Koperasi Koswip Malaysia Berhad

Pinjaman Peribadi Koperasi Koswip Malaysia Berhad Personal Loan

About Koswip

KOSWIP MERUPAKAN SEBUAH KOPERASI KREDIT YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN, GLC SERTA BADAN BERKANUN.

KOSWIP MENAWARKAN PEMBIAYAAN SECARA ISLAMIK BESERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN KEPADA ANGGOTANYA

Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.

Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.

Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 .

Nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited” dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu.

Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad” dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.

  • Question

    Answer

Pertukaran Nama

Pada 19 April 1996 nama koperasi ditukar lagi kepada “Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad” atau dengan nama lain ialah Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dan ini kekal sehingga kini.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan salah sebuah koperasi tertua yang ditubuhkan di Negeri Selangor di bawah Undang-undang Negeri Melayu Bersekutu bagi syarikat kerjasama tahun 1922.

Usia KOSWIP setahun lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan gerakan koperasi. Dahulunya koperasi KOSWIP Malaysia Berhad beroperasi untuk kakitangan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Wilayah Putrajaya dan kini ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Negeri.

Segala aktiviti dan fungsi perjalanan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peratura Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi Koswip Malaysia Berhad serta aturan-aturan yang dibuat oleh anggota Lembaga dari semasa ke semasa.

Keanggotaan Koperasi Koswip

Dahulunya di awal penubuhan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad pada tahun 1923, anggotanya berjumlah 138 orang terdiri dari kalangan kaum India kebanyakannya diikuti oleh kaum Melayu dan Cina serta lain-lain bangsa. Kini statistik daftar maklumat anggota Koperasi KOSWIP pada 31 Disember 2013 menunjukkan jumlah anggota seramai 18,741 orang.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berpegang teguh kepada Prinsip-prinsip sebagaimana terkandung dalam Undang-undang Kecil termasuklah:-

Keanggotaan sukarela dan terbuka

Kawalan demokratik oleh anggota

Penglibatan ekonomi oleh anggota

Autonomi dan kebebasan

Pendidikan, latihan dan maklumat

Kerjasama antara koperasi dan

Mengambil berat terhadap masyarakat

Sewaan

Ruang Niaga

Ruang niaga untuk disewa di Semenyih Sentral, Semenyih
UNIT 5-1, 7-1 , 7-2 , 9-1 & 9-2

Semenyih Sentral merupakan pusat komersial yang terletak di Semenyih dan berhampiran dengan taman-taman perumahan seperti Taman Gembira, Taman Seri Mawar and Kampung Sentosa. Disini terdapat pelbagai kemudahan berhampirannya seperti ATM, Stesen Bas dan Klinik Swasta.

Keluasan kedai adalah sekitar 4500-9960 s/f. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pentadbiran di talian 03-22735422 (En. Syukor)https://maps.google.com/maps?ll=2.944262,101.843884&z=16&t=m&hl=en-MY&gl=US&mapclient=embed

RUANG PEJABAT

Ruang pejabat komersial di Plaza Sentral Unit 2B-07-02 & 2B-08-02 untuk disewakan. Plaza Sentral yang terletak di tengah nadi Kuala Lumpur berhampiran dengan Stesen KL Sentral dan kemudahan lain merupakan dianggap sebagai hub niaga tanpa sempadan dan berstatus MSC Malaysia Cybercentre

RUMAH REHAT

Bagi yang ingin bercuti dan bermalam bersama keluarga di Port Dickson, kami juga ada menawarkan sebuah rumah tumpangan yang terletak di alamat berikut :

No 33, Taman Eastern

Jalan Pantai, Bt 4

Port Dickson

Negeri Sembilan

Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM200(semalaman) bagi anggota Koswip dan RM500(semalaman) pula bagi bukan ahli Koswip

Insurans

CUKAI JALAN DAN INSURAN KENDERAAN

Jimat Masa, Jimat Tenaga insuran kenderaan anda sudah tamat tempoh??

Dapatkan perkhidmatan profesional dan menguntungkan dari kami.

Kemudahan pembiayaan dengan bayaran balik selama 10 bulan bagi yang layak.

NCD (diskaun) boleh dipindah terus dari insurans terdahulu

Sumbangan (premium) berpatutan mengikut kehendak pelanggan atau harga pasaran kereta

Perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dari pintu ke pintu turut disediakan

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pn. Afiza bt. Ibrahim

Pn. Norliza bt. Busu

Pn. Suhana bt. Ismail

Bahagian Pentadbiran di talian tetap 03-22747009

PELAN TAKAFUL MUTIARA PLUS 1

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad telah menerima tawaran dari ETIQA TAKAFUL BERHAD bagi membolehkan semua anggota menyertai Pelan Takaful Mutiara Plus 1.

Manfaat Yang Ditawarkan

Kematian akibat biasa (penyakit) atau kemalangan

Keilatan kekal menyeluruh akibat biasa (penyakit) atau kemalangan

Belanja pengkebumian (ahli / pasangan/ )

Keilatan separa kekal semua sebab (mengikut nisbah peratusan manfaat)

Elaun harian wad hospital (diwadkan melebihi 6 jam)

Ciri-Ciri

Sumbangan dari RM 10.00 hingga RM 100.00 sebulan.

Perlindungan kepada peserta dan terbuka kepada pasangan (suami / isteri) serta anak yang ingin turut serta.

Sebanyak 44% daripada sumbangan bulanan disimpan bagi tujuan pelaburan tabungan peserta.

Sebanyak 56% daripada sumbangan bulanan digunakan untuk manfaat perlindungan takaful.

Elaun harian hospital hingga tidak melebihi 26 minggu kemasukan wad.

Al-Mudrabahah dimasukkan ke dalam Akaun Peserta setiap tahun berdasarkan pembahagian :80% kepada peserta- 20% kepada Etiqa Takaful Berhad

Tempoh Sijil Mahal

Apabila peserta mencapai umur 55 tahun

Sijil tamat jika berlaku perkara berikut:

Manfaat dibayar 100%

Mencapai tempoh matang

Menarik diri

Had umur penyertaan

Had umur dibenarkan ialahdaripada 18 tahun sehingga 55 tahun pada harijadi akan datang.

Sila hubungi 03-22735422 Pn. Aisyah untuk pertanyaan

Koswip Trading Sdn Bhd

LEMBAGA PENGARAH

Hj. Abd. Rahim b. Azizi

Shaari bin Zakaria

ALAMAT UTAMA PERNIAGAAN

No. 60 Jalan Padang Belia

Off Jalan Tun Sambanthan

50706 Kuala Lumpur

SETIAUSAHA

Nor Azila Binti Abdul Wahab (L.S.082240)

ALAMAT BERDAFTAR

KNS Associates Sdn Bhd. [292081-v]

No. 2F-1, Jalan Raya 2

Kawasan Perusahaan Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan

Selangor D.E

JURUAUDIT

Azman Ahmad & Co.

Akauntan Bertauliah (Malaysia)

BANK UTAMA

CIMB Bank Berhad

KOSWIP TRAVEL & TOURS SDN BHD

KOSWIP Travel & Tours Sdn. Bhd. Merupakan anak syarikat berdaftar Koperasi KOSWIP Sdn. Bhd. Kegiatan utama syarikat adalah di dalam bidang ejen pelancongan dan perniagaan yang berkaitan dengannya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

Penempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.

Urusan tiket penerbangan PTA

Pakej pelancongan Dalam Negeri (Inbound)

Pakej pelancongan Luar Negara (Outbound)

Pakej Tailor-made citarasa pelanggan

Pakej Umrah dan Ziarah

Airport pick-up services untuk VIP

Tempahan bilik hotel / penginapan

Tempahan bas persiaran berhawa dingin

Pengendalian pakej Seminar / Hari Keluarga

Tiket Stok

Hubungi Koperasi Koswip

HUBUNGI KOPERASI KOSWIP

Alamat Surat Menyurat:

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad

No. 66 Jalan Padang Belia

Off Jalan Tun Sambanthan

50706 Kuala Lumpur

Tel :03-22735422

03-88884011 /4014 (putrajaya)

Sambungan: 103 / 103 – Kaunter Cek / Kaunter Pertanyaan

112/107/102/109/108/106 – Bahagian Kredit

115/116 – Unit Kawalan Kredit

215/204/212 – Bahagian Pentadbiran / Aset

210/217/214/205 – Bahagian Kewangan

202 – Bahagian Insurans

Email: webmaster@koswip.org.my

koswip@gmail.com

*sumber: koswip official website

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiKoswipMalaysiaBerhad


Home


Pinjaman Koswip

error: Content is protected !!