Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

Pinjaman Peribadi Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

About Us

Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan pinjaman peribadi Al-Qard dan Al-Bainah kepada anggota dengan max Rm150,000. Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) adalah sebuah koperasi berdaftar di Malaysia dengan objektif seperti berikut:-

  • Meningkatkan jenis dan jumlah jualan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota, warga kampus dan masyarakat umum.
  • Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.
  • Meningkatkan faedah perlindungan kebajikan khairat/insuran secara percuma kepada anggota dan keluarga anggota.
  • Meningkatkan projek-projek pembangunan hartanah dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi kepada koperasi dan negara.
  • Memindahkan sebahagian besar tanggungjawab universiti bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian staf keluarga.
  • Kini anda tidak perlu risau bagaimana nak dapatkan kenderaan untuk disewa.
  • Koop Trading menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk disewa pada harga yang rendah dan berbaloi!
  • Apakah itu pembiayaan peribadi Al-Qard Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)?

    Pinjaman kebajikan, atau Al-Qard merupakan pinjaman yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan

Perniagaan Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

Koop Elektromart

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

  • Membekal dan menjual barangan elektrik khususnya kepada anggota Koperasi UTM Berhad. Anggota boleh membuat pembelian secara tunai atau ansuran.
  • Antara barangan elektrik yang dijual di koop elektromart ialah televisyen, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, dan lain-lain.
  • Bekalan dan barangan elektrik dijamin berkualiti dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan.

JENIS PERNIAGAAN

A) TRADING

Menawarkan perkhidmatan dan barangan pengguna kepada anggota koperasi dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran.

Melantik panel perniagaan di sekitar Johor Bahru bagi memenuhi keperluan dan permintaan anggota Koperasi UTM Berhad.

Panel perniagaan yang dilantik adalah terdiri daripada beberapa jenis perniagaan

B) INSURANS

Menjadi agen insurans daripada syarikat Insuran Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Berhad dan Etiqa Insuran dan Takaful Sdn. Bhd.

Menyediakan perkhidmatan perlindungan insuran dan takaful kepada anggota koperasi UTM Berhad.

Antara perlindungan insuran yang ditawarkan kepada anggota adalah perlindungan kewangan, bangunan, nyawa, kenderaan dan pembiayaan trading.

WAKTU OPERASI

Ahad – Isnin (8.00 Pagi – 5.00 Petang)

HUBUNGI KOOP ELEKTROMART

LOKASI KAMI

No. 14, Jalan Besi 2
Taman Sri Putri
81300 Skudai
Johor

TEL : 07 – 558 5719
FAX : 07 – 557 8549
EMAIL : elektromart@kutmb.my

Minimart Kuala Lumpur Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

Tujuan utama Minimart Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) ini dibuka adalah bagi memenuhi keperluan pelajar dan juga staf seperti makanan dan minuman ringan, akhbar dan majalah, alatulis, kad tambah nilai prabayar dan pelbagai barangan.

Di samping itu, minimart juga menawarkan perkhidmatan Fotocopy, binding dan juga printing dengan harga yang berpatutan.Operasi minimart kini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad bagi memudahkan pelajar separuh masa (UTM SPACE) untuk mendapatkan keperluan mereka dan juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Bagi staf UTM yang menjadi anggota Koperasi, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Memperbaharui Cukai Jalan dan Insuran (Takaful)
  • Pembiayaan Peribadi & Pinjaman
  • Pembelian barangan Elektrik dan Elektronik

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat (8.00 Pagi – 4.30 Petang)
Sabtu (11.00 Pagi – 4.00 Petang)
Ahad (8.00 Pagi – 1.00 Petang)

HUBUNGI MINIMART KUALA LUMPUR

LOKASI KAMI :

Minimart Kuala Lumpur
Univeristi Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur.
TEL : 03 – 2615 4239
FAX : 03 – 2692 4830

Ar-Rahnu Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

Ar-Rahnu KONSEP

  • Al-Qardhul Hassan (Pinjaman Kebajikan)
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah (Simpanan dengan jaminan keatas barang gadaian)
  • Al-Ujrah (Upah)

KEISTIMEWAAN

  • Pajak gadai bebas daripada unsur riba’
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dan diinsurankan (Takaful)
  • Semua urusan dibuat dihadapan pelanggan di bilik khas
  • Margin gadaian yang tinggi.
  • Tiada yuran proses

SYARAT-SYARAT GADAIAN

  1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas dan bermastautin tetap
  2. Bayaran balik boleh dibuat sekaligus atau ansuran.

HAD GADAIAN

  • Ar-Rahnu maksimum RM10,000.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM50,000.00
  • Az-Zahab minimum RM10,001.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM100,000.00

TEMPOH GADAIAN

  • Ar-Rahnu maksimum 6 bulan dengan tempoh lanjutan (boleh dirunding).
  • Az-Zahab maksimum 3 tahun jika bayaran sekaligus atau ansuran.

WAKTU OPERASI

Ahad – Khamis (9.00 Pagi – 5.00 Petang)

HUBUNGI KAMI DAN LOKASI KAMI

Ar-Rahnu X’Change
Koperasi UTM Berhad
No. 26, Jalan Meranti 2
Taman Sri Pulai
81110 Johor Bahru
Johor

TEL : 07-520 2909
FAX : 07-520 2941

EMAIL : haslinda@kutmb.my

Pinjaman Peribadi Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

Pinjaman Peribadi Al-Qard Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

KONSEP PINJAMAN

Pinjaman kebajikan, atau Al-Qard Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) merupakan pinjaman yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan

Maksimum pinjaman peribadi yang diluluskan adalah sebanyak RM2,000.00 yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM205.00 sebulan dan tempoh maksimum adalah 11 bulan.

Skim pinjaman peribadi ini dilaksanakan mengikut kaedah “Qardhrul Hassan”, iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama.
Pinjaman kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM50.00 kepada pemohon berjaya.

SYARAT DAN KELAYAKAN

  1. Pemohon mestilah telah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad (KUTMB).
  2. Jumlah potongan gaji anggota, termasuk potongan-potongan pinjaman peribadi terdahulu haruslah tidak melebihi 70% daripada gaji anggota.
  3. Anggota tidak boleh memohon lagi sekiranya masih mempunyai baki pinjaman peribadi (pembiayaan kebajikan). Jumlah modal syer hendaklah cukup RM1000.00.

PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI

  • Dapatkan borang permohonan pinjaman peribadi dari pejabat KUTMB atau muat turun di sini.
  • Isi borang permohonan pinjaman peribadi dan sertakan bersama: Salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan Penyata Gaji terkini pemohon (tanpa penjamin) serta dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya.
  • Hantar borang permohanan pinjaman peribadi dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke pejabat KUTMB yang terdekat.

Pembiayaan Al-Bainah Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)

KONSEP PEMBIAYAAN

  • Pembiayaan kemudahan merupakan pinjaman peribadi yang dikeluarkan oleh Koperasi UTM Berhad Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad @ Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) kepada ahli-ahli yang mencarum dengan KUTMB yang berkelayakan dengan kadar faedah yang rendah.
  • Amaun maksima pinjaman peribadi yang dibenarkan ialah RM 150,000.00
  • Kadar Keuntungan pinjaman peribadi yang dikenakan ialah 4.1% setahun
  • Pembayaran semula pinjaman peribadi dilakukan melalui potongan gaji
  • Kelayakan pembiayaan berdasarkan 8 kali caruman.
  • Tempoh maksima pembayaran pinjaman peribadi dihadkan kepada 120 bulan atau 10 tahun.

Syarat dan Kelayakan

  1. Pemohon mestilah menjadi anggota Koperasi UTM Berhad @ Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB).
  2. Amaun yang dipohon haruslah tidak melebihi lapan kali daripada jumlah caruman, dan tidak boleh melebihi RM 150,000.00.
  3. Jumlah potongan gaji anggota, termasuk potongan-potongan pinjaman terdahulu haruslah tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.
  4. Insuran akan ditolak daripada jumlah pinjaman untuk menjamin koperasi sekiranya peminjam meninggal dunia.
  5. Jumlah modal syer hendaklah cukup RM1000.00.

Prosedur Permohonan

  • Dapatkan borang permohonan pinjaman dari pejabat KUTMB Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad atau muat turun di sini.
  • Isi borang permohonan dan sertakan bersama: Salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan Penyata Gaji terkini (sebulan) pemohon dan penjamin serta dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya.
  • Hantar borang permohanan dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke pejabat KUTMB yang terdekat

Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB)
No. 16 A, Jalan Besi 2
Taman Sri Putri
81300 Skudai
Johor
TEL : 07 – 556 3521 / 07 – 557 4922 / 07 – 558 5719/ 07 – 554 3180
FAX : 07 – 556 9244
EMAIL : kutmb@utm.my

Facebook: Koperasi UTM Berhad
Instagram: koperasi_utm_berhad

* sumber:kutmb.my

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiUniversitiTeknologiMalaysiaBerhad #KUTMB


Home

error: Content is protected !!