Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI

Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI

About Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad atau KOPUBI Perak telah diilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman sejak penubuhan persatuan ini pada 15hb April 2016 yang lalu. Dengan bantuan Ahli Jawatan Kuasa persatuan maka gerak kerja untuk menubuhkan koperasi ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017.

Sehubungan itu Penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah diluluskan secara rasminya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta sijil penubuhan telah dikeluarkan pada 15hb Disember 2017 dengan nombor pendaftaran, A-5-1611.

Kini KOPUBI Perak Bhd telah mula bergerak dan menyasarkan seramai 1,000 anggota akan menyertai koperasi ini pada tahun 2018 ini. Yuran masuk dikenakan adalah sebanyak RM150.00 dan 1 unit saham koperasi dijual pada harga RM150.00 sahaja. Saham maksima dihadkan sehinggga 25 unit untuk setiap anggota. Tiga aktiviti utama yang bakal dijalankan oleh koperasi adalah Pinjaman Mikro Kredit kepada anggota, Perniagaan di dalam bidang pemasaran serta Pelaburan di dalam bidang hartanah.

Semoga KOPUBI Perak Bhd ini berjaya menjadi salah sebuah koperasi yang berjaya dan disegani di Negeri Perak serta menjadi contoh kepada koperasi-koperasi yang lain.

Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad

Pembiayaan Peribadi (Mikro Kredit) yang dikenali sebagai Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI dapat membantu anggota yang memerlukan bantuan kewangan tertutamanya di dalam usaha untuk memantapkan perniagaan masing-masing atau memerlukan modal tambahan. Anggota yang ingin memulakan perniagaan juga boleh mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi ini.

Pada peringkat awal penubuhan koperasi ini, Ahli Lembaga Koperasi telah meluluskan peruntukkan untuk memberi pinjaman di antara RM1,000 sehingga RM5,000 kepada anggota dan jumlah pinjaman ini dijangka akan meningkat apabila prestasi kewangan koperasi semakin kukuh serta memiliki modal yang lebih besar.

Ahli Lembaga Koperasi juga mensasarkan pinjaman ini ditingkatkan kepada RM250,000 apabila prestasi kewangan koperasi mencapai satu tahap yang benar-benar menyakinkan serta koperasi pula mencatatkan keuntungan yang berlipat ganda.

  • Apakah Perkhidmatan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI?

    Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad sangat komited dan teruja untuk melaksanakan perancangan strategik yang telah dipecahkan kepada 3 aktiviti utama seperti berikut:

    1. Pembiayaan peribadi (micro credit)
    2. Perniagaan dalam bidang pemasaran
    3. Pelaburan dalam bidang hartanah dan perladangan

Pinjaman Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah Kopubi Perak Bhd

Pinjaman Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI adalah merupakan berita baik untuk semua warga Negeri Perak. Sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju di Bandaraya Ipoh ini dengan sukacitanya memaklumkan Skim Pembiayaan Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd kini dibuka kepada semua.

Kami memahami keperluan anggota KOPUBI yang mungkin memerlukan modal pusingan tambahan untuk memajukan perniagaan masing-masing atau mungkin adakalanya anggota memerlukan wang tambahan untuk tujuan kecemasan dan sebagainya.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad menyediakan pembiayaan peribadi mudah tanpa bukti pendapatan sehingga RM5,000 dan kelulusan pembiayaan peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan di bawah ini serta tertakluk kepada KELULUSAN Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Syarat-syarat Permohonan Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI

Syarat-syarat permohonan Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI adalah seperti berikut:-

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan ;
  2. Telah membayar Modal Syer sekurang sekurang-kurangnya RM 150.00 berserta fi masuk sebanyak RM150.00 ;
  3. Berkemampuan bermaksud potongan bayaran balik ansuran bulanan tidak melebihi 60% pendapatan bulanan ;
  4. Had maksima pembiayaan peribadi adalah tertakluk kepada 10x nilai saham dan jumlah maksima pembiayaan peribadi ini adalah terhad kepada RM5,000 sahaja.
  5. Mempunyai seorang Penjamin yang terdiri daripada kalangan anggota Koperasi ;
  6. Melengkapkan permohonan melalui sistem iKoop serta membekalkan maklumat serta dokumen yang diperlukan.

*Nota : Pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pemohon.

Syarat-syarat Penjamin Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI

Syarat-syarat Penjamin Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI:-

  1. Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan.
  2. Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa.
  3. Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga.
  4. Penjamin bukan dari kalangan ahli keluarga anggota yang meminjam dan bukan pasangan kepada anggota tersebut.
  5. Penjamin hanya bertindak sebagai pengutip hutang pinjaman dan BUKAN bertindak sebagai pembayar hutang (jika peminjam gagal membayar bayaran pinjaman yang sepatutnya).
  6. Demi menjaga kepentingan anggota-anggota Koperasi dan keupayaan kawalan modal yang positif maka pihak koperasi menetapkan syarat pembiayaan peribadi sebanyak RM2,000 ke atas memerlukan seorang penjamin dari kalangan anggota KOPUBI Perak Bhd.

https://pubiperak.com

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiUsahawanBersatuIpohPerakBerhad #KOPUBI

Contact Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI

  • Whatsapp: 019-2983056
  • Tel: 019-2983056
  • No.57B, Susuran Station 18,
    Station 18 Pasir Puteh,
    31650, Ipoh, Perak
  • Opening Hours:
    9am-5pm (Monday to Friday)
  • info@personalfinancingloan.com



Home

error: Content is protected !!