Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia
Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia adalah sebuah sistem terbaik yang memudahkan anggota membuat semakan pendapatan anda. Dapatkan pautan dan tatacara penggunaan sistem ini sekarang.
Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Masalah Login
Masalah login Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia dan isu teknikal berkaitan capaian ke e payslip anda? Mari dapatkan penyelesaiannya ada di sini.
Akses untuk slipgaji Tentera https://spgatm.ugat.mil.my/
Tempoh Penyata Gaji dan Borang EC Disimpan
Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Borang EC dalam tempoh berikut dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia. Permohonan untuk mendapatkan semula Penyata Gaji dan Borang EC SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.
- 12 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan (mulai April 2019); dan
- 7 tahun kebelakangan bagi Borang EC (mulai tahun 2018).
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive anda sebelum ia dikeluarkan dari sistem.
Pengguna Sistem
Pengguna SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.
Isu Teknikal
Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah ‘incompatibility view’ selepas berjaya mendaftar masuk Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia?
Anda perlu mengemaskini versi browser yang lebih terkini dan anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang digunakan pada computer atau telefon pintar masing-masing agar tidak mengganggu capaian ke Internet.
Bagaimana cara untuk memperbaharui peranan sebagai Pentadbir Sistem Gaji ATM Angkatan Tentera Malaysia SPGATM di pasukan masing-masing?
Sila kemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir Sistem Gaji ATM Angkatan Tentera Malaysia SPGATM di UGAT bagi penetapan peranan tersebut. Kemukakan bersama surat iringan dari ketua tempat bertugas yang menerangkan tujuan/maksud tersebut.
Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?
Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 12 bulan terakhir manakala maklumat Borang EC bagi tempoh 7 tahun. Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan Borang EC yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat Gaji di mana anda berkhidmat ketika itu.
Saya telah menekan lupa katalaluan Sistem Gaji ATM (SGATM) Angkatan Tentera Malaysia, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?
Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh alamat emel yang didaftarkan di dalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan anda menyebabkan maklumbalas tidak sampai kepada anda. Anda perlu melaporkan perkara ini kepada Pegawai Gaji Pasukan anda bagi membolehkan anda mendaftar semula ke dalam sistem.
Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Borang EC yang lama iaitu sebelum tahun 2019?
Penyata Gaji dan Borang EC yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM April 2019 adalah secara manual (hardcopy) dalam 3 salinan. Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap pegawai dan anggota. Salinan kedua dan ketiga disimpan oleh pihak UGAT dan Pejabat Gaji Pasukan.
Bilakah penyata gaji bulan semasa boleh diakses melalui SPGATM?
Ianya boleh diakses pada selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh gaji pada bulan berkenaan. Sila [Klik Sini] untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.
Hubungi UGAT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan urusan gaji Angkatan Tentera Malaysia, anda boleh menghubungi UGAT (Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia) di
Jabatan Arah Urusan Gaji, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.
Kami sedia membantu anda dengan maklumat yang tepat mengenai sistem gaji dan perkhidmatan yang disediakan.
Untuk mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut, sila hantarkan e-mel kepada kami di ugat.info@mod.gov.my.
*Source: https://spgatm.ugat.mil.my/ official website

