Kopesadik Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad

Kopesadik Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad

About Kopesadik Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad

Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad telah didaftarkan dibawah subsekyen 18(3) Akta Koperasi 1993 pada 2 Mei 1972. Ia pada asalnya dinamakan Koperasi Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Anggota pada ketika itu hanyalah terhad kepada perkhidmatan kakitangan kerajaan dalam sektor pendidikan.

Pada 10 Mei 1998, nama Koperasi Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Pendidikan telah ditukarkan kepada Koperasi Maju Ekonomi Pekerja Berhad (KOPESADIK) dimana anggota dibuka kepada semua kakitangan berumur 18 tahun keatas yang bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta.

Kawasan operasi Koperasi ialah diseluruh Malaysia.

MISI Membina asas kemajuan Koperasi melalui aset dan kemudahan kredit.

VISI Peneraju dalam urusan pembiayaan kredit dengan membantu Anggota menyelesaikan masalah kewangan.

OBJEKTIFUntuk menjadikan Koperasi antara salah satu Koperasi yang mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

MATLAMATUntuk meningkatkan kepentingan ekonomi Anggotanya mengikut prinsip Koperasi.

MENGAPA MEMILIH KOPESADIK?

  • Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
  • Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
  • Permohonan diproses secara telus dan jujur
  • Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja
  • Mengapa memilih Koperasi Kopesadik Komaju?

    Ini antara sebab mengapa wajib memilik Koperasi Kopesadik seperti berikut:-

    1. DIPERCAYAI : Antara Koperasi kredit yang terawal di Malaysia sejak tahun 1972
    2. MUDAH : Syarat kelayakan mudah dan tidak merumitkan
    3. TELUS : Permohonan diproses secara telus dan jujur
    4. CEPAT : Proses kelulusan yang cepat antara 5-7 hari bekerja

Berita Koperasi Kopesadik

Koperasi Kredit Pembiayaan Patuh Syariah yang dipercayai sejak 1972

Kami menyediakan kemudahan perkhidmatan Pembiayaan Berkonsepkan Syariah Al-Tawarruq khas untuk Penjawat Awam, Badan Berkanun dan Swasta. Pelbagai perkhidmatan lain seperti penyewaan unit kondominium dan rumah kedai, pembekal barangan kesihatan, kecantikan dan banyak lagi.

Melancong dulu bayar kemudian

Selamat tengah hari WargaNet! Dah boleh rentas negeri? Dah boleh rentas daerah? Dah lama tak bercuti bersama keluarga dan anak anak? Jangan risau, Kopesadik boleh membantu masalah kewangan anda untuk meluangkan masa bersama keluarga. Jom mohon pembiayaan pelancongan di Kopesadik! Melancong dulu baru bayar tau. Banyak manfaat nya, Inshaallah โœจ๐Ÿ‘’

Pembiayaan untuk perniagaan

Setiap orang mempunyai cita-cita untuk memulakan perniagaan yang boleh membantu mendapatkan pendapatan sampingan. Sesetengah perniagaan memang memerlukan modal permulaan yang agak besar. Kami di sini bersedia menyelesaikan masalah kewangan anda. Pembiayaan peribadi kami yang cepat dan tidak rumit boleh mempercepatkan proses perniagaan anda.

Shopee โ€“ Kopesadikshop

Sekarang anda boleh buat pembelian di Shopee Kopesadikshop kami!
Dapatkan barangan face mask, hand sanitizer, dan Unico base cream di sini. Banyak lagi product yang bakal menanti anda! Tunggu okay? ๐Ÿ˜

Layari : www.shopee.com.my/kopesadikshop
.
Terima kasih sudi menyokong Kopesadik ๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘๐Ÿผ

Aset Dan Bangunan

Pejabat Kopesadik

Pejabat Kopesadik mula beroperasi pada tahun 1972 sehingga kini. Ia merupakan ibu pejabat rasmi Warga Kopesadik menjalankan operasi harian dan Anggota yang mahu berurusan dengan pihak Pegawai Koperasi.

Waktu Operasi dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat sahaja. Tidak dibenarkan berurusan pada hari sabtu, ahad dan cuti umum.

Sri Impian Kondominium, Brickfields, Kuala Lumpur

Koperasi memiliki 2 unit aset rumah di Sri Impian Kondominium, Brickfields. Kondominium ini berkeluasan 1,500 persegi, 4 bilik dan 2 bilik air. Kondomnium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, trek jogging, dewan squash dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan KL Sentral, Kuil, Sekolah, The Little India, Gereja, Mid Valley Megamall dan Stesen LRT Bangsar. Terdapat banyak kemudahan awam seperti LRT, MRT, ETS, Bas Rapid KL , KL Monorail, Kedai Serbaneka, Restoran dan juga Dobi.

Danau Murni Kondominium, Kuala Lumpur

Koperasi memiliki 3 unit aset rumah di Danau Murni Kondominium. Kondominium ini berkeluasan 714 persegi, 3 bilik dan 2 bilik air. Kondominium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, taman permainan dan gimnasium.

Ia juga terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti KTM dan Bas Rapid KL

Bangunan Bangsar Utama, Kuala Lumpur

Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan Bangsar Utama.

Bangunan Bangsar Utama ini terletak berdekatan dengan Etika, Dataran Maybank, The Little India, Brickfields, KL Sentral, KTM Komuter Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall, Angkasapuri dan Bangsar South.

Kemudahan awam juga mudah didapati di sini seperti LRT, KTM, KLIA EXPRESS, KL Monorail, Rapid KL Bus dan Shuttle Bus.

Bangunan MITC, Melaka

Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan di MITC Melaka. Keluasan bangunan ini ialah 148 persegi.

Bangunan MITC Melaka ini terletak berdekatan dengan MITC Melaka, Restoran, Taska, kedai haiwan peliharaan, kedai percetakan, spa dan banyak lagi. Kawasan ini merupakan tumpuan penduduk Ayer Keroh, Melaka.

Kelayakan Menjadi Anggota

Kelayakan terbuka kepada semua Kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pekerja Swasta.

*Tertakluk pada terma & syarat

Syarat Menjadi Anggota

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan Koperasi
  4. Bebas dari berkuatkuasa sabitan bagi kesalahan boleh daftar, bankrap atau pernah dibuang daripada keanggota mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun

Kelebihan Menjadi Anggota

  1. Sumbangan Kematian ahli keluarga Anggota Koperasi (Ibu, Bapa, Anak, Isteri dan Suami)
  2. Sumbangan Anggota yang telah bersara mencukupi umur 55 tahun dan keatas
  3. Sumbangan Pendidikan
  4. Pembayaran dividen mengikut keuntungan Koperasi
  5. Sumbangan Kematian Anggota

https://kopesadik.com

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Contact Koperasi Kopesadik (komaju)

error: Content is protected !!