Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA

Pinjaman Peribadi Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA Personal Loan

About Us

KOPKETA adalah nama singkatan kepada Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad yang telah didaftarkan pada tahun 1973 dibawah seksyen 7, Ordinan Syarikat-syarikat Kerjasama 1948. Dalam usia penubuhannya selama 41 tahun, KOKETA kini lebih matang dan kompetitif dalam menentukan hala tuju gerakan koperasi selaras dengan kehendak Akta dan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi.

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad telah berjaya meletakkan koperasi ini untuk bergerak dengan lebih selesa. Seterusnya, melalui cetusan idea yang bernas dan keberanian serta kesungguhan yang tinggi, maka pada Mac 1997, pihak KOPKETA telah bersepakat untuk mengambil alih serta mengurus sendiri ladang kelapa sawit koperasi dari pihak EPA.

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad membantu anda mencari tempat yang anda inginkan. KOPKETA telah berusahasama dengan Syarikat Pemaju Perumahan Matrix Concepts Sdn. Bhd. untuk membangunkan kawasan perumahan awam yang dinamakan Bandar Seri Impian.

  • Dimanakah terletaknya Petron kepunyaan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA?

    Stesyen pam minyak Petron kepunyaan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA terletak di Bandar Sri Impian Kluang Johor Darul Takzim dan dibuka sepenuhnya pada 25 hb Ogos 2020.

Sejarah Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA

Rancangan Kemajuan Tanah Anggota Polis Pangkat Rendah Johor Berhad. Ia ditubuhkan bagi menguruskan ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh anggota asal atas tanah kurnia seluas 3,125 ekar. Tanah kurnia ini telah dianugerahkan bagi mengenang jasa bekas anggota polis yang telah berkhidmat dan menjaga kepentingan awam di Negeri Johor khasnya.

Atas faktor ini, mantan Menteri Besar ketika itu YAB Allahyarham Dato’ Othman Saad telah menyokong permohonan mereka bagi mendapat perkenan Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Mereka semua telah dikurniakan tanah seluas ± 2,000 ekar tanah pada peringkat pertama dan ±1,125 ekar pada peringkat kedua. Pada awal penubuhan seramai 322 orang telah menganggotai koperasi tetapi kini KOPKETA hanya mempunyai anggota seramai 311 orang sahaja.

Aktiviti – Tanaman Kelapa Sawit

Pendapatan utama Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad adalah daripada aktiviti perladangan iaitu kelapa sawit. Pada asalnya Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA mempunyai seluas 3000 ekar tanah di daerah Kluang. Namun setelah terlibat dengan pembangunan, tanah yang tinggal untuk tanaman kelapa sawit adalah seluas 1571 ekar yang terbahagi kepada 9 blok.

Sewaan Bangunan Komersial

  1. Bangunan Wisma Kopketa dan 9 pintu rumah kedai di sekitar Bandar kluang johor.
  2. Empat belas pintu rumah kedai di Bandar Seri Impian, kluang Johor untuk disewakan.
  3. 2 buah banggunan kedai dan pejabat di Impianan Square Bandar Seri Impian dalam binaan untuk disewakan.
  4. 6 buah banglow disewakan

Pembangunan Perumahan

Pembangunan hartanah Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA bersama Matrix Concept telah dimulakan dengan keluasan tanah 900 ekar tanah ladang. Ianya telah dibangunkan dengan perumahan bercampur pada awal tahun 2005. Pada masa ini 2017 hampir 85 % telah berjaya dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Pra Perasmian Petron Bandar Seri Impian Kluang, Johor

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor (KOPKETA) melakar sejarah manis apabila muncul satu satunya Koperasi yang berani dan berjaya menceburi bidang perniagaan membuka Stesen Minyak PETRON di Bandar Seri Impian Kluang Johor.

Pelaksanaan kerja-kerja stesen Minyak Petron itu dimulakan pada 1 April tahun lalu dan siap sepenuhnya hari ini (25 Ogos 2020) .

Sejajar dengan misinya menjadikan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad sebuah Koperasi yang kompeten dan berdaya saing, anggota Ahli Lembaganya yang diketuai pengerusi Haji Mohd Ariffin Ismail bekerja keras ke arah mencapai misi dan visi yang digariskan.

Menurut haji Mohd Ariffin dengan pembukaan Petron ini ,ia diharap dapat meningkatkan lagi sumber pendapatan Kopketa selain perolehan keuntungan menerusi bidang perladangan, pembangunan hartanah dan pelaburan.

Katanya Kopketa dijangka akan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM360,000.00 pada tahun pertama operasinya yang bermula hari ini. Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad menjangkakan keuntungan meningkat pada tahun tahun seterusnya. Dengan peningkatan keuntungan itu ia sekali gus akan dapat dimanfaatkan oleh setiap ahli. Beliau menyatakan demikian semasa Pra Perasmian PETRON Bandar Seri Impian di Kluang.

Menurut haji Mohd Ariffin kunci utama untuk menjayakan sesuatu termasuk membina stesen minyak itu ,ia perlu dengan ‘amanah ‘ yang betul. Katanya usaha Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad tidak berhenti setakat itu, beberapa perancangan lain sedang dilaksanakan.

https://kopketa.com

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiKemajuanTanahNegeriJohorBerhad #KOPKETA

Contact Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA

  • Whatsapp: 019-2983056
  • Tel: 019-2983056 / 07-7764076 / 07-7764890
  • Fax: 07-7765527
  • Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad
    No 8, jalan dato ismail hassan, Kampung Masjid Lama,
    86000 Kluang, Johor
  • Opening Hours:
    8.30am-5pm Monday-Friday
  • info@personalfinancingloan.com



Home

error: Content is protected !!