Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
About Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
Bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD telah didaftarkan sebagai sebuah Koperasi dengan rasminya pada Ogos 2009. Koperasi ini pada awal penubuhannya mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah dan diketuai oleh Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah binti Md Yunin.
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD percaya kepada nilai etika kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan mengambil berat kepada orang lain dan masyarakat. Koperasi bertujuan untuk menyediakan dan membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan kekayaan dan ekonomi peribadi mereka.
Koperasi Tanjong Keramat juga dimiliki oleh ahli-ahlinya, di mana keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengurusan dan aktiviti harian dilaksanakan oleh Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada 9 orang ahli, yang dipilih oleh anggotanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan, yang diadakan setiap tahun. Seperti semua koperasi berdaftar yang lain,
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia. Koperasi ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan setiap tahun dikehendaki menyerahkan akaun yang telah di audit kepada SKM untuk penelitian mereka. Semua minit mesyuarat Lembaga juga dikemukakan kepada SKM untuk maklumat mereka.
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD adalah koperasi ke-3 terbesar di Sabah dengan ahli-ahli terkumpul 25,233 dari seluruh Malaysia.
Anak Syarikat Koperasi
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah anak syarikat (subsidiary) Koperasi ini dan telah berdaftar dengan Surhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nombor pendaftaran Keramat Kinabalu Travel & Tours adalah 1090023X dengan tarikh pendaftaran 21 April 2014. Keramat Kinabalu Travel & Tours juga telah memperolehi lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), syarikat ini telah diberi kebenaran oleh Koperasi Tanjong Keramat Kinabalu Bhd untuk ditempatkan di pejabat beralamat:
Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
88200 Putatan, Sabah
Adakah Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad menawarkan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan sahaja?
Setakat ini, Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad hanya menawarkan pinjaman peribadi terhad kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun (GLC) yang mempunyai potongan biro angkasa (Angkasa) dalam slipgaji.
Pinjaman Peribadi
Pembiayaan Kewangan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
Pinjaman peribadi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad ini terbuka untuk kakitangan kerajaan negeri / badan berkanun yang ada potongan BPA (Angkasa). Potongan melalui BPA ( Angkasa )
Opsyen bersara sehingga 60 tahun & Perlindungan Insurans Takaful
Pajak Gadai Islam Ar-Rahn
Ar-Rahn
Pajak gadai Islam tunai segera. Tulus dan patuh syariah yang pertama di Malaysia
Harga gadaian yang tinggi sehingga 80% dari nilai marhun dan juga upah simpah yang rendah dan berpatutan
Medicare
Medicare Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
Program Manfaat Penjagaan dan Perlindungan Kesihatan, Kemalangan dan Hayat “Sayangi Hidupku Medicare”
Program ini juga terbuka kepada golongan B40 untuk mendaftar mengikut kemampuan masing-masing
Travel & Tours
Travel & Tours Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah perkhidmatan swasta yang menyediakan perkhidmatan pelancongan dan pelancongan yang berkaitan kepada orang awam bagi pihak pembekal seperti aktiviti, pakej pelancongan, sewa kereta dan banyak lagi.
e-Dagang MYSINBAD
e-Dagang MYSINBAD Berhad
PORTAL e-Dagang koperasi pertama negara MYSINBAD memberikan manfaat kepada lebih 14,000 koperasi di seluruh negara.
Kewujudan kemudahan ini sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup sejajar dengan hasrat kerajaan terutama membantu golongan B40
https://kooptk.com
Hashtag / Keywords
#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiTanjongKeramatMalaysiaBerhad
Contact Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad
- Whatsapp: 019-2983056
- Tel: 019-2983056 / 0327189167 / 088-734 950
- Fax: 03-27189166
- koperasi tanjung keramat Blok B-03-09-06
Designer Office Lingkaran SV sunway velocity
55100 Kuala Lumpur - Opening Hours:
8.30am-5.30pm (Monday-Friday) - info@personalfinancingloan.com