Pinjaman Peribadi Koperasi Iman - KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)

Pinjaman Peribadi Koperasi Iman - KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)

About Pinjaman Peribadi Koperasi Iman - KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)

Pinjaman Peribadi Koperasi Iman – KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad) menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar Interest Rate Terbaik. Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (‘KOPERASI IMAN’) telah diperbadankan pada 21hb Julai, 1981 dengan Modal syer sebanyak RM27,244-00 dengan keanggotaan seramai 272 orang.

Pada peringkat awal penubuhan, Koperasi Iman menjalankan aktiviti dalam perniagaan ‘trading’ secara kecil-kecilan dan runcitan.

Kemudian aktiviti tersebut telah dipertingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemasukan Anggota Lembaga yang berpengalaman dari berbagai latar belakang, yang dinamik serta berdaya maju.

Dalam mempergiatkan aktiviti perniagaannya ke arah yang lebih maju lagi, Koperasi Iman telah memperkenalkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna (As-Syarik) kepada anggota-anggotanya dengan membeli produk Koperasi yang dijual menerusi jalinan rangkaiannya.

Produk pengguna yang dijual oleh Koperasi Iman adalah seperti barangan elektrik (seperti TV, peti ais, air-cond, dll), komputer, hi-fi, perabut, barangan kesihatan, motorsikal berjenama MODENAS dan lain-lain.Walau bagaimanapun, pembiayaan ini telah ditamatkan pada tahun 2002.

Bermula pada tahun 2005, Koperasi Iman telah mula menawarkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya.

Aktiviti daripada skim ini telah memberi sumbangan yang utama kepada pendapatan koperasi Iman. Koperasi Iman juga memainkan peranan bermula daripada pemasaran, pemprosesan, kelulusan, kutipan bayaran balik dan susulan kredit.

Pembiayaan ini digunakan untuk menyalurkan pembiayaan peribadi tunai kepada anggota-anggota koperasi.

Kedai Ar Rahnu X’Change

Selain daripada perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya, KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad) menawarkan satu lagi perkhidmatan iaitu pembukaan bagi perniagaan Ar Rahnu X’Change.

Kedai Ar Rahnu X’Change ini telah mula beroperasi pada 16hb Mei, 2008. Perniagaan Ar~Rahnu ini merupakan satu perniagaan francaise di mana Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) yang merupakan anak syarikat Bank Rakyat berperanan sebagai francaisor sementara Koperasi Iman sebagai Francaisi.

Selain daripada aktiviti kredit dan pajak gadai, Koperasi Iman juga terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu ternakan lembu fidlot dan kambing. Selain itu juga, sebagai nilai tambah aktiviti tersebut, Koperasi Iman juga menghasilkan baja organik dengan jenama sendiri iaitu i-Man Farm.

Pusat Ternakan i-Man Farm Koiman kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 250 ekor lembu dan 200 ekor kambing pada satu-satu masa.

Dengan kekuatan kakitangan Koiman yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada.

Sehingga 31hb Disember, 2009; Modal Syer dan Yuran Anggota telahpun meningkat kepada RM3,586,960.01 dengan jumlah keanggotaan seramai 10,682 orang. Keanggotaan Koperasi ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat; terutamanya dari kalangan kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan GLC (Government Link Companies).

Koperasi Iman juga adalah ahli kepada ANGKASA (Badan Puncak Gerakan Koperasi) yang mengendalikan khidmat potongan gaji untuk kakitangan Kerajaan dan khidmat Latihan.

Pinjaman Peribadi Patuh Syariah

Kempen Keanggotaan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad. Permohonan Pinjaman Peribadi Koperasi Iman – KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad) adalah seperti berikut:

Keistimewaan Pinjaman Peribadi Koperasi Iman – KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)

  • Skim Perlindungan Kredit
  • Skim Khairat
  • Skim Pengurusan Wasiat
  • Mendapat Dividen ke atas Syer
  • Kadar Keuntungan pembiayaan yang berpatutan
  • Proses yang Telus, Cepat dan Tepat. Berlandaskan Syariah Islam sepenuhnya.

KELAYAKAN: Apakah kelayakan untuk Pinjaman Peribadi Koperasi Iman – KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)?

Berikut adalah kelayakan dan syarat yang perlu untuk memohon personal loan Koiman seperti dibawah:-

  • Untuk kakitangan Kerajaan I Badan Berkanun I Majlis Daerah I IPTA.
  • Berjawatan tetap dan tempoh berkhidmat minima 6 bulan. Berusia 19 – 58. Pembiayaan sehingga RM200,000.00.
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 bulan (10 tahun). Gaji + Elaun tetap tidak kurang RMl,500. Mempunyai skim potongan gaji melalui Biro perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji asas dan elaun Untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) I GOC I Swasta:
  • Berjawatan tetap dan tempoh berkhidmat minima 6 bulan. Berusia 19 – 58. Pembiayaan sehingga RM200,000.00. Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 bulan@ 10 tahun.
  • Gaji + Elaun tetap tidak kurang RMl,500. Mempunyai skim potongan gaji melalui Biro perkhidmatan Angkasa (BPA). Potongan gaji tidak melebihi 50% atau 60% daripada gaji asas dan elaun

DOKUMEN

Kepada pemohon yang berminat untuk membuat Pinjaman Peribadi Koperasi Iman – KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad) ini, anda perlu menyediakan dokumen seperti 1 Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh majikan, 1 Penyata gaji asal yang terbaru dan 1 Salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan disahkan oleh majikan, cop nama, jawatan dan alamat majikan pada Borang BPA 1/79 (ANGKASA).

1 Salinan akaun bank (Muka surat Butiran Peribadi). 1 Salinan penyata bank untuk kemasukan 3 bulan gaji. 1 Salinan surat pengesahan jawatan daripada majikan. 1 Salinan surat tawaran lantikan. 1 Salinan penyata KWSP.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Koiman Ar Rahnu X'Change

Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi Iman dalam mempelbagaikan aktivitinya; sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dibuka pada 16hb Mei, 2008.

Pajak Gadai dari Koiman ini di namakan Ar-Rahnu X’Change dibawah konsep francais dari kumpulan Bank Rakyat.

Kedai ini terletak berdekatan dengan Pejabat Urusan Koperasi Iman di Bandar Sri Gombak. Kedai Ar-Rahnu X’Change ini telah dibuka dan perasmiannya oleh Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Mansor bin Saad; dalam tahun 2008.

TUJUAN AR–RAHNU KOIMAN

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera. Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

KELEBIHAN KOIMAN AR–RAHNU

  • Pinjaman bebas riba.
  • Upah simpan yang rendah berbanding konvesional.
  • Proses lelongan yang telus.
  • Perlindungan insuran.

Hubungi Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad,
No 17, Jalan SG 3/4, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100, Batu Caves, Selangor.

Telefon- 03 6187 3386
Fax- 03 6187 3385
Email- Info@koiman.com.my

Produk KOIMAN

Unit Pemasaran Dan Pembiayaan03 6187 3384 03 6185 3343

Ar Rahnu X’Change Seri Kembangan 03 8942 1177

Ar Rahnu X’Change Sri Gombak 03 6189 4387

Ar Rahnu X’Change Damansara Damai 03 6158 1132

*sumber: https://www.koiman.com.my

https://pinjamanperibadi2u.com.my

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Pinjaman Peribadi Koperasi Iman - KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad) Reviews

Customer Reviews about Pinjaman Peribadi Koperasi Iman – KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)

Personal Financing Loan

Pinjaman Peribadi Koperasi Iman - KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad) menawarkan pakej pembiayaan terbaik untuk anggota. Call/ Whatsapp 0192983056

Mohd Azwan

https://e-penyatagaji.com

Contact Pinjaman Peribadi Koperasi Iman - KOIMAN (Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad)

error: Content is protected !!