Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad KUISB / Koperasi Unisel

Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad KUISB / Koperasi Unisel

About Us

Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad KUISB ataupun Koperasi Unisel telah didaftarkan pada 8 Ogos 2005 di bawah Subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad

Koperasi Unisel kini menyediakan perkhidmatan Mini BSN dimana anda boleh melakukan deposit wang ke akaun BSN,Pengeluaran tunai melalui kad atm BSN,Pembayaran Bil (Telefon,TNB, Syabas),Pembelian eSSP(Sijil Simpanan Premium) dan juga Pembelian Tanpa Tunai di Pejabat Urusan Koperasi Unisel

Contact Koop Unisel

facebook messenger: m.me/koopunisel

  • Apakah produk dan perkhidmatan yang disedikan oleh Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad KUISB / Koperasi Unisel?

    Produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad KUISB / Koperasi Unisel adalah :-

    1. T-shirt Unisel
    2. Topi Unisel
    3. Mug dengan tulisan Unisel
    4. Pembekalan alat tulis seperti color paper dan yellow paper
    5. Envelope
    6. Fotostat (fotokopi bahan pembelajaran dan lain-lain)
    7. Insurans kenderaan dan perlindungan diri (Agen Takaful Insurans)

Sejarah Penubuhan Koperasi

KOPERASI UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR BERHAD (KUISB) ditubuhkan pada 8 Ogos 2005 dengan mensasarkan keanggotaan di kalangan kakitangan Universiti Selangor (UNISEL). Terletaknya pejabat urusan KUISB di UNISEL Kampus Bestari Jaya, KUISB menawarkan kemudahan, manfaat dan kebajikan kepada semua anggota di kedua-dua Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam. Tidak hanya menumpukan aktiviti pelaburan, KUISB kini mengorak langkah dengan mengusahakan perniagaan minuman dan percetakan sebagai aktiviti utama menjana ekonomi anggota.

VISI
Menjadi sebuah koperasi contoh yang professional, terunggul dan disegani di Malaysia

MISI
Meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan ahli dengan berteraskan budaya dan prinsip-prinsip koperasi

OBJEKTIF

  1. Menjalankan aktiviti-aktiviti kepenggunaan
  2. Menghasilkan pulangan atas modal ahli pada kadar yang memuaskan
  3. Menjaga kepentingan ahli dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti
  4. Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial ahli

DEFINISI LOGO

  • Logo melambangkan perpaduan yang erat dan kerjasama yang jitu kearah kesejahteraan ahli-ahlinya.
  • Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat dicerminkan dengan bentuk bulatan bewarna biji kundang yang mengelilingi empat bulatan biru di dalamnya.
  • Kerjasama dan perpaduan dilambangkan melalui empat bentuk seperti anak panah yang menuju ke arah yang sama.

https://kuisb.kopmalaysia.com

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiUniversitiIndustriSelangorBerhad #KUISB #KoperasiUnisel

Contact Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad KUISB / Koperasi Unisel

  • Whatsapp: 019-2983056
  • Tel: 019-2983056 / 03-3281 2434
  • Universiti Selangor (UNISEL)
    Bestari Jaya Jalan Timur Tambahan,
    45600 Batang Berjuntai, Selangor
  • info@personalfinancingloan.com



Home

error: Content is protected !!