Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS

Pinjaman Peribadi Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS Personal Loan

About Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS

Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad, atau ringkasnya KOSAS, telah didaftarkan pada 9 Disember 1975.

Objektif utama penubuhan Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS adalah untuk membantu membangunkan ekonomi anggota-angotanya. Semenjak penubuhannya, KOSAS terus mengorak langkah kehadapan dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan tanpa mengabaikan kebajikan kepada anggota.

Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS telah terus berkembang dengan keahlian sekarang melebihi 3000 orang. Semenjak penubuhannya, Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan dari sektor pertanian, hartanah, pelaburan dan lain-lain dan KOSAS akan terus berusaha menceburi bidang-bidang perniagaan yang lain untuk memberikan pulangan dan nilai tambah dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi anggotanya.

Hasil sokongan anggota dan kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi serta dedikasi Pengurusan, Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS telah meneruskan momentun pertumbuhan perniagaan yang stabil dan mantap. Hasilnya dapat dinilaikan dengan anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh KOSAS.

“Bersatu Lebih Maju”

  • Apakah koperasi yang sesuai untuk rakyat Selangor?

    Koperasi yang sesuai untuk rakyat yang lahir di Selangor adalah Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti menceburi bidang perladangan dan sistem pajak gadai Ar-Rahnu yang menggunakan prinsip Islam.

Keanggotaan

Keanggotaan Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad ini terbuka kepada semua Anak Melayu Selangor. Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :

  • warganegara Malaysia;
  • telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

FI MASUK (Undang-undang Kecil 12(1)

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak lima puluh ringgit. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

PEROLEHAN HAK, KEWAJIPAN & LIABILITI ANGGOTA (Undang-undang Kecil 16)

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggotaKoperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad yang telah menjelaskan bayaran penuh satu ribu ringgit syer bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.

PENAMA (Undang-undang Kecil 18)

Tiap-tiap anggota Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad hendaklah mengisi satu borang rasmi Koperasi ini, dihadapan dua saksi yang mengakusaksi perkara yang sama atau suatu akuan yang dibuat sewajarnya, menamakan seorang wasi dari kalangan waris-waris terdekat yang mutlak tassarrufnya untuk menerima setelah dia mati wang-wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum Islam dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan-perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.

Dalam hal-hal sedemikian, nilai syer atau kepentingan anggota itu hendaklah sama dengan jumlah wang yang sebenarnya dibayar oleh anggota Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad itu untuk memperolehi syer atau kepentingan tersebut itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 7(1) Peraturan.

MENARIK DIRI (Undang-undang Kecil 22)

Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.

Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.

Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.

Aktiviti & Perkhidmatan Disediakan

Ladang Kampung Kundang

Nanas atau nama botaninya Ananas Comosus adalah dari keluarga Bromeliaceae, tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan.

Mengikut sejarah, Christopher Columbus, penjelajah berbangsa Itali, adalah orang yang memperkenalkan nanas di serata dunia.

Beliau telah menemui buah nanas di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia. Beliau telah menemui buah nanas di perairan Caribbean pada tahun 1493 semasa pelayaran keduanya di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan di serata dunia.

Sejarah nanas di Tanah Melayu bermula apabila orang-orang Portugis membawanya masuk ke Semenanjung Malaysia. Penanaman nanas di dunia berpusat di negara-negara seperti Brazil, Hawaii, Afrika Selatan, Kenya, Pantai Gading, Mexico dan Puerto Rico. Di Asia tanaman nanas ditanam di negara-negara Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia pula nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Antara jenis nanas yang sesuai dan disyorkan ditanam adalah jenis Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36, Josaphine dan MD2.

Oleh sebab itu Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS juga telah mengambil inisiatif dan telah bermula dengan pembukaan Ladang Nanas yang terletak di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor pada Januari 2005. Peringkat permulaan Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS hanya menanam nanas jenis N36 kemudia diikuti Josaphine dan MD2.

Kini, Ladang Kampung Kundang sepenuhnya telah ditanam dengan variati nanas MD2, Dengan doa anggota sokongan Anggota Lembaga Koperasi dan komitmen Pengurusan, Ladang Nanas, Kampung Kundang akan lebih maju dan dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS.

Kewangan- Ar-Rahnu X’Change

Bermula pada bulan Februari 2011, Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad KOSAS telah menceburi satu lagi perniagaan baru iaitu perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu X’Change.

Perniagaan ini dibuat dengan kerjasama anak syarikat kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad iaitu Rakyat Management Services(RMS).

Sebagai komitmen jangka panjang dalam perniagaan ini, KOSAS telah membeli bangunan 2 tingkat untuk dijadikan sebagai premis Ar-Rahnu X’Change yang terletak di : No. 15, Blok A, Jalan PJS 5/30, Petaling Jaya Commercial City, Petaling Jaya Selatan , Selangor.(Bersebelahan Taman Medan). No. Tel: 03-77817849 No. Faks: 03-77818960

Cawangan Ar-Rahnu X’Change KOSAS

Cawangan PJCC, Taman Medan
Jalan PJS 5/30
Pjs 2 Pusat Dagangan Petaling Jaya
46150 Petaling Jaya, Selangor

Telefon : +603-7781 7849

Cawangan Alam Avenue 2, Shah Alam
No. C-3-G, Jalan Serai Wangi L 16/L
Alam Avenue 2, Seksyen 16
40000 Shah Alam, Selangor

Telefon : +603-5523 8413

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat
9.00 Pagi – 5.00 Petang

Pelancongan

UMRAH 2018 / 2019

RNS Holidays Sdn Bhd (agensi umrah berdaftar di Malaysia) kini menawarkan pakej umrah yang direka khas utk individu, keluarga, secara berkumpulan, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan. Pakej umrah 2018 & 2019 kami adalah yang terbaik dari yang terbaik.

Jom Melancong Bersama Kami

Mari meraih pengalaman yang berharga lagi bermakna bersama rakan-rakan serta keluarga dengan pakej terbaik yang kami sediakan

kosastravel.com.my

Hubungi Kami

Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad
Lot A-G-03 Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13B
47301,Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

mail@kosas.com.my

Tel:+603-78731181
Faks:+603-78742181

https://kosas.com.my

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiSerbagunaAnakanakSelangorBerhad #KOSAS


Home

error: Content is protected !!