Informasi yang perlu diketahui oleh semua pemohon di www.pinjamanperibaadi2u.com.my.
Bermula pada 5 Julai 2013, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa semua permohonan pinjaman peribadi akan dihadkan tempoh kelayakan kepada 10 tahun sahaja.
Ini bermakna pinjaman peribadi yang dahulunya 20 tahun atau 25 tahun sudah tidak boleh dilakukan lagi berkuatkuasa serta merta.
Langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Malaysia Building Society Bhd. dan AEON Credit Service (M) Bhd.
Dari segi amaun blacklist CCRIS dan CTOS buat masa ini tiada sebarang perubahan atau pindaan. Sekiranya ada, kami akan memaklumkan kepada pemohon samada melalui laman web ini juga ketika pemohon menelefon kami untuk menyemak kelayakan pinjaman anda.
Diharapkan agar penerangan mengenai perkara ini akan mendapat manfaat kepada semua pemohon terutama kakitangan kerajaan yang memohon pinjaman peribadi melalui melalui pihak kami.
Kepada pemohon yang akan mendapat kenaikan gaji pada bulan 7 dan kenaikan tahunan tidak perlu bimbang kerana syarat dan kriteria permohonan pinjaman peribadi adalah sama kecuali tempoh pinjaman dihadkan kepada 10 tahun sahaja.