19 April 1996 nama koperasi ditukar lagi kepada “Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad” atau dengan nama lain ialah Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dan ini kekal sehingga kini.

    Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan salah sebuah koperasi tertua yang ditubuhkan di Negeri Selangor di bawah Undang-undang Negeri Melayu Bersekutu bagi syarikat kerjasama tahun 1922.

    Usia KOSWIP setahun lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan gerakan koperasi. Dahulunya koperasi KOSWIP Malaysia Berhad beroperasi untuk kakitangan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Wilayah Putrajaya dan kini ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

    Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Negeri.

    Segala aktiviti dan fungsi perjalanan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peratura Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi Koswip Malaysia Berhad serta aturan-aturan yang dibuat oleh anggota Lembaga dari semasa ke semasa.

    Keanggotaan Koperasi Koswip

    Dahulunya di awal penubuhan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad pada tahun 1923, anggotanya berjumlah 138 orang terdiri dari kalangan kaum India kebanyakannya diikuti oleh kaum Melayu dan Cina serta lain-lain bangsa. Kini statistik daftar maklumat anggota Koperasi KOSWIP pada 31 Disember 2013 menunjukkan jumlah anggota seramai 18,741 orang.

    Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berpegang teguh kepada Prinsip-prinsip sebagaimana terkandung dalam Undang-undang Kecil termasuklah:-

    Keanggotaan sukarela dan terbuka

    Kawalan demokratik oleh anggota

    Penglibatan ekonomi oleh anggota

    Autonomi dan kebebasan

    Pendidikan, latihan dan maklumat

    Kerjasama antara koperasi dan

    Mengambil berat terhadap masyarakat

    Sewaan

    Ruang Niaga

    Ruang niaga untuk disewa di Semenyih Sentral, Semenyih
    UNIT 5-1, 7-1 , 7-2 , 9-1 & 9-2

    Semenyih Sentral merupakan pusat komersial yang terletak di Semenyih dan berhampiran dengan taman-taman perumahan seperti Taman Gembira, Taman Seri Mawar and Kampung Sentosa. Disini terdapat pelbagai kemudahan berhampirannya seperti ATM, Stesen Bas dan Klinik Swasta.

    Keluasan kedai adalah sekitar 4500-9960 s/f. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pentadbiran di talian 03-22735422 (En. Syukor)https://maps.google.com/maps?ll=2.944262,101.843884&z=16&t=m&hl=en-MY&gl=US&mapclient=embed

    RUANG PEJABAT

    Ruang pejabat komersial di Plaza Sentral Unit 2B-07-02 & 2B-08-02 untuk disewakan. Plaza Sentral yang terletak di tengah nadi Kuala Lumpur berhampiran dengan Stesen KL Sentral dan kemudahan lain merupakan dianggap sebagai hub niaga tanpa sempadan dan berstatus MSC Malaysia Cybercentre

    RUMAH REHAT

    Bagi yang ingin bercuti dan bermalam bersama keluarga di Port Dickson, kami juga ada menawarkan sebuah rumah tumpangan yang terletak di alamat berikut :

    No 33, Taman Eastern

    Jalan Pantai, Bt 4

    Port Dickson

    Negeri Sembilan

    Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM200(semalaman) bagi anggota Koswip dan RM500(semalaman) pula bagi bukan ahli Koswip

    Insurans

    CUKAI JALAN DAN INSURAN KENDERAAN

    Jimat Masa, Jimat Tenaga insuran kenderaan anda sudah tamat tempoh??

    Dapatkan perkhidmatan profesional dan menguntungkan dari kami.

    Kemudahan pembiayaan dengan bayaran balik selama 10 bulan bagi yang layak.

    NCD (diskaun) boleh dipindah terus dari insurans terdahulu

    Sumbangan (premium) berpatutan mengikut kehendak pelanggan atau harga pasaran kereta

    Perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dari pintu ke pintu turut disediakan

    Sebarang pertanyaan sila hubungi:

    Pn. Afiza bt. Ibrahim

    Pn. Norliza bt. Busu

    Pn. Suhana bt. Ismail

    Bahagian Pentadbiran di talian tetap 03-22747009

     

    PELAN TAKAFUL MUTIARA PLUS 1

    Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad telah menerima tawaran dari ETIQA TAKAFUL BERHAD bagi membolehkan semua anggota menyertai Pelan Takaful Mutiara Plus 1.

    Manfaat Yang Ditawarkan

    Kematian akibat biasa (penyakit) atau kemalangan

    Keilatan kekal menyeluruh akibat biasa (penyakit) atau kemalangan

    Belanja pengkebumian (ahli / pasangan/ )

    Keilatan separa kekal semua sebab (mengikut nisbah peratusan manfaat)

    Elaun harian wad hospital (diwadkan melebihi 6 jam)

     

    Ciri-Ciri

    Sumbangan dari RM 10.00 hingga RM 100.00 sebulan.

    Perlindungan kepada peserta dan terbuka kepada pasangan (suami / isteri) serta anak yang ingin turut serta.

    Sebanyak 44% daripada sumbangan bulanan disimpan bagi tujuan pelaburan tabungan peserta.

    Sebanyak 56% daripada sumbangan bulanan digunakan untuk manfaat perlindungan takaful.

    Elaun harian hospital hingga tidak melebihi 26 minggu kemasukan wad.

    Al-Mudrabahah dimasukkan ke dalam Akaun Peserta setiap tahun berdasarkan pembahagian :80% kepada peserta- 20% kepada Etiqa Takaful Berhad

     

    Tempoh Sijil Mahal

    Apabila peserta mencapai umur 55 tahun

    Sijil tamat jika berlaku perkara berikut:

    Manfaat dibayar 100%

    Mencapai tempoh matang

    Menarik diri

    Had umur penyertaan

    Had umur dibenarkan ialahdaripada 18 tahun sehingga 55 tahun pada harijadi akan datang.

     

    Sila hubungi 03-22735422 Pn. Aisyah untuk pertanyaan

    Koswip Trading Sdn Bhd

    LEMBAGA PENGARAH

    Hj. Abd. Rahim b. Azizi

    Shaari bin Zakaria

    ALAMAT UTAMA PERNIAGAAN

    No. 60 Jalan Padang Belia

    Off Jalan Tun Sambanthan

    50706 Kuala Lumpur

    SETIAUSAHA

    Nor Azila Binti Abdul Wahab (L.S.082240)

    ALAMAT BERDAFTAR

    KNS Associates Sdn Bhd. [292081-v]

    No. 2F-1, Jalan Raya 2

    Kawasan Perusahaan Seri Kembangan

    43300 Seri Kembangan

    Selangor D.E

    JURUAUDIT

    Azman Ahmad & Co.

    Akauntan Bertauliah (Malaysia)

    BANK UTAMA

    CIMB Bank Berhad

    KOSWIP TRAVEL & TOURS SDN BHD

    KOSWIP Travel & Tours Sdn. Bhd. Merupakan anak syarikat berdaftar Koperasi KOSWIP Sdn. Bhd. Kegiatan utama syarikat adalah di dalam bidang ejen pelancongan dan perniagaan yang berkaitan dengannya.

    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

    Penempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.

    Urusan tiket penerbangan PTA

    Pakej pelancongan Dalam Negeri (Inbound)

    Pakej pelancongan Luar Negara (Outbound)

    Pakej Tailor-made citarasa pelanggan

    Pakej Umrah dan Ziarah

    Airport pick-up services untuk VIP

    Tempahan bilik hotel / penginapan

    Tempahan bas persiaran berhawa dingin

    Pengendalian pakej Seminar / Hari Keluarga

    Tiket Stok

    Hubungi Koperasi Koswip

    HUBUNGI KOPERASI KOSWIP

    Alamat Surat Menyurat:

    Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad

    No. 66 Jalan Padang Belia

    Off Jalan Tun Sambanthan

    50706 Kuala Lumpur

    Tel :03-22735422

    03-88884011 /4014 (putrajaya)

    Sambungan: 103 / 103 – Kaunter Cek / Kaunter Pertanyaan

    112/107/102/109/108/106 – Bahagian Kredit

    115/116 – Unit Kawalan Kredit

    215/204/212 – Bahagian Pentadbiran / Aset

    210/217/214/205 – Bahagian Kewangan

    202 – Bahagian Insurans

    Email: webmaster@koswip.org.my

    koswip@gmail.com

    *sumber: koswip official website

    Hashtag / Keywords

    #pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiKoswipMalaysiaBerhad 


    Home


    Pinjaman Koswip

error: Content is protected !!