Tag: WBF

  • Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

    Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

    Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

    Nikmati fleksibiliti waktu kerja dengan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dalam Agensi Kerajaan Persekutuan! Fahami kelebihan fleksibiliti waktu kerja yang mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti, dan memberi anda kawalan terhadap jadual kerja anda.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019

    Waktu bekerja yang fleksibel memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan antara produktiviti dan kesejahteraan pekerja. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 sebagai inisiatif memperbaiki pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang diperkenalkan sejak 1998.

    Definisi

    WBB adalah sistem waktu kerja fleksibel yang membolehkan penjawat awam memilih waktu masuk dan keluar berdasarkan kelulusan Ketua Jabatan. Sebelum 2019, empat WBB utama telah dilaksanakan:

    • WP1
    • WP2
    • WP3
    • WP4

    Namun, dengan penambahbaikan pada tahun 2019, empat lagi pilihan waktu bekerja diperkenalkan khusus untuk bulan Ramadan:

    • WP5
    • WP6
    • WP7
    • WP8

    Tempoh Waktu Bekerja dan Berehat

    Hari dan Tempoh

    NegeriHariWaktu Masuk (pagi)Waktu Pulang (petang)Tempoh Waktu Bekerja Sehari
    Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
    (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
    Isnin hingga Jumaat7.30 – 9.004.30 – 6.009 jam
    Kedah, Kelantan, Terengganu dan JohorAhad hingga Rabu7.30 – 9.004.30 – 6.009 jam
    Khamis7.30 – 9.003.00 – 4.307 jam 30 minit

    Waktu Rehat (WBF)

    Negeri / WilayahWaktu RehatWaktu Rehat (Jumaat)
    Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan
    (Kuala Lumpur dan Putrajaya)
    Isnin-Khamis: 1.00 tgh – 2.00 ptg12.15 tgh – 2.45 ptg
    Sabah dan Wilayah Persekutuan LabuanIsnin-Khamis: 1.00 tgh – 2.00 ptg11.30 pg – 2.00 ptg
    SarawakIsnin-Khamis: 1.00 tgh – 2.00 ptg11.45 pg – 2.15 ptg
    Kedah, Kelantan, Terengganu dan JohorAhad – Khamis: 1.00 tgh – 2.00 ptg

    Waktu Bekerja Bulan Ramadan

    Dalam bulan Ramadan, penjawat awam diberi pilihan waktu bekerja yang lebih fleksibel, mengikut negeri masing-masing:

    WBF Negeri 1

    Negeri-negeri yang terlibat untuk WBF Bulan Ramadan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya); Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak:

    Wilayah/NegeriWaktu BekerjaWaktu Rehat
    Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, dan Wilayah Persekutuan
    (Kuala Lumpur dan Putrajaya)
    Hari: Isnin – Jumaat
    Masuk: 7.30 pagi – 9.00 pagi
    Pulang: 4.00 petang – 5.30 petang
    (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari)
    Isnin – Khamis: 1.00 tengah hari – 1.30 tengah hari
    Jumaat: 12.30 tengah hari – 2.30 petang
    Sabah dan Wilayah Persekutuan LabuanHari: Isnin – Jumaat
    Masuk: 7.30 pagi – 9.00 pagi
    Pulang: 4.00 petang – 5.30 petang
    (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari)
    Isnin – Khamis: 1.00 tengah hari – 1.30 tengah hari
    Jumaat: 11.45 pagi – 1.45 tengah hari
    SarawakHari: Isnin – Jumaat
    Masuk: 7.30 pagi – 9.00 pagi
    Pulang: 4.00 petang – 5.30 petang
    (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari)
    Isnin – Khamis: 1.00 tengah hari – 1.30 tengah hari
    Jumaat: 12.00 tengah hari – 2.00 petang

    WBF Negeri 2

    Negeri-negeri yang terlibat WBF Bulan Ramadan adalah di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor seperti berikut:

    NegeriWaktu BekerjaWaktu Rehat
    Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
    Ahad – Rabu:
    Masuk: 7.30 pg – 9.00 pg (Tempoh waktu masuk)
    Pulang: 4.00 ptg – 5.30 ptg (Tempoh waktu pulang)
    (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari)
    Khamis:
    Masuk: 7.30 pg – 9.00 pg (Tempoh waktu masuk)
    Pulang: 2.30 ptg – 4.00 ptg (Tempoh waktu pulang)
    (Dengan memenuhi tempoh waktu bekerja sehari)
    Ahad – Khamis: 1.00 tgh – 1.30 tgh

    Tarikh Kuat Kuasa

    Bermula 1 Ogos 2019, pekeliling ini mula berkuat kuasa, membolehkan penjawat awam memanfaatkan fleksibiliti dalam pemilihan waktu bekerja.

    Kepentingan

    Waktu Bekerja Fleksi (WBF) diperkenalkan bagi memastikan keseimbangan antara produktiviti kerja dan kesejahteraan pekerja. Dengan sistem ini, pegawai Perkhidmatan Awam mempunyai fleksibiliti dalam memulakan tugas tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.

    WBF Terpakai kepada Semua Pegawai Awam

    WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai sistem Waktu Bekerja Berstruktur (WBB). Ia meliputi kementerian, jabatan, dan agensi di seluruh negara.

    Waktu Mula dan Tamat Tugas

    Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara:

    • 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
    • Ketua Jabatan boleh menetapkan waktu kerja khusus bagi perkhidmatan penting seperti perkhidmatan kaunter.

    Untuk waktu pulang, ia bergantung kepada waktu mula tugas:

    • Jika bermula sebelum 7.30 pagi, waktu pulang adalah 4.30 petang.
    • Jika bermula antara 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang adalah antara 4.30 petang hingga 6.00 petang.
    • Jika bermula selepas 9.00 pagi, waktu pulang adalah 6.00 petang.

    Fleksibiliti dalam Waktu Rehat

    Bagi perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh menyesuaikan waktu rehat pegawai, dengan syarat masa rehat tersebut diganti pada hari yang sama.

    Manfaat

    Peningkatan Produktiviti

    Fleksibiliti dalam waktu bekerja membolehkan pegawai memilih waktu paling sesuai dengan keupayaan mereka, sekali gus meningkatkan kecekapan kerja.

    Kesimbangan Kerja dan Kehidupan

    Dengan sistem WBF, pegawai tidak lagi perlu terikat dengan jadual kerja yang rigid, membolehkan mereka mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan.

    Pengurangan Tekanan dan Trafik

    WBF mengurangkan kesesakan waktu puncak, membolehkan pegawai datang dan pulang tanpa tekanan akibat kesesakan lalu lintas.

error: Content is protected !!