Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP

Pinjaman Peribadi Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad Personal Loan

Mengenai Kami

Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP dengan tawaran hebat dan tempoh terhad! Singkatannya KoUniMAP adalah sebuah koperasi yang menguruskan pinjaman peribadi kepada anggota yang berminat.

Kounimap Kewangan
No 30, Tingkat 1 & 2,
Persiaran Putra,
Taman Putra Utama,
01000 Kangar Perlis

No. Tel : 019-4882700

Mengenai Kounimap Kewangan

Kounimap Kewangan telah ditubuhkan pada Julai 2012 dan kini telah beroperasi di Pauh. Kounimap Kewangan diwujudkan bertujuan untuk mengembangkan lagi hal ehwal pembiayaan Kounimap bagi kemudahan warga UniMAP.

Bagi menjamin keperluan dan kemudahan warga UniMAP, Kounimap Kewangan dengan senang hati menyediakan pelbagai faedah yang boleh dinikmati oleh semua warga UniMAP.

  • Apakah jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh Kounimap?

    Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP yang ada sekarang ini adalah seperti:-

    1. Pinjaman peribadi Kounimap sehingga 30k
    2. Pembiayaan kecemasan
    3. Perkhidmatan kredit dan barangan pengguna.

    Tertakluk kepada terma dan syarat bagi yang berminat

Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad Kounimap Kewangan

Anda tidak perlu bimbang lagi kerana Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi Kounimap khususnya kepada semua ahli Kounimap untuk membuat pembiayaan.

Justeru, pembiayaan Peribadi Kounimap ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua kakitangan UniMAP bagi membiayai keperluan peribadi seperti membuat bayaran pendahuluan kereta, rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan sebagainya.

Berikut merupakan Terma & Syarat kepada sesiapa yang berminat untuk memohon Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP :

  1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap sahaja (termasuk kakitangan tetap/kontrak/alumni UniMAP & Kounimap)
  2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 1,000.00 sehingga RM 30,000.00
  3. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun dengan kadar hibah serendah 4.10% setahun sepanjang tempoh pembiayaan
  4. Sekuriti atas pembiayaan serendah 1.0% dikenakan sebagai jaminan pembiayaan
  5. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan
  6. Tiada caj perkhidmatan atau caj-caj tersembunyi dikenakan

PEMBIAYAAN KECEMASAN

Pihak Kewangan telah menawarkan perkhidmatan Pembiayaan bagi membiayai keperluan hal-hal kecemasan kepada ahli Kounimap dengan caruman bulanan aktif.

Sekiranya anda mempunyai tabung caruman, pihak kami akan membantu anda untuk membiayai hal-hal kecemasan seperti yang anda inginkan.

Berikut adalah merupakan Terma & Syarat yang telah ditetapkan:

  1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap sahaja (kakitangan tetap/kontrak/alumni)
  2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 300.00 sehingga 60% dari jumlah tabung caruman individu
  3. Hibah adalah serendah 2.0% setahun sepanjang tempoh pembiayaan
  4. Tiada caj perkhidmatan (0%)/ caj-caj tersembunyi
  5. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan

PERKHIDMATAN KREDIT DAN BARANGAN PENGGUNA KOUNIMAP

Memandangkan keperluan asas menjadi faktor terpenting dalam kehidupan seharian. Maka, pihak Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan kredit dan barangan pengguna kepada semua kakitangan UniMAP untuk memenuhi keperluan asas tersebut. Perkhidmatan kredit dan barangan pengguna ini adalah meliputi pembelian perabot, barangan elektrik & elektronik, servis dan baik pulih kenderaan, pengubahsuaian kediaman dan sebagainya.

Dengan adanya kemudahan yang disediakan, diharap ianya akan dapat memudahkan urusan seharian anda.

Terma dan Syarat

Berikut adalah Terma & Syarat bagi sesiapa yang berminat:

  1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap sahaja samada tetap atau kontrak
  2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 300.00 sehingga RM 3000.00
  3. Tiada hibah dikenakan atas pembiayaan
  4. Sekuriti atas pembiayaan serendah 1.0% dikenakan sebagai jaminan pembiayaan
  5. Hanya yuran pengurusan RM30 dan caj perkhidmatan (pengurusan kredit) serendah 0.5% sebulan sepanjang tempoh perkhidmatan
  6. Tiada caj-caj tersembunyi dikenakan
  7. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan

Manakala, Prosedur Pembiayaan adalah seperti berikut:

Pemohon diminta mengisi borang (KU-K001) bagi membuat permohonan Perkhidmatan

Kredit dan Barangan Pengguna Kounimap.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap Kewangan.

Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.

Ahli Lembaga Kounimap Kewangan yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Surat Tawaran Perkhidmatan Kredit (KU-K002) akan dikeluarkan.

Perjanjian Akad (KU-A004), Surat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Kredit (KU-K003) dan Kebenaran Potong Gaji (KU-G020/ KU-G022) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Kounimap (KU-A004).

Wang Tunai berdasarkan jumlah yang diluluskan akan dikeluarkan terus kepada pemohon di Pejabat Urusan.

Resit haruslah diberi kepada pihak kami sebagai bukti pembelian terus ke kaunter atau ke emel.

Kegagalan memberi salinan resit akan menganggu kelicinan permohonan pemohon yang berikutnya (sekiranya ada).

Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan. Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter.

PEMBIAYAAN UMRAH DAN ZIARAH

Bermula dari Januari 2013, anda boleh melaksanakan Umrah dan merealisasikan impian perjalanan untuk menikmati keindahan serta keamanan di Baitullah Al-Haram.

Kami semakin hampir kepada pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman ini untuk mencipta hubungan yang kukuh sesama ahli.

Kami di Kounimap Kewangan benar-benar mahu memastikan keinginan dan impian anda menjadi kenyataan dengan melancarkan Pembiayaan Umrah dan Ziarah.

Justeru, kepada sesiapa yang berminat, berikut adalah merupakan Terma & Syarat:

  1. Terbuka kepada semua ahli kakitangan UniMAP samada tetap atau kontrak
  2. Jumlah pembiayaan ialah sebanyak RM 3,000 hingga RM 10,000
  3. Tempoh pembiayaan ialah sehingga 5 tahun
  4. Hibah serendah 4.10% setahun
  5. Bayaran ansuran bulanan adalah seperti dalam jadual yang dilampirkan (lampiran I)
  6. Jaminan sekuriti adalah serendah 1.0%
  7. Tiada caj pengurusan dan tiada caj tersembunyi dikenakan

Sementara ini adalah Prosedur Pembiayaan:

  • Pemohon diminta mengisi borang (KU-U001) bagi membuat permohonan Pembiayaan
  • Umrah dan Ziarah.
  • Borang permohonan ini boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap Perlis Berhad.
  • Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.
  • Ahli Lembaga yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kounimap Perlis Berhad.
  • Surat Tawaran Pembiayaan Umrah Ziarah (KU-U002) akan dikeluarkan.
  • Perjanjian Akad (KU-A003), Surat Penerimaan Tawaran Pembiayaan Umrah dan Ziarah (KU-U003) dan kebenaran Potongan Gaji (KU-G010) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Kounimap (KU-A003).
  • Cek akan dikeluarkan setelah siap diluluskan dan ditandatangani oleh dua daripada tiga Ahli Lembaga Koperasi Tertinggi.
  • Cek akan diberi terus kepada pemohon/cek akan dideposit ke akaun pemohon atas permintaan.
  • Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan.

Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter Kewangan.

https://kounimap.com

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiUniMAPPerlisBerhad #KoUniMAP


Home


About KoUniMap

error: Content is protected !!