Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
About Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
Untuk memahami penubuhan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA ANGKASA, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum tahun 2009, ANGKASA telah terlebih dahulu terlibat dalam menawarkan kemahiran pendidikan dan pembelajaran melalui penyediaan kursus-kursus pendek, seminar, konvensyen dan penyiaran, khas untuk ahli-ahli dan kakitangan koperasi serta Lembaga Pengarah mereka.
Selepas tahun 2009, satu konvensyen mengenai hala tuju strategik ANGKASA telah diadakan rentetan daripada Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA pada 26 Disember 2009, di mana Pengerusi ANGKASA, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum membentangkan hala tuju strategik bagi ANGKASA, dan mengumumkan hasrat untuk mewujudkan sebuah bank koperasi untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, atau Bank Koperasi Islam -‘Islamic Cooperative Bank’ (ISCOBA/ICB).
Walaubagaimanapun, sebagai momentum dalam usaha untuk menubuhkan Bank Koperasi Islam, terdapat isu-isu, sekatan dan perjanjian-perjanjian yang ditetapkan oleh sekuriti, kewangan dan pihak berkuasa dalam pembentukan ICB ini di samping isu “boundary management” dan beberapa perkara dalam rangka kerja kawal selia koperasi yang tidak menyokong pembentukan Bank Koperasi Islam ini.
Oleh itu ianya memberikan cabaran besar kepada Jawatankuasa Pengemudi ANGKASA. Bagi mengatasi kebuntuan ini, KOPSYA ANGKASA telah ditubuhkan dengan menggunakan platfom koperasi yang diberi mandat untuk menyediakan perniagaan perbankan Islam seperti tujuan asalnya.
Walaupun pelan induk ICB yang asal telah dipertikaikan, nilai dan hasratnya masih kekal relevan. Oleh yang demikian, KOPSYA ANGKASA disokong dan disahkan secara rasmi oleh Menteri Koperasi, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2011, dan pembentukan KOPSYA ANGKASA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Secara ringkasnya, apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA?
Baiklah, untuk pertanyaan itu, antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA adalah seperti berikut:-
- Pelaburan Al-Jadwa
- Pelaburan Al-Muin
- Pelaburan Al-Tahtmir
- Pelaburan Al-Wafi II
Manakala bagi produk pinjaman peribadi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA pula adalah seperti berikut:-
- Pinjaman peribadi Al-Aqari
- Pinjaman peribadi Al-Intaj
- Pinjaman peribadi Al-Mumtaz
- Pinjaman Peribadi Al-Tijari
Selain itu antara produk dan perkhidmatan terhangat dipasaran adalah pelaburan emas yang dikenali sebagai KOPSYA Gold.
Produk dan Perkhidmatan Kopsya
Produk Deposit Pelaburan
Terdapat banyak produk pelaburan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA untuk anda pilih seperti dibawah.
Pelaburan Al-Jadwa
Pelaburan Khas Al-Jadwa adalah istimewa untuk Koperasi Sekolah
Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
Pelaburan minima RM1,000.00
Tempoh | Kadar Keuntungan |
---|---|
1 Tahun | 4% |
2 Tahun & ke atas | 4.25% |
Pelaburan Al-Muin
- Produk pelaburan jangka panjang
- Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
- Istimewa untuk Anggota Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
- Pelaburan KHAS* dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi
- Tempoh pelaburan 3 tahun
- Pelaburan minima RM10,000.00 * Kadar ditentukan dari masa ke semasa
Pelaburan Al-Tathmir
- Produk pelaburan jangka pendek
- Berasaskan kontrak Mudharabah (Perkongsian Keuntungan)
- Pelaburan minima RM1,000.00
- Kadar jangkaan keuntungan 3.45%
Pelaburan Al-Wafi II
- Produk pelaburan jangka panjang
- Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
- Istimewa untuk Anggota Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
- Diurus bersama dengan Institusi Kewangan Islam
- Kadar jangkaan keuntungan 4%
- Tempoh minima 2 tahun
- Pelaburan minima RM1,000.00
Produk Pembiayaan Al-Aqari
Skim pinjaman peribadi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA yang dikenali sebagai pembiayaan Al-Aqari dengan konsep Musyarakah Mutanaqisah yang menawarkan pembiayaan kepada Koperasi yang ingin memiliki hartanah seperti unit perumahan, blok kedai, premis perniagaan dan sebagainya.
Koperasi dan KOPSYA berkongsi modal untuk membeli hartanah secara musyarakah dan koperasi akan membeli bahagian perkongsian KOPSYA dalam hartanah secara ansuran sehingga koperasi memiliki sepenuhnya hartanah tersebut.
Pembiayaan Al-Intaj
Pinjaman peribadi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad ini memberi keperluan modal kerja kepada Koperasi Sekolah dalam bentuk pembiayaan bagi menyediakan keperluan perniagaan dan pembangunan prasarana di samping memperkasa ekonomi Koperasi.
Aktiviti perniagaan:
- kantin
- bas sekolah
- kedai Koperasi
Prasarana:
- makmal komputer
- makmal sains
- gimnasium
- parkir berbumbung
Pembiayaan sehingga RM50,000.00 dalam tempoh 10 tahun.
Pembiayaan Al-Mumtaz
Pinjaman peribadi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA yang dikenali sebagai Pembiayaan Al-Mumtaz memberi keperluan modal kerja kepada koperasi dalam penyediaan keperluan perniagaan.
Mengembangkan perniagaan koperasi dan anggotanya.
Memperkasakan ekonomi koperasi dan anggotanya.
Contoh perusahaan kecil-kecilan:
- perusahaan kerepek
- kuih tradisional
- roti, kek dan biskut
- pengusaha makanan sejuk beku
- jahitan
Pembiayaan sehingga RM50,000.00 dalam tempoh 5 – 10 tahun.
Pembiayaan Al-Tijari
Produk pinjaman peribadi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA ini adalah pilihan kepada Koperasi selain pembiayaan Al-Mumtaz dan Al-Aqari. Menawarkan pembiayaan kepada Koperasi yang ingin menceburi perniagaan dan projek dan berdaya maju
Sebagai modal kerja kepada Koperasi
Produk Kopsya Gold
Produk Kopsya Gold ini adalah produk berasaskan emas dan dikeluarkan dalam bentuk kepingan atau wafer.
Berat wafer adalah 1gram dan 2gram dan mudah dibawa dan disimpan
KELEBIHAN PELABURAN EMAS
- Emas adalah aset bernilai walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu
- Kalis inflasi
- Peluang membuat keuntungan
- Kualiti tinggi
- Harta mudah cair
- Nilai dalaman hakiki (Instrinsic value)
KEISTIMEWAAN KOPSYA GOLD
- Ketulenan KOPSYA GOLD 999
- Mudah dan mampu untuk dimiliki
- Pelaburan yang selamat
- Jaminan belian semula
- Disertakan sijil ketulenan
WAKIL JUALAN KOPSYA GOLD
- Ejen yang dilantik oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad untuk menjual dan mengedarkan KOPSYA GOLD kepada pembeli akhir
- Semua Koperasi Anggota adalah layak untuk menjadi Wakil Jualan KOPSYA GOLD
- Minima Pembelian:
- 1gram – 20 keping
- 2gram – 10 keping
- Harga Jualan – mengikut harga yang telah ditetapkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
- Pembayaran – Tunai / Cek / Kredit ke Akaun Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
- Penyerahan – apabila pembayaran telah dibuat
- Komisyen – 5 % dari harga KOPSYA GOLD
- Penghantaran – Wakil Jualan perlu mengambil sendiri KOPSYA GOLD di pejabat Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
- Jualan Balik – Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYAakan membeli dengan harga diskaun 6%
- Borang – Wakil Jualan perlu mengisi borang
Hubungi Kami
Pejabat Rasmi
+ Nombor Tel: 03.78031214
+ Fax: 03.78031204
Alamat
Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
Ground & First Floor, Unit 111 & 211
Block C, Glomac Business Centre
No. 10, Jalan SS 6/1
Kelana Jaya47301 Petaling Jaya Selangor
Lain-lain Maklumat
Pembiayaan
Pengurus Besar: Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta
Tel: 03-78031214 ext 120
Mail: fatimahnurhaliza@kopsya.coop
Pentadbiran
Penolong Pengurus Akaun & Pentadbiran: Zainariah Abdullah.
Tel: 03-78031214 ext 119
Mail: zainariah@kopsya.coop
https://kopsya.coop
Hashtag / Keywords
#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiPembiayaanSyariahAngkasaBerhad #KOPSYA