UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia

Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pusat pemprosesan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Secara umumnya fungsi Jabatan Arah merangkumi proses penyediaan pembayaran, pengauditan, perakaunan, khidmat nasihat dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan potongan gaji serta Pengurusan Akaun Panjar dan Akaun Tabung Rejimen.

Akses untuk slipgaji Tentera https://spgatm.ugat.mil.my/

Perkara Utama

Apakah maklumat yang perlu disertakan sebagai keperluan kali pertama untuk memasuki Sistem Gaji ATM SGATM?

Secara default anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki Sistem Gaji ATM SGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem Gaji ATM SGATM bagi mewakili saya?

Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir SGATM, pegawai/anggota adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran kali pertama untuk memasuki Sistem Gaji ATM SGATM kerana pendaftaran kali pertama akan disimpan ke dalam pangkalan data dan diambilkira untuk kemasukan ke dalam SGATM seterusnya.

Bagaimanakah cara untuk daftar masuk Sistem Gaji ATM (SGATM)?

Anda boleh menghubungi Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2021

Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2021 (ATM) adalah seperti berikut: –

Hubungi UGAT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anda boleh menghubungi Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (UGAT) melalui alamat berikut: Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi mereka melalui emel rasmi di ugat.info@mod.gov.my.

UGAT bertanggungjawab dalam menguruskan semua urusan gaji bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan gaji atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi pihak UGAT melalui alamat dan emel yang telah disediakan. Pastikan segala urusan gaji anda diselesaikan dengan cepat dan tepat.

FAQ

Apa yang berlaku sekiranya saya didaftar keluar secara tiba-tiba semasa saya sedang mengakses Sistem Gaji ATM SGATM kepunyaan saya?

Ini adalah berikutan Sistem Gaji ATM SGATM hanya membenarkan single sign in dan kemasukan ke SGATM secara serentak(menggunakan nama pengguna yang sama) adalah tidak dibenarkan.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar)?

Sekiranya anda terlupa kata laluan UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar), anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.

Bagaimana untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC dalam Sistem Gaji ATM SGATM melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet?

Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC Sistem Gaji ATM, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

Apakah platform capaian untuk memasuki Sistem Gaji ATM SGATM?

Sistem Gaji ATM SGATM boleh dicapai melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet. SGATM boleh diakses menggunakan mana-mana browser yang sedia ada seperti Mozilla, Internet Explorer, Chrome dan Safari.

*Source: spgatm.ugat.mil.my official website

UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar)

More posts

error: Content is protected !!