Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop

About Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop menyediakan kedai harga patut yang diberinama Kedai Harga Patut Muafakat Johor.

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop Kedai Harga Patut Johor
Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop Kedai Harga Patut Johor

Kedai Harga Patut Johor

JOHOR BAHRU: Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) menyasarkan pembukaan 20 Kedai Harga Patut Muafakat Johor tahun ini, tertumpu di lokasi berpotensi dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata langkah itu sejajar dengan langkah memperluaskan perkhidmatan kedai konsep berkenaan, sekali gus memenuhi keperluan rakyat negeri itu.

Katanya, Kedai Harga Patut Muafakat Johor dirancang untuk dibuka di lokasi yang mempunyai banyak pejabat kerajaan termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan di sini.

“Langkah untuk mengembangkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor ini juga bagi membantu masyarakat mendapatkan bekalan barangan basah dan asas tani dengan tawaran harga lebih rendah daripada pasaran.

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop Product & Services

“Ketika ini, kami sedang menilai 10 koperasi yang akan membuka cawangan kedai berkenaan dalam fasa pertama, dan 10 lagi dalam fasa kedua bermula dari Julai ini sehingga akhir tahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor bersempena program My Farm Outlet di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad imCoop, Syed Salim Syed Mohamed.

Cawangan terbaharu itu adalah usahasama imCoop dengan Unit Strategi Nasional di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian (MOA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sehingga kini, imCoop sudah membuka lapan cawangan di Johor termasuk Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggaroh, Mersing dan dua lagi cawangan di Paroi dan Panchor di Negeri Sembilan sejak ditubuhkan pada 2014.

Md Jais berkata, Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop adalah gabungan 116 koperasi di bawahnya dan diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi.

Fakta Nombor Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop

FAKTA NOMBOR

  • Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop sasar 20 kedai harga patut
  • Sehingga kini Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop mempunyai 10 kedai harga patut termasuk di Johor dan Negeri Sembilan
  • Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop ditubuhkan pada November 2014
  • Gabungan 116 koperasi diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi

Contact Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop

Anda boleh menghubungi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop seperti dibawah:-

Location and Address

Koperasi in Malaysia

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop
NO 78, 78-01, 78-02,
JALAN ECO-CASCADIA 6/2,
TAMAN SETIA ECO CASCADIA
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Call Center

07-364 3229

E-Mail

Email us your inquiries to:

inquiry@imcoop.net.my

*Source: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2017/02/253337/imcoop-rancang-buka-20-cawangan-baharu

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Contact Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop

error: Content is protected !!