Sistem E Penyata Gaji Badan Berkanun di Malaysia Sistem E Penyata Gaji Badan Berkanun di Malaysia adalah platform yang menyatukan maklumat lengkap mengenai pelaporan gaji...
e Penyata Gaji Anm | Payslip Online
Dapatkan panduan lengkap tatacara E Penyata Gaji ANM seperti paparan laporan, cetakan e-slipgaji, cara tukar katalaluan dan hubungi JANM. Sistem dengan ciri keselamatan tinggi dan mudah dicapai dimana sahaja.
Pengenalan E-Penyata Gaji & Laporan ANM
Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e Penyata Gaji dan Laporan. Tatacara yang turut disertakan dengan gambaran ringkas ini diharap dapat membantu dan membimbing pengguna untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan yang dimuatkan di dalam sistem ini.
Tatacara Penggunaan Sistem e-penyata gaji
Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e Penyata Gaji dan Laporan. Tatacara yang turut disertakan dengan gambaran ringkas ini diharap dapat membantu dan membimbing pengguna untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan yang dimuatkan di dalam sistem ini.
Web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer (version 9 dan ke bawah) adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.
Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan dan pengguna disaran supaya menyediakan perisian Adobe Reader didalam PC/notebook/smartphone bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.
Capaian masuk ke sistem e Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “Sistem e Penyata Gaji & Laporan” yang tertera di laman web utama.
E Penyata Gaji & Laporan ANM – Pertama Kali Mendaftar
Jika anda baru pertama kali mendaftar untuk sistem e-penyata gaji, sila ikuti langkah di bawah.
Pertama Kali Mendaftar
Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.
Medan Keterangan E Penyata Gaji ANM
MEDAN KETERANGAN No Kad Pengenalan atau No. Pasport Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji Contoh: No K/P Baru: 811212111234 No K/P Lama: A 1234567 No Pasport : A 121212123 No Lain: RF12345 No Gaji No gaji anda. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, sila gunakan salah satu daripada nombor-nombor gaji anda.
Kata Laluan Minima 8 aksara Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan.
Pertama Kali Mendaftar
Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.
Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.
Aktiviti Migrasi Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Aktiviti Migrasi Sistem Penyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) di Ibu Pejabat JANM Putrajaya yang melibatkan downtime pada tarikh 11 Januari 2018 (Khamis), jam 5.00 petang sehingga 16 Januari 2018 (Selasa), jam 6.00 pagi.
Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan eSPGL tidak dapat dicapai. Tuan/Puan dinasihatkan untuk memuat turun penyata gaji dan laporan yang diperlukan sebelum tarikh 11 Januari 2018 atau selepas 16 Januari 2018.
Tips Memohon Pinjaman Peribadi Koperasi dan Bank
Tips Memohon Pinjaman Peribadi
PERINGATAN: PAYOUT TERKINI YAYASAN IHSAN RAKYAT (YIR) 81%. JANGAN TERPEDAYA DENGAN PAYOUT TINGGI DARI AGEN LAIN. Anda akan dikenakan PENALTI (DENDA) jika kiraan salah. Full settlement atau dapatkan baki pinjaman? Klik disini.
Ingin dimaklumkan bahawa jangan percaya kepada agen/wakil jualan yang menawarkan bersih ditangan (cash in hand) yang tinggi dari kiraan kami. Kiraan yang kami buat berdasarkan kiraan semasa dari pengiraan sebenar Yayasan Ihsan Rakyat melainkan sekiranya terdapat perubahan kepada interest rate semasa panggilan akad.
Berhubung terus dengan pihak kami melalui whatsapp. Anda akan dilayan dengan penuh kemesraan dengan berbesar hati.
E Penyata Gaji Anm: Ringkasan
- Tajuk Artikel: E Penyata Gaji Anm
- Kategori: #EPenyataGaji #anm
- Tujuan: #MaklumatAm
Sila Pilih Sistem e-Gaji Penjawat Awam Malaysia
Pautan ini direka khusus untuk memudahkan penjawat awam dalam mengakses maklumat gaji mereka secara dalam talian. Dengan sistem ini, anda dapat mengurus dan memantau slip gaji, penyata gaji tahunan, dan pelbagai maklumat kewangan lain dengan lebih mudah dan efisien. Untuk meneruskan, sila pilih kategori yang sesuai di bawah:
Sistem e-Gaji Universiti Awam: Panduan dan Capaian Disini
Sistem e-Gaji Universiti Awam: Semua Yang Perlu Anda Tahu Sistem e-Gaji Universiti Awam adalah platform yang direka khas untuk memudahkan pengurusan gaji di universiti awam...
Sistem E-Penyata Gaji Kerajaan Negeri iSPEKS: Panduan Terkini
Sistem E-Penyata Gaji Kerajaan Negeri iSPEKS Sistem E-Penyata Gaji Kerajaan Negeri iSPEKS adalah platform canggih yang mempermudah proses pengurusan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan negeri....
E Penyata Gaji Anm: Panduan Lengkap Sistem Gaji Elektronik
e Penyata Gaji Anm | Payslip Online Dapatkan panduan lengkap tatacara E Penyata Gaji ANM seperti paparan laporan, cetakan e-slipgaji, cara tukar katalaluan dan hubungi...
Web Directories
Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai LOREM
Dapatkan jawapan kepada semua maklumat penting disini. Pelajari tentang ciri-ciri utamadan cara penggunaan yangpraktikal, semuanya pada satu tempat.
Bagaimana untuk mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui aplikasi smartphone ?
Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran?
Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?
Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.
Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?
Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan e penyata gaji
NO.Kad Pengenalan
NO. GAJI;
NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN;dan
NO.KOD PUSAT PEMBAYAR.
Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.
Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?
Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel epayslip@anm.gov.my
Bolehkah suami/ isteri/ rakan/ saudara mendaftar/ mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?
Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan.
Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat epayslip@anm.gov.my menggunakan emel rasmi/ peribadi masing-masing.
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa kata laluan atau menghadapi masalah no. akaun tidak wujud?
Sila ikuti langkah-langkah berikut
Pihak tuan/puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;
Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika anda lupa, sila klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang telah didaftarkan. Pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.
Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?
Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan dalam tempoh 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.
Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.
Bagaimana cara untuk mendaftar kali pertama sebagai pengguna Sistem e Penyata Gaji dan Laporan?
Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan.
Sebelum mendaftar, pastikan pihak tuan/puan mempunyai maklumat seperti No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan), no. Gaji, alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).
Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:
Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:
No.Gaji PDRM: 00123456 (8 digit)
No.Gaji BARU: 80123456 (8 digit– Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM dan diGANTIkan dengan digit ‘8’)
Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?
Pengguna Sistem e Penyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.
Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di lama web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut: http://www.anm.gov.my
Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?
Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.
Bagi tujuan ini, pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri. Dan pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ, anggota PERLU mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing.
Maklumat di Sistem e Penyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.
E-Penyata Gaji merupakan sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan (federal government) seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya.