Payslip Verification E-Penyata Gaji Dan Laporan ANM

Sistem e-penyata gaji dan laporan ANM dbangunkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan AG dengan kaedah electronic pay slip. Anda boleh menyemak, memuaturun serta mencetak slip gaji anda. Anda boleh menggunakan slipgaji anda untuk memohon pembiayaan peribadi bank dan koperasi. Dapatkan informasi mengenai perkara ini sekarang!

Prosedur Sistem e-Penyata Gaji & Laporan (eSPGL) Payslip Verification

Prosedur #1 Permohonan Akses Capaian Sistem eSPGL

Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Lampiran I (C) Perkara 1.3.5 dan Prosedur ePenyata Gaji Dan eLaporan Perkara 2.1.3 menjelaskan pegawai Pusat Pembayar/PTJ yang dilantik/tamat atau lupa memperbaharui akses capaian/dibatal autoritinya perlu mengemukakan permohonan beserta surat iringan yang ditandatangani oleh Ketua Tempat Bertugas kepada Pentadbir eSPGL Pejabat Perakaunan masing-masing bagi mendapatkan/membatalkan akses eSPGL.

Prosedur #2 Permohonan Akses Capaian Sistem eSPGL

Langkah seterusnya klik pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk maklumat atau muat turun Penyata Gajiyang terkini dalam bentuk PDF. Anda juga dapat mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara online atau dalam bentuk E-Penyata dan akses kepada maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan, No. Fail Majikan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya dari sistem “E-Penyata Gaji”.

Prosedur #3 Permohonan Akses Capaian Sistem eSPGL

Menyemak Penyata Pendapatan anda menerusi E-Penyata Payslip Verification dengan butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun akan membantu anda untuk memahami butiran bayaran yang tepat termasuk informasi cukai dan insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga dapat mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih tepat.

Pada masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dipertingkatkan. Sistem e-penyata telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan untuk mengakses informasi penyata pendapatan bulanan dan tahunan secara serta merta dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga penjimatan kos slip penyata gaji.

Carta Sistem e Penyata Gaji & Laporan (eSPGL) Payslip Verification

Sila rujuk cara di sediakan untuk membuat payslip verification bagi espgl epenyata gaji.

Aktiviti Migrasi Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Aktiviti Migrasi Sistem Penyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) di Ibu Pejabat JANM Putrajaya yang melibatkan downtime pada tarikh 11 Januari 2018 (Khamis), jam 5.00 petang sehingga 16 Januari 2018 (Selasa), jam 6.00 pagi.

Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan eSPGL tidak dapat dicapai. Tuan/Puan dinasihatkan untuk memuat turun penyata gaji dan laporan yang diperlukan sebelum tarikh 11 Januari 2018 atau selepas 16 Januari 2018.

DOWNTIME: Aktiviti Penyenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan di JANM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara di atas, pihak JANM akan melakukan Aktiviti Penyenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan yang melibatkan downtime pada tarikh yang berikut:

Tarikh Mula : 23 Jun 2023 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam

Tarikh Tamat : 25 Jun 2023 (Ahad)
Masa : 07.00 pagi

2. Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak dapat dicapai. Mohon tuan/puan memuat turun penyata gaji, penyata pendapatan tahunan dan laporan yang diperlukan sebelum atau selepas tempoh downtime.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

10 Jun 2023




Sistem e Penyata Gaji & Laporan (eSPGL) Payslip Verification
Payslip Verifier

E-Penyata Gaji Dan Laporan: Ringkasan

Sila Pilih Sistem e-Gaji Penjawat Awam Malaysia

Pautan ini direka khusus untuk memudahkan penjawat awam dalam mengakses maklumat gaji mereka secara dalam talian. Dengan sistem ini, anda dapat mengurus dan memantau slip gaji, penyata gaji tahunan, dan pelbagai maklumat kewangan lain dengan lebih mudah dan efisien. Untuk meneruskan, sila pilih kategori yang sesuai di bawah:

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai E-Penyata Gaji Dan Laporan

Dapatkan jawapan kepada semua maklumat penting disini. Pelajari tentang ciri-ciri utamadan cara penggunaan yangpraktikal, semuanya pada satu tempat.

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.

Bagi tujuan ini;
Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri.
Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ, anggota PERLU mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing.

Berapa lama tempoh penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.

Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan? Contoh pembetulan maklumat: Nama penuh seperti dalam kad pengenalan, Potongan gaji, Jantina dan Tuntutan elaun.

Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

Maklumat dalam Penyata Gaji yang dimuat naik ke dalam Sistem ePenyata Gaji & Laporan adalah berdasarkan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem gaji di pejabat perakaunan tuan/puan.
Anda dikehendaki menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bertugas untuk sebarang pembetulan atau pindaan maklumat dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.
Unit ePayslip TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AUTHORITY / KUASA dalam apa jua pindaan atau penambahan maklumat di dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.

Berapa lama tempoh penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.

error: Content is protected !!