Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS

Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional KOBANAS Personal Loan

Mengenai Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad atau ringkasnya KOBANAS telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993. Idea penubuhan koperasi ini telah dipelopori oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Berhad ketika itu iaitu Dato’ Mohd Kassa Abd. Aziz. Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhanya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat.

Sehubungan dengan itu pihak Bank telah membantu KOBANAS dalam bentuk pembiayaan bagi membolehkan KOBANAS menjalankan aktiviti yang meliputi pemberian pinjaman kepada anggota KOBANAS. Jumlah keahlian KOBANAS pada masa penubuhan adalah seramai 2000 orang dan bilangan tersebut terus meningkat sehingga 3580 orang pada masa ini.

  • Perkhidmatan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (kobanas)- Takaful

    Perkhidmatan adalah seperti Insurans-PELAN TAKAFUL/INSURANS KOPERASI KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD (KOBANAS), Takaful dan Insurans Kenderaan, perkhidmatan Homestay Kobanas, pembiayaan pelancongan, pembiayaan kecemasan, pembiayaan insurans dan cukai jalan, pembiayaan kebajikan tunai, pembiayaan konsumer, pembiayaan perayaan dan pembiayaan persekolahan

Pembiayaan Pelancongan

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).

Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran Pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah Pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.

Dokumen sokongan

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga daripada syarikat pelancongan samada daripada syarikat yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.

Pengesahan Perwakilan

Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.

Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Kecemasan

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 3 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin. Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

  1. Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  2. Sokongan: Setiap pembiayaan kecemasan mestilah mempunyai alasan bagi menyokong pembiayaan tersebut seperti kematian, perubatan, bersalin dan lain-lain alasan yang difikir munasabah.
  3. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Insuran/ CUKAI JALAN

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit). Jumlah pembiayaan diluluskan hanya berdasarkan kepada jumlah premium insurans dan cukai jalan pada tahun terkini. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

  1. Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
  3. Dokumen sokongan: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Kebajikan Koperasi KOBANAS (TUNAI)

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 10 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

  • Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Potongan Jimat Cermat (CJC)Kadar potongan CJC adalah sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan dan ianya dipotong terus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. CJC boleh dikeluarkan setelah pembiayaan selesai dan CJC akan diselaras dengan pembiayaan sekiranya anggota membuat penjelasan awal.

Takaful

  • Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun Pembiayaan.
  • Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  • Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Konsumer KOBANAS - PEMBIAYAAN JUALAN DENGAN BAYARAN TERTANGGUH (Barangan Pengguna)

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM15,000.00 (Lima belas Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah Pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah Pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
  3. Dokumen sokongan: Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga barangan yang hendak dibeli samada daripada pembekal yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
  4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Perayaan. Kelayakan Pembiayaan. Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan OLEH Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

  1. Penjamin Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  3. Pengesahan Perwakilan. Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Persekolahan KOBANAS

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit).

Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.

Pengesahan Perwakilan

Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.

Slip Gaji Terkini.

Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Hubungi Kobanas

Nombor Telefon Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS : (+06) 03 – 4252 1293

E-mel: koperasibsn@gmail.com

kobanaskredit@yahoo.com

Lawat Kami

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
25, Jalan Jelatek 2,
Jelatek Business Park,
54200 Kuala Lumpur.

https://kobanas.com.my

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS Reviews

Customer Reviews about Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS

Personal Financing Loan

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS menawarkan banyak perkhidmatan kepada anggota. Terdapat banyak keistimewaan menjadi anggota kerana kebajikan ahli dipelihara dalam pelbagai bentuk pembiayaan seperti pinjaman peribadi tunai, pembaharuan cukai jalan dan insurans takaful, homestay dan lain-lain.

Mohd Azwan

https://e-penyatagaji.com

Contact Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS

error: Content is protected !!