Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia
About Koperasi Unikeb Berhad
KOPERASI UNIKEB BERHAD [ 4877 ] ditubuhkan pada 14 September 1973 bertujuan untuk memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan sosioekonomi serta kebajikan Anggota dan masyarakat setempat.
Keanggotaan UNIKEB terbuka hanya untuk pekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Subsidiarinya, pekerja di Koperasi UNIKEB Berhad dan pasangan kepada Anggota sahaja. UNIKEB adalah koperasi Kluster Besar dengan fungsi Pengguna.
Menjalankan beberapa aktiviti perniagaan utama yang terdiri daripada; Pembiayaan (Personal Loan), Peruncitan (Umart), Hartanah, Ar-Rahnu & Kedai Emas, Stesen Minyak Petronas, Dagang & Pemasaran. Beriltizam untuk menjadi sebuah koperasi model dengan ke lestarian dan kemampanan yang dapat dibanggakan agama, bangsa dan negara.
Apakah perkhidmatan Koperasi Unikeb Berhad?
Terdapat beberapa produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Unikeb Berhad seperti unit pembiayaan peribadi, unit hartanah, unit Ar-Rahnu , unit dagangan dan pemasaran serta Stesyen Minyak Unikeb.
Unit Pembiayaan : Perkhidmatan Pembiayaan Wang, Barangan & Perkhidmatan
OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT PEMBIAYAAN
Unit Pembiayaan bertanggungjawab menguruskan semua pembiayaan (kewangan, barangan & perkhidmatan) khususnya untuk Anggota Koperasi UNIKEB Berhad sahaja.
Kami sedia membantu Anggota untuk mendapat pembiayaan yang patuh syariah dan tidak menindas serta mengelakkan Anggota Koperasi UNIKEB Berhad supaya tidak terjebak dengan aktiviti pembiayaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Ah Long.
Kaedah pembayaran balik pembiayaan menggunakan potongan gaji majikan (UKM).
Segeralah menjadi Anggota UNIKEB untuk membolehkan anda layak memohon kemudahan pembiayaan yang kami sediakan. Untuk menjadi Anggota UNIKEB
PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT PEMBIAYAAN Koperasi UNIKEB Berhad
- Pinjaman Peribadi Bai Al Inah – sehingga RM150 ribu
- Pinjaman Peribadi – Pembiayaan Ekspress – sehingga RM20 ribu
- Pinjaman Peribadi – Pembiayaan Ekspress Warga Emas – sehingga RM10 ribu
- Pinjaman Peribadi – Pembiayaan Hari Raya – RM5 ribu
- Pinjaman Peribadi Persekolahan – RM5 ribu
- Pinjaman Peribadi Barangan & Perkhidmatan
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PINJAMAN PERIBADI DI ATAS
- Untuk Anggota Koperasi UNIKEB Berhad Sahaja
- Seorang Penjamin Dikalangan Anggota Koperasi UNIKEB Berhad
- Tanpa Penjamin (tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
( Info lanjut, sila hubungi pegawai kami)
Unit Pembiayaan Koperasi UNIKEB Berhad
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi
Selangor
Nombor Telefon : 03-8921 4031
Waktu Pejabat Unikeb
8.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
8.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup
Unit Hartanah
Perkhidmatan Sewaan Ruang, Lot Kedai, Rumah Kedai & Bilik Seminar
OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH
Unit Hartanah Koperasi UNIKEB Berhad bertanggungjawab menguruskan semua aset bangunan milik Koperaasi UNIKEB Berhad yang boleh disewakan kepada orang ramai.
Antara aset bangunan dibawah pengurusan Unit Hartanah termasuklah, Wisma UNIKEB, Rumah Kedai, Lot Kedai, Rumah Pangsa dan Bilik Seminar.
Selain daripada itu, Unit Hartanah Koperasi UNIKEB Berhad juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalulintas di Wisma UNIKEB agar berjalan lancar dan selamat kepada para pengunjung dan orang ramai.
PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH KOPERASI UNIKEB BERHAD
Perkhidmatan Sewaan Ruang Niaga mengikut lokasi;
- Wisma UNIKEB (Ruang Legar, Lot Kedai di tingkat bawah dan 1 dan Kiosk)
- Bangi Gateway (Bangi Street & Bilik Seminar)
- Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (rumah kedai)
- Seksyen 4, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
- Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
- Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
- Seksyen 1, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
- Seksyen 18, Ipoh (rumah kedai)
- Southville City, Bangi (lot kedai – sedang dalam proses pembelian)
Hubungi Kami Sekarang
03-8925 2540 ext 105
Unit Ar-Rahnu
Perkhidmatan Skim Pajak Gadai Islam
OBJEKTIF PERKHIDMATAN AR-RAHNU
Menyedikan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera serta menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.
KONSEP SYARIAH PERKHIDMATAN AR-RAHNU
Wadiah yad Dhamanah | Simpanan dengan jaminan keselamatan |
---|---|
Ujrah | Upah simpan barang gadaian |
HAD PEMBIAYAAN AR-RAHNU
- Pembiayaan Tunai yang diberikan adalah 70% atas nilai marhun.
- Pembiayaan maksimun sehingga RM150,000 bagi setiap pelanggan.
SIAPA YANG LAYAK MENGGADAI
- Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Boleh Menggadai Barang Kemas sahaja (meliputi gred emas yang ditetapkan)
KELEBIHAN PERKHIDMATAN AR-RAHNU UNIKEB
- Mematuhi Garis Panduan Syariah
- Bebas Daripada Unsur Riba
- Kadar Upah Simpan Yang Rendah
- Tiada Semakan CCRIS & CTOS
- Pembiayaan Dilindungi Oleh Skim Takaful
- Proses Pembiayaan Tunai Yang Cepat & Mudah
- Pembiayaan maksimum RM150k setiap penggadai
Unit Kedai Emas Koperasi UNIKEB Berhad
Menjual Barangan Kemas 916 Secara Tunai & Secara Potongan Gaji (Untuk Anggota Sahaja)
PERKHIDMATAN DI KEDAI EMAS Koperasi UNIKEB Berhad
- Menjual barang kemas 916
- Membeli barang kemas terpakai
- Membaiki emas putus, patah dan rosak
- Menilai gred emas
- Mencuci emas dan perak
- Menjual barang kemas secara potongan gaji
Hubungi Kami Sekarang
Koperasi Unikeb Berhad 03-8922 2619
Wisma UNIKEB 03-8741 3936 Kajang
CARI KAMI DI SINI
Ar-Rahnu & Kedai Emas- Wisma
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi, Selangor
NomborTelefon : 03-8722 2619
Waktu Perniagaan
9.00pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.00pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup
Ar-Rahnu & Kedai Emas – Kajang
C-35-GA Jalan 2/F, Prima Saujana
43000 Kajang, Selangor
Nombor Tel : 03-8741 3936
Waktu Perniagaan
9.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
9.30pagi – 2.00ptg | Sabtu
Ahad & Cuti Umum – Tutup
Unit Dagang & Pemasaran
Pemasaran semua produk & Perkhidmatan UNIKEB
UNIT DAGANG & PEMASARAN
Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan Koperasi UNIKEB Berhad.
Dalam masa yang sama, unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi UNIKEB Berhad.
Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Kasut Kesihatan. Unit ini telah berjaya membawa Kasut Kesihatan jenama FootLink terpilih beberapa kali di dalam Tender Pakaian Seragam di Pusat Perubatan
PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN
- Umart Wisma (kedai serbaneka menjual barangan harian seperti makanan dan minuman berpaket)
- Air Mineral & Air Minuman jenama SEGAR
- Kasut Kesihatan jenama Footlink
- Perkhidmatan Kaunter Tiket Air Asia dan Bas Transnasional
- Perkhidmatan Pembaharuan Insuran Kenderaan & Cukai Jalan
- Insuran Peribadi (PA Permata, PA Kembara, Insuran Pemilik Rumah dan Isi Rumah)
- Pakej Pelancongan dan Umrah
- Kaunter pembayaran bil utiliti
Hubungi Kami Sekarang
03-8921 4022/ 4026/ 4037
Stesyen Minyak Koperasi Unikeb Berhad
Perkhidmatan Membekal Minyak
UNIT STESYEN MINYAK UNIKEB
Tahun 1983 PETRONAS telah memulakan operasi stesyen minyak dan pada kesempatan itu UNIKEB turut mencebur diri dalam perniagaan Stesyen Minyak.
Sebuah stesyen minyak Petronas di bawah pengurusan UNIKEB telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.
PERKHIDMATAN STESYEN MINYAK UNIKEB KEPADA ANGGOTA
SKIM KREDIT MINYAK & SYARAT KELAYAKAN
- Skim potongan gaji melalui Bendahari UKM tanpa di kenakan caj perkhidmatan
- Sekurangnya memiliki Model Syer terkumpul RM 1,000.00.
- Had kredit dan kelayakan bergantung kepada pendapatan anggota.
- Potongan gaji akan di lakukan pada bulan seterusnya jika diluluskan.
Borang permohonan dan sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui unit kredit 03-8921 4031.
Diskaun setiap pembelian Minyak Pelincir 10%
Setiap anggota layak menerima rebat 10% setiap pembelian minyak pelincir dengan mengemukakan kad anggota
Hubungi Kami Sekarang
Talian Telefon:03-89269921(Unikeb 1)
Talian Telefon 03-8912 7866 (Unikeb 2)
https://unikeb.com
Hashtag / Keywords
#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiUnikebBerhad #UniversitiKebangsaanMalaysia
Contact Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia
- Whatsapp: 019-2983056
- Tel: 019-2983056 / 03-8921 4031
- Unit Pembiayaan UNIKEB Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi Selangor - Opening Hours:
8.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
8.30pagi – 12.30tgh | Jumaat 2.45ptg – 5.00ptg |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup - info@personalfinancingloan.com