Pinjaman Peribadi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA Personal Loan

Pinjaman Peribadi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA Personal Loan

About Koperasi Warga USM Kelantan Berhad

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) ditubuhkan pada 12 Jun 2000 (No. pendaftaran D-3-0261). Mesyuarat agung permulaan telah dilaksanakan pada 16 Nov 2000 iaitu merupakan Mesyuarat Agung Pertama adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh koperasi ditubuhkan. Pada awal penubuhan COOPUSMA di daftar dengan nama Koperasi Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan dipinda nama kepada Koperasi Warga USM Kelantan Berhad pada tahun 2002.

Pada tahun 2000 hingga 2016, fungsi utama koperasi adalah memberi KEMUDAHAN KREDIT dan telah dipinda kepada fungsi PERKHIDMATAN dalam Mesyuarat Agung Khas pada 29 November 2016. Keanggotaan terbuka kepada semua staf Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan sahaja. Bilangan anggota seramai 3086 orang anggota sehingga 2019.

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) terdiri daripada staf USM yang mempunyai semangat koperasi yang tinggi dan lebih mementingkan kebajikan daripada keuntungan serta berdedikasi dan sangat berpengalaman dalam mentadbir urus. Koperasi Warga USM Kelantan Berhad terus bergerak maju untuk menjadikan Koperasi Warga USM Kelantan Berhad sebagai koperasi yang paling berdaya saing di Malaysia dalam usaha untuk memenuhi kehendak anggota dan para pelanggan Koperasi.

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad terdiri daripada 170 orang staf yang di pimpin oleh seorang pegawai eksekutif yang berkaliber.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

MISI

“Komited untuk menjadikan koperasi sebagai peneraju dalam sektor pelancongan, penjagaan diri & kesihatan kearah kesejahteraan masyarakat melalui pembangunan modal insan, pertanyaan intelektual, kreativiti, inovasi dan penyebaran ilmu”

VISI

“ Melahirkan koperasi yang berdaya saing, global dan beretika serta menjadikan autoriti melalui tranformasi koperasi dalam bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (EPP) Pelancongan, Kesihatan dan Penjagaan Diri.”

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan secara keseluruhannya menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

  • Kemudahan Kredit (Pinjaman Bai Al-Einah)
  • Coop Mart (Peruncitan)
  • Kopitiam Lestari (Makanan)
  • Kompleks Perkembangan Kanak-kanak (ECCE)
  • Perkhidmatan Kesihatan (Ambulan, Sports Rehab & Home Care)
  • Penyewaan Bangunan
  • Kilang Air Osmosis Lestari
  • Kays Exclusive Motel
  • E-Coopmart (E-Dagang)
  • Hartanah
  • Penyewaan Bangunan
  • Subsidiari
  • Pusat Dialysis Lestari (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA)
  • Farmasi Lestari Sdn. Bhd (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA)
  • Telipot Medical Centre (TMC) Sdn. Bhd. (51% milik COOPUSMA)
  • Pelaburan Modal
  • Pusat Dialisis Nephrolife (Pelaburan Modal 49% koperasi 51% perseorangan)
  • Berapakah interest rate pinjaman peribadi Koperasi Warga USM COOPUSMA ini?

    Interest rate bagi pembiayaan peribadi Koperasi Warga USM COOPUSMA ini adalah hanya 4% sehingga tahun ke-5 (flat rate) manakala 6% adalah pembiayaan hingga tempoh maksima 10 tahun (flat rate). Mohon pembiayaan peribadi anda sekarang di sini.

Pembiayaan Peribadi

Pihak Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA menyediakan pakej pinjaman peribadi terbaik untuk ahli/ anggota memohon. Berikut adalah terma dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-

  • Maksima pinjaman ialah RM 100 ribu
  • Untuk pinjaman sehingga 5 tahun – 4% setahun
  • Lebih 5 tahun sehingga 10 tahun – 6% setahun

Jadual Pembiayaan Peribadi

JADUAL PEMBAYARAN BALIK BULANAN PEMBIAYAAN PERIBADI BAI AL-EINAH KOPERASI
PINJAMAN TAHUN (4%)

Untuk mendapatkan jadual pembayaran balik pembiayaan peribadi Bai Al-Einah dengan interest serendah 4% ini, sila klik jadual bayar balik coopusma koperasi usm

https://koperasi.kk.usm.my

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiWargaUSMKelantanBerhad #COOPUSMA

Pinjaman Peribadi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA Reviews

Customer Reviews about Pinjaman Peribadi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA

Malaysia Digit

Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA menawarkan pinjaman peribadi dengan interest serendah 4% dan max pembiayaan RM100,000. Klik untuk info

Mohd Azwan

home

Contact Pinjaman Peribadi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA

  • Whatsapp: 019-2983056
  • Tel: 019-2983056 / 09-765 6224
  • Bangunan 2, Timur Belakang Hospital USM Kubang Kerian, Tingkat 2,
    16150 Kota Bharu Kelantan
  • info@personalfinancingloan.com



Home

error: Content is protected !!