Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA Didaftarkan pada 12 Jun 2000 dengan nama “Koperasi Kakitangan Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad (KKUSMKB)”,
kemudian telah ditukarkan kepada “Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad (KWUSMKB)” semasa mesyuarat agung ke 2 tahun 2002. No. pendaftaran dengan Jabatan Pembangunan Koperasi ialah D-3-0261, No. Keahlian ANGKASA 2754/KN219. Kini ia dijenamakan semula sebagai COOPUSMA.
Apakah kemudahan yang ditawarkan oleh Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA?
Koperasi Warga USM Kelantan Berhad dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan secara keseluruhannya menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
Kemudahan Kredit (Pinjaman Bai Al-Einah)
Coop Mart (Peruncitan)
Kopitiam Lestari (Makanan)
Kompleks Perkembangan Kanak-kanak (ECCE)
Perkhidmatan Kesihatan (Ambulan, Sports Rehab & Home Care)
Penyewaan Bangunan
Kilang Air Osmosis Lestari
Kays Exclusive Motel
E-Coopmart (E-Dagang)
Hartanah
Penyewaan Bangunan
Subsidiari
Pusat Dialysis Lestari (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA)
Farmasi Lestari Sdn. Bhd (Subsidiari Milik Penuh COOPUSMA)
Telipot Medical Centre (TMC) Sdn. Bhd. (51% milik COOPUSMA)
Pengurusan Coopmart adalah di bawah seliaan seorang Penolong Pengurus Runcit.
Masa operasi premis jualan ini adalah dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Lokasi premis terletak bersebelahan kedai Kopitiam Lestari yang juga milik KWUSMKB
Kopitiam Lestari
-Tiada info-
Unit Rakan Bayi (URB)
Mula beroperasi pada Mac 2003 di Unit Rakan Bayi HUSM.
Staf seramai 6 orang pengasuh yang bekerja dari jam 8.00 pagi – 5.00ptg
anak-anak asuhan berumur 2 minggu hingga 2 tahun.
– ext: 09-7673804
Kompleks ECCE (Taska, Tadika & Transit-KAFA)
Hubungi Ext: 09-7673805 untuk sebarang pertanyaan.
Pembiayaan Peribadi
Syarat-syarat pembiayaan peribadi coopusma seperti berikut:
Maksima pinjaman ialah RM 100 ribu
Untuk pinjaman sehingga 5 tahun – 4% setahun
Lebih 5 tahun sehingga 10 tahun – 6% setahun
Kilang Air
-Tiada info-
Kays Exclusive Motel
Kays Motel terletak berhadapan Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Cawangan Kelantan, dibangunan belakang Syarikat Muda Osman (SMO).
Tamu hanya perlu berjalan kaki (selama kurang dari 5 minit) ke hospital USM dan memasuki kawasan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pergigian, Sains Kesihatan , Asrama Pelajar dan Kompleks Sukan USM
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan berikut:
Penyaman Udara
Bilik air dan kelengkapan air panas ( hot and cold shower)
Wi Fi percuma
Talian ASTRO
Kemudahan minuman
Dispenser air sejuk dan panas juga disediakan dalam lobi motel dengan percuma
Kadar sewaan bilik bergantung pada saiz bilik dan bermula dari RM60 satu malam ( bilik bujang ) sehingga RM165 satu malam ( bilik keluarga yang boleh memuatkan 3 dewasa.
Anak-anak kecil juga boleh ditempatkan dengan tilam tambahan). Terdapat 10 bilik-bilik lain yang berlainan saiz dan kadar sewaan
Motel dilengkapi “Security Access Card ” yang berasingan bagi setiap tamu
Motel terletak disekitar kawasan membeli belah Bandar Baru Kubang Kerian seperti Pasar Raya Besar Mydin, Nirwana Maju, rangkaian bank CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, RHB, BSN serta restoran -restoran Platinum seperti Pizza Hut, Dominos, dan USM Cafe .
Penginapan jangka sederhana dan jangka panjang boleh diuruskan dengan tawaran kadar istimewa
Hubungi Pengurus :
PUAN ASNIZA MOHD RAZALI ( 013 522 6817 atau 09 764 9127 dari 830 pagi hingga 4 petang )
Emailkan pertanyaan anda kepada: kaysmotel@gmail.com
Ambulan
Hubungi Kami
KOPERASI WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KELANTAN BERHAD Lot 8014, Tingkat 1 Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh 16150 Kota Bharu Kelantan