UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar)

Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pusat pemprosesan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Secara umumnya fungsi Jabatan Arah merangkumi proses penyediaan pembayaran, pengauditan, perakaunan, khidmat nasihat dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan potongan gaji serta Pengurusan Akaun Panjar dan Akaun Tabung Rejimen.

Akses untuk slipgaji Tentera https://spgatm.ugat.mil.my/

UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar)

UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar) Summary

  • System Name: UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar)
  • Category: Electronic Pay Slip
  • System User: Angkatan Tentera Malaysia (Askar)

Sistem Gaji ATM (SGATM)

Apakah maklumat yang perlu disertakan sebagai keperluan kali pertama untuk memasuki Sistem Gaji ATM SGATM?

Secara default anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki Sistem Gaji ATM SGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem Gaji ATM SGATM bagi mewakili saya?

Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir SGATM, pegawai/anggota adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran kali pertama untuk memasuki Sistem Gaji ATM SGATM kerana pendaftaran kali pertama akan disimpan ke dalam pangkalan data dan diambilkira untuk kemasukan ke dalam SGATM seterusnya.

Bagaimanakah cara untuk daftar masuk Sistem Gaji ATM (SGATM)?

Anda boleh menghubungi Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2021

Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2021 (ATM) adalah seperti berikut: –

  • Bulan Januari pada 25hb Januari
  • Bulan Feb: pada 9hb Februari
  • Bulan Mac: pada 18hb March
  • Bulan April: 22 April
  • Bulan Mei: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia pada 6hb Mei 2021
  • Bulan Jun: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia adalah pada 14hb June 2021
  • Bulan July: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia adalah pada 14hb Julai 2021
  • Ogos: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia ialah pada 19hb Ogos
  • September: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia adalah pada 23hb September.
  • Oktober: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia adalah pada 25hb Oktober 2021
  • November: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia jatuh pada 25hb November 2021
  • December: Tarikh Pembayaran Gaji Angkatan Tentera Malaysia jatuh pada 20hb Disember 2021

The best destinations around the world.

FAQ UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar)

Ini adalah berikutan Sistem Gaji ATM SGATM hanya membenarkan single sign in dan kemasukan ke SGATM secara serentak(menggunakan nama pengguna yang sama) adalah tidak dibenarkan.

Sekiranya anda terlupa kata laluan UGAT Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia (Askar), anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.

Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC Sistem Gaji ATM, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

Sistem Gaji ATM SGATM boleh dicapai melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet. SGATM boleh diakses menggunakan mana-mana browser yang sedia ada seperti Mozilla, Internet Explorer, Chrome dan Safari.

error: Content is protected !!