Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)

Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) Personal Loan

About Us

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) ditubuhkan pada tahun 1987 dengan No. Pendaftaran : Koop Negara 92.

Keanggotaan KOTANI terdiri daripada kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

Perkhidmatan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) menawarkan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan kecemerlangan ekonomi dalam semua bidang bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing, berilmu, global dan berekonomi tinggi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.

Pinjaman Peribadi KOTANI

  • Apakah jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Koperasi Kotani?

    Antara pembiayaan yang ditawarkan di Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) adalah :-

    • Pembiayaan Peribadi Al-Inah
    • Pembiayaan Al-Inah Kecemasan
    • Pembiayaan Al-Inah Pendidikan
    • Pelancongan
    • Bantuan Khas Perayaan
    • Bai’ Bithaman Ajil / Barangan
    • Insurans dan Cukai Jalan

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad ada menyediakan pembiayaan Al-Bainah untuk semua anggota KOTANI yang layak.

Tujuan Pembiayaan adalah untuk menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.

Had Pembiayaan Pinjaman Peribadi

Jumlah maksima pinjaman peribadi ini ialah sejumlah RM 50,000.00.

Pembiayaan ini dihadkan kepada enam belas 16 x gaji pokok bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.

Tempoh Bayaran Balik

  1. Bayaran balik pinjaman peribadi bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
  2. Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan. Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.
  3. Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.

Pembiayaan Bertindih

Kecuali dengan kebenaran Lembaga pinjaman peribadi bertindih (overlap) dibenarkan selepas bayaran ansuran pinjaman peribadi telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran.

Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Kadar Pengambilan Keuntungan

Semua jenis pinjaman peribadi yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-

Tempoh Pembiayaan

Kadar Pengambilan Keuntungan

6 – 18 bulan

6% setahun

24 – 30 bulan

6.25% setahun

36 – 42 bulan

6.50% setahun

48 – 54 bulan

6.75% setahun

60 – 120 bulan

7% setahun

Skim Perlindungan Insurans Berkelompak Kotani

Setiap ahli yang mencarum dengan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad secara tidak langsung merupakan ahli insurans Great Eastern. Great Eastern menawarkan beberapa insurans menarik yang dapat membantu ahli KOTANI.

Kiosk KOTANI, Wisma Tani Putrajaya

Perniagaan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad

Untuk memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama

Kiosk KOTANI, Wisma Tani Putrajaya

Penubuhan Kiosk KOTANI di Wisma Tani, Putrajaya merupakan salah satu alternatif mudah untuk anggota berurusan dengan pihak KOTANI selain menjadi tempat anggota mendapatkan info-info terkini.

Kiosk ini telah dirasmikan pada 16 Jun 2011 oleh YB Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain dari menyediakan perkhidmatan untuk anggota, Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad turut menjalankan perniagaan menjual barangan yang berasaskan pertanian, perikanan dan sebagainya yang telah diperolehi dari badan – badan kerajaan, swasta dan persendirian.

Sehingga kini, pihak Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad masih mengalu – alukan pembekal produk – produk tempatan untuk dipasarkan ke Kiosk KOTANI.

Kedai Ar-Rahnu KOTANI

Penubuhan Kedai Ar-Rahnu KOTANI merupakan salah satu gerbang kejayaan bagi Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad. Bersesuaian dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk membantu anggota dan pihak awam semasa kesempitan secara memberi hutang bercagar menurut landasan dan peraturan syariah.

Kini Kedai Ar-Rahnu telah berjaya memasuki tahun ke sembilan operasi dengan peningkatan bilangan pelanggan dari semasa ke semasa. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan perniagaan Ar-Rahnu KOTANI.

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 19 telah meluluskan pegangan saham bernilai 3.5 juta untuk dimiliki oleh anggota dan kakitangan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad iaitu AKAUN SIMPANAN KHAS AL-MUDHARABAH (ASKA).

ASKA adalah skim tabungan bertujuan memberi pulangan kepada anggota, Koperasi dan institusi untuk melabur wang dalam perniagaan Ar-Rahnu melalui pembahagian keuntungan mengikut jumlah pelaburan dan masih lagi dibuka kepada semua anggota tertakluk kepada syarat-syarat pelaburan.

KOTANI Resort Travel & Tours

Kotani Resort Travel & Tours Sdn. Bhd. (KRTT) diperbadankan di Malaysia sebagai anak syarikat Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad yang menumpukan kepada pemasaran dan pengendalian pelancongan dalam negeri dan luar negara, khususnya pelancongan agro. KRTT juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan No Pendaftaran Kew : KKKP 2820 ( 287119-K)

Pakej Pelancongan:

  • Ibadah dan ziarah – Umrah
  • Dalam negeri – Pulau Redang , Kuching, Sabah, etc.
  • Luar Negara – Phuket Thailand, Beijing China, Padang Indonesia, etc.
  • Menganjurkan seminar, team building, dan kursus.

Pembekalan Barang dan Perkhidmatan

KOTANI juga membekalkan barang-barang keperluan jabatan dan agensi mahupun swasta.

Kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan No Rujukan : 357-01011157 untuk melaksanakan aktiviti di atas.

Antara barangan ataupun perkhidmatan yang kami sediakan adalah menerima tempahan dan membekal barangan seperti:

  • Barangan alatulis pejabat
  • Barangan perabut untuk keperluan pejabat
  • Permaidani / ambar
  • Topi dan t-shirt beserta sulaman, pakaian sukan, tuala dan barang-barang berjahit
  • Barangan elektrik/ mesin untuk keperluan pejabat
  • Alat dan sistem cegah kebakaran
  • Pakaian / alat keselamatan
  • Alat perhubungan, GPS
  • Kanopi beserta peralatan kanopi untuk tujuan majlis
  • Beg seminar, cenderahati atau barangan premium
  • Barangan minuman dan penapis air
  • Diesel dan minyak pelincir
  • Baja pertanian, racun perosak dan akuarium
  • Bahan binaan
  • Peralatan sukatan makmal dan ukuran
  • Kenderaan dan jentera berat serta aksesori termasuk peralatan marin
  • Kelengkapan bengkel, motor dan alatubah
  • Alat hawa dingin
  • Stesyen janakuasa letrik dan peralatan generator serta alat ganti
  • Mechanisation system (conveyor, lift dll)
  • Penyediaan pameran / pentas serta tenaga pengajar kursus
  • Penyediaan taman / ladang / tempat letak kereta
  • Hiasan jalan / kawasan, cuci bangunan dan kolam renang

Hubungi Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad

Alamat kami adalah seperti dibawah:-

No. 33-1, Wisma KOTANI
Jalan Tasik Selatan 3, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur
Malaysia

Telefon / Email

Phone: 03 – 9056 4730 / 03 – 9056 4731
Fax: 03 – 9056 4729

Email : pengurus@kotani.com.my

https://kotani.com.my

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiKakitanganKementerianPertanianMalaysiaBerhad #KOTANI


Home

error: Content is protected !!