Cari Pinjaman Peribadi Lain?
Koperasi Belia Nasional Berhad KOBENA
About Koperasi Belia Nasional Berhad KOBENA
Sejarah Penubuhan
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA), merupakan sebuah Koperasi Belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan pada 26hb November, 1976 di bawah Akta Koperasi 1948. Idea penubuhan KOBENA tercetus daripada keputusan Majlis Perundingan Belia Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1975 dan disokong kuat oleh Gabungan Majlis Belia Malaysia YAB Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Pengerusi KOBENA yang pertama untuk menerajui amanat ini.
Matlamat penubuhan KOBENA adalah untuk membantu golongan belia tempatan meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka melalui sektor koperasi untuk membolehkan mereka menyertai pasaran niaga tempatan secara global. Selain dari menyediakan latihan asas dan mempertingkatkan kemahiran golongan belia, ia juga berperanan sebagai penggabungan modal asli untuk melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan untuk memperolehi pulangan secara saksama.
Sehingga kini Koperasi Belia Nasional Berhad Kobena yang beroperasi di Ibu-pejabat Bangunan 5 tingkat milik sendiri di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur telah mempelopori dan memahat nama di dalam pelbagai bidang perniagaan seperti skim pinjaman peribadi ahli, pembangunan hartanah, pembinaan, latihan kemahiran, pergudangan, teknologi maklumat, insuran serta yang terkini pengurusan majlis dan acara khusus untuk jabatan dan agensi kerajaan.
Sejajar dengan matlamat kerajaan dalam menuju ke arah kecemerlangan Wawasan 2020, Koperasi Belia Nasional Berhad KOBENA juga tidak mahu ketinggalan dengan mensasarkan agenda tersendiri untuk menjadi koperasi contoh di persada industri perkongsian negara. Justeru, pelbagai perancangan dan aktiviti perniagaan telah diatur dan dalam pelaksanaan.
Masa kini, dengan berbekalkan semangat kental dan dedikasi dari setiap tenaga kerja serta kepimpinan berwawasan oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Mat Din selaku Pengerusi Eksekutif, KOBENA Berhad telah memahat nama sebagai salah satu koperasi yang berdaya saing dan berjaya di arena perniagaan tempatan.
Perkhidmatan Skim Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Nasional Berhad Kobena
SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI KOBENA (SPPK)
- Serendah 5.99%
- Pembiayaan Maksimum RM100,000
- Tiada Penjamin
- Tiada Cagaran
- Cepat & Pantas
- Untuk Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun
- Overlap pinjaman lama
Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
BERITA BAIK !!! KEPADA SEMUA ANGGOTA KOBENA
“DISKAUN ATAU KADAR KORPORAT” UNTUK PENGINAPAN DI TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR (BERHADAPAN MASJID JAMEK KG. BARU).
DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK KOBENA TELAH MENGADAKAN RUNDINGAN DENGAN PIHAK TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR DAN TELAH BERSETUJU SUPAYA MENGADAKAN “DISKAUN ATAU KADAR KORPORAT” KEPADA SEMUA ANGGOTA KOBENA YANG MENGINAP DI HOTEL BERKENAAN. KADAR YANG DIBERIKAN INI ADALAH LEBIH RENDAH BERBANDING DENGAN BUKAN DARIPADA ANGGOTA KOBENA.
Hubungi Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
120, Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2603 1999
Hubungi Koperasi Belia Nasional Berhad KOBENA
Koperasi Belia Nasional Berhad
No. 26, Persiaran 65C
Pekeliling Business Centre
Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
Phone: (6) 03 4031 8640
Email: info@kobena.com.my
https://kobena.com.my
Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Nasional Berhad Reviews
Customer Reviews about Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Nasional Berhad
Pinjaman Peribadi Kobena @ Koperasi Belia Nasional Berhad menawarkan personal loan dengan kadar istimewa. Sila call/ whatsapp 0192983056
Mohd Azwan
https://e-penyatagaji.com
Contact Koperasi Belia Nasional Berhad Kobena
- Whatsapp: 019-2983056
- Tel: 019-2983056
- Koperasi Belia Nasional Berhad
Pekeliling Business Centre, No.26,
Persiaran 65C, Off, Jalan Pahang Barat,
53000, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - info@personalfinancingloan.com