Pinjaman Peribadi Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD) Personal Loan

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD)
Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD)

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD) menawarkan pinjaman peribadi tanpa penjamin, berpenjamin dan pembiayaan umrah kepada semua anggota yang layak. Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta.

KPD dikenali sebagai “SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD”.

Dipelopori oleh 42 anggota polis, antaranya ialah: –

  1. SM SHEQ MOHAMAD
  2. SM KULA SINGH

Pada 12 Julai 1976 penamaan baru iaitu “KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (KPD)” diperkenalkan.

Berikut adalah tandatangan pelopor yang masih tersimpan nilainya:-

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad juga mengembangkan sayapnya dengan terlibat secara langsung di dalam industri seperti berikut:

  • Pembinaan
  • Kejuruteraan
  • Komputer
  • Perhotelan
  • Hartanah
  • Industri Penerbangan
  • Pendidikan
  • Pengangkutan

KPD merupakan salah satu dari empat institusi kewangan diikhtiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputra. Tiga institusi yang lain melibatkan Permodalan Nasional Berhad(PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

  • Adakah pinjaman peribadi Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD) untuk anggota polis sahaja?

    Ya. Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD) ini hanya untuk anggota polis yang masih berkhidmat.

Pinjaman Peribadi Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD)

Fungsi Utama Pembiayaan

KPDRM sentiasa mengutamakan kemudahan kepada anggota iaitu menyediakan kemudahan pinjaman dan megurangkan beban kewangan anggota. Bagi tujuan tersebut, KPDRM menyediakan kemudahan pinjaman seperti berikut:

  • Pinjaman Peribadi Tanpa Penjamin
  • Pinjaman Peribadi Berpenjamin
  • Pinjaman Peribadi Konsumer
  • Pembiayaan Umrah KOP Travel & Tours Sdn. Bhd.
  • Pembiayaan Pendidikan KOP Educators Consultant
  • Lembaran Penzahiran Produk Pembiayaan Pinjaman Peribadi Patuh Syariah Tanpa Penjamin KPDRM
  • Lembaran Penzahiran Produk Pembiayaan Pinjaman Peribadi Konsumer Patuh Syariah KPDRM

Insentif Pelajaran

Kelayakan dan syarat-syarat permohonan Insentif Pelajaran

  • Insentif Pelajaran adalah terbuka untuk Anggota dan anak-anak Anggota Koperasi Polis sahaja.
  • Anak anggota yang telah berkahwin tidak layan memohon.
  • Keanggotaan Ibu bapa/Penjaga dan Anggota yang memohon mestilah tidak kurang 5 tahun berturut-turut pada keanggotaan pertama dan tidak kurang 3 tahun berturut-turut pada keanggotaan kedua dari tarikh tutup iklan permohonan.
  • Bekas anggota yang telah berhenti dengan sebab bersara atau meninggal dunia serta memenuhi syarat di para (1), anak-anak mereka layak memohon. Anggota yang berhenti dengan sebab peribadi tidak akan dipertimbangkan.

Dividen Koperasi Polis

Insentif Pendidikan

Insentif Pendidikan : Insentif Pelajaran Rendah dibuka kepada pelajar cemerlang yang memenuhi syarat kelayakan semasa.

Insentif Pelajaran Tinggi hanya dibuka untuk pemohon Tahun Akhir sahaja. Telah disahkan lulus untuk mendapat Diploma/Ijazah mengikut syarat kelayakan seperti di jadual dan tamat pengajian mengikut tahun semasa. Kursus-kursus pengajian yang diikuti di IPTS perlu mendapat pengesahan / pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara(LAN).

Bayaran Insentif Pelajaran diberi hanya sekali sahaja bagi setiap kategori. Tarikh tutup permohonan ialah tiga bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Nota: Kadar dan Kelayakan Akademik diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi pada 29 Mac & 28 September 2017.

Tarikh kuatkuasaan kelayakan akademik mulai tahun peperiksaan tahun 2017 diputuskan pada 29 September 2017.

Insurans

Insurans : Skim Takaful Kematian & Kemalangan Diri Dan Keluarga Berkelompok, Skim Insurans KOP Perubatan – Anggota KPDRM

Nombor whatsApp insurans yang terbaru adalah 010-3589893. Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui whatsApp dan nombor ini adalah untuk kegunaan whatsApp sahaja. Untuk melihat butiran mengenai Skim Takaful Kematian & Kemalangan Diri Dan Keluarga Berkelompok, Skim Insurans KOP Perubatan – Anggota KPDRM

Hubungi Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM)

Jom hubungi untuk maklumat lanjut!

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
No.1, Jalan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: +603 2260 8999 / +603 2260 8888
Fax: +603 2273 2162 / +603 2273 0552
Email: info@kpd.com.my

https://kpd.com.my

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Featured Video From Youtube About Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD)​

Selected video from Youtube about Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD)

Contact Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPD)

error: Content is protected !!