Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI Personal Loan

Latar Belakang KBI

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah.

Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI.

Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori “Koperasi Model” pada tahun 1985 dan “Anugerah Kualiti” pada tahun 1993.

Matlamat :Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

Konsep :Konsep KBI adalah bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta’awun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat menggerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.

Visi

Menjadi sebuah Koperasi Islam yang Cemerlang, Mantap dan Berkesan.

Misi

Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah kepada kami di KBI, kami akan mengembeling segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.

Sebagai manifestasi pengabdian, serta memenuhi seruan untuk menjadi umat terbaik dan manusia bermanfaat, kami beriltizam dan istiqamah untuk memajukan KBI menerusi pencapaian prestasi kewangan, prasarana, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh.

Menzahirkan kesyukuran atas setiap kejayaan yang dicapai, kami komited untuk berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

Nilai

  • Ikhlas
  • Amanah
  • Adil
  • Kasih Sayang
  • Cemerlang
  • Bermakna

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan kamu satu jual-beli yang akan menyelamatkan kamu dari penyeksaan yang perit? Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kamu berjuang dijalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Sesungguhnya itulah yang baik untuk kamu sekiranya kamu benar-benar tahu!” ( as-saff:10-13 )

  • Apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI?

    Di Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI, produk dan perkhidmatan yang dijalankan tidak terhad kepada seperti berikut di bawah:-

    1. Skim pembiayaan / pinjaman peribadi
    2. Simpanan dan Pelaburan
    3. Infaq dan Kebajikan
    4. Dan lain-lain produk KBI

Keanggotaan di KBI

Skim pembiayaan mengikut prinsip dan kaedah syariah. Setiap anggota yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan layak memohon skim pembiayaan berikut: Al-Qardhul Hassan, Peribadi (Bai al-Inah), IPT, Kenderaan, Tanah, ubahsuai rumah dan pembelian atau pembinaan rumah.

Tabung Kebajikan berdasarkan konsep khairat kematian; anggota akan memperoleh sumbangan bagi kes kematian, kemalangan, perubatan dan musibah am mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KBI. Melalui Tabung Kebajikan juga KBI menawarkan sumbangan Insentif Anak Cemerlang bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

Kursus dan latihan Anggota juga ditawarkan mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kefahaman koperasi; selain kursus meningkatkan kemahiran seperti perakaunan, komputer, pengurusan dan lain-lain. Semua kursus dan latihan adalah anjuran Maktab Kerjasama Malaysia dan ANGKASA. Menikmati peluang perniagaan anak syarikat dan subsidiari melalui bidang perniagaan seperti pelaburan dan hartanah, anggota berpeluang ditawarkan pembelian unit-unit rumah dan bangunan atau menyertai skim pelaburan melalui anak syarikat dan subsidiari.

Tabungan sambil memperoleh pulangan KBI mendidik anggota menabung melalui caruman saham dan simpanan, dengan kelebihan anggota boleh memperoleh pulangan (berdasarkan prestasi tahunan KBI dan anak syarikat) dengan pembayaran dividen, saham bonus atau bonus simpanan.

Bersama memperkasa ekonomi ummah Cita-cita dan komitmen KBI untuk ‘memperkasa ekonomi ummah’ seharusnya disambut dengan penyertaan aktif anggota melalui caruman baik dalam bentuk saham, simpanan mahupun Tabung Kebajikan. Wang yang terkumpul tentunya dibelanjakan untuk manfaat anggota, ummah dan perjuangan menegakkan kekuatan ekonomi umat Islam.

Permohonan Menjadi Anggota

Untuk menjadi anggota koperasi mestilah:-

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam.
  • Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM110.00.
  • Bulanan caruman minimum RM35.00.
  • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi.
  • Borang keanggotaan boleh didapati di koperasi ataupun boleh dimuat turun dari laman web ini.
  • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan.
  • Semua permohonan akan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keanggotaan.
  • Kelulusan permohonan menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis.

Kelayakan

Kelayakan untuk menjadi anggota koperasi ialah:-

  1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia beragama Islam yang berstatus kerja tetap mahupun kontrak.
  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah:-
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Berumur lapan belas tahun ke atas.
  5. Beragama Islam.
  6. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam Koperasi.
  7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Simpanan dan Pelaburan

Terdapat 3 pakej simpanan dan pelaburan iaitu Skim Simpanan Tahayyu’ (tujuan mengerjakan Haji, Umrah & Ziarah), Dana Pelaburan Al-Husna dan Simpanan Khas.

Infaq dan Kebajikan

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah Tabung Kebajikan KBI dan Dana Tabarru’ Al-Ehsan (Berkonsepkan Infaq & Jariah).

Lain-lain Produk di KBI

Selain dari produk dan perkhidmatan yang seperti di atas, koperasi KBI juga memberi perkhidmatan lain seperti Jual beli Dinar & kepingan Emas, Agen Takaful iaitu menyediakan perkhidmatan Takaful, Pengurusan dan Perancangan Harta Pusaka Islam (Wasiyyah Shoppe Berhad).

Selanjutnya, perkhidmatan lain seperti Pendidikan peringkat Diploma di Kolej Dar Al- Hikmah dan Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Automotif dan Bakeri di Pusat Latihan Kemahiran KBI-Caltech

Hubungi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad

Ibu Pejabat KBI

KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD (Ibu Pejabat KBI )
NO. 10, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
GOMBAK 53100
KUALA LUMPUR

Email: kbihq@kbi.com.my

Urusan Jual Beli emas & perak

basariah@kbi.com.my
No. Telefon:603- 4147 2143 603- 4147 2145 603- 4147 2142
No. Fax: 603- 4147 4942

Waktu berurusan

Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat di bulan Ramadhan 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Bank urus niaga KBI

Maybank – 564061102115
Bank Islam Malaysia Berhad – 14014010002564
Bank Muamalat Malaysia – 14140002661712
Bank Simpanan Nasional Berhad – 1410029000004560

nota: Segala urusniaga atas nama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Sila call hq KBI terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan.

https://www.kbi.com.my

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Contact Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

error: Content is protected !!