Koperasi UUM Universiti Utara Malaysia

Pinjaman Peribadi Koperasi UUM Universiti Utara Malaysia Personal Loan

Mengenai Koperasi UUM

Menjual Buku & Alat Tulis di UUM Sintok

Koperasi UUM kian berkembang

Oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 26 Okt. – Koperasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Berhad merancang projek termasuk usaha sama dengan syarikat-syarikat terkemuka untuk mengembangkan sayapnya bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah di peringkat antarabangsa.

Sejak ditubuhkan pada 30 Julai 1985, koperasi berkenaan terus melangkah ke hadapan selaras dengan visi dan misi yang cukup besar dalam merealisasikan impian untuk menjadi antara koperasi terbaik dan termaju di negara ini.

Daripada kampus sementara di Tanah Merah, Jitra yang kemudiannya berpindah ke kampus lebih besar di Sintok, di sini sehingga ke hari ini, koperasi berkenaan kini mempunyai 1,800 ahli dengan jumlah pelaburan daripada mereka berjumlah RM4.5 juta.

Ini berbanding tidak sampai RM100,000 menerusi keahlian yang hanya 200 orang pada awal penubuhannya (1985).

  • Diamanakah terletaknya Koperasi UUM Universiti Utara Malaysia?

    Koperasi UUM Universiti Utara Malaysia ini terletak di Sintok Kedah Darul Aman Malaysia. Jika anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan lebuhraya utara selatan PLUS highway sehinggalah ke tol terakhir. Anda akan melalui Alor Setar dan Jitra dan seterusnya sampai ke Sintok.

    Dari Sintok, perjalanan mengambil masa 15-20 minit kerana terdapat lebuhraya yang telah siap dibina menghubungkan kampus UUM dengan Kuala Perlis. Tiada bayaran tol dikenakan jika anda melalui highway dari Sintok ke Kampus UUM. Anda boleh menginap di Hotel EDC yang terletak berdekatan dengan kampus utama dengan kadar yang menarik.

Ranking Koperasi

Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi UUM, Prof. Dr. Abdul Razak Chik berkata, koperasi yang mencapai ranking ke-32 daripada 100 koperasi terbaik di negara ini berupaya untuk mencapai kedudukan lebih baik pada masa akan datang.

“Kami (Koperasi UUM) yakin boleh mencapai sekurang-kurangnya ranking ke-10 terbaik dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya ketika kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, daripada peningkatan jumlah keahlian dan pelaburan ahli, Koperasi UUM berkembang lebih pesat apabila mencatat perolehan sebanyak RM12 juta pada tahun lalu (2009).

Daripada aktiviti secara kecil-kecilan seperti perniagaan kedai buku, kedai alat tulis dan pasar raya yang masih beroperasi sehingga kini, tumpuan diberikan terhadap bidang perniagaan lain sama ada di kampus atau di luar.

Varsity Mall UUM

Di Sintok, Koperasi UUM beroperasi di Varsity Mall selain beberapa rangkaian kedai di dewan-dewan penginapan pelajar universiti berkenaan manakala pejabat urusannya pula bertempat di sebuah bangunan di pekan Changlun yang berhampiran.

Operasi perniagaan di kampus berkenaan dijalankan menerusi jenama Uni Shoppe, Uni Bookstore, Pasaraya Uni Mart, Kafe Botani, Uni Café, Uni Saji, Rangkaian Kedai Uni Mart dan Uni Technology.

Selain berteraskan perkhidmatan kepada pelanggan, Koperasi UUM menyediakan kemudahan pinjaman kepada ahli-ahlinya termasuk menjadi wakil kepada institusi kewangan yang menyediakan pinjaman termasuk Bank Rakyat.

Perniagaan Luar Koperasi

Terbaru, Koperasi UUM melangkah setapak lagi apabila menerokai perniagaan lain di luar kampus secara usaha sama dengan orang perseorangan bagi menjalankan kerja-kerja pengendalian kuari pasir di Bukit Selambau, Kedah menerusi syarikat Uni Kuari.

Projek tersebut melibatkan pelaburan sebanyak RM600,000 di atas tapak seluas 1.881 hektar di kawasan tersebut.

Daripada jumlah itu, RM300,000 diperuntukkan untuk pembelian tanah dan selebihnya bagi tujuan perbelanjaan operasi projek kuari.

Ia dijangkakan memberi pulangan cukup menarik kepada Koperasi UUM dengan anggaran RM30,000 sebulan menerusi hasil penjualan pasir berdasarkan permintaan tinggi terhadap bahan tersebut khususnya bagi tujuan pembinaan pelbagai projek di Kedah.

Pihak koperasi berkenaan kini giat mencari pasaran yang strategik seperti menjadi pembekal pasir bagi projek landasan kereta api berkembar dan syarikat pembinaan serta perumahan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai peranan Koperasi UUM pada masa depan, Prof. Dr. Abdul Razak berkata, koperasi berkenaan juga sedang menjalin kerjasama dengan sebuah koperasi lain di Kuala Lumpur untuk menceburi bidang perniagaan mencuci bangunan.

“Jika tidak ada halangan, kami jangkakan perniagaan baru ini dapat berjalan dengan lancar pada hujung tahun ini,” kata beliau.

Koperasi tersebut kini diperkuatkan dengan 80 kakitangan pelbagai jawatan termasuk mengendalikan kesemua premis perniagaannya.

“Selepas kejayaan, daripada sebuah koperasi kecil sehingga pencapaian sekarang ini, kami percaya Koperasi UUM mampu untuk dipacu ke arah lebih gemilang lagi berdasarkan kemajuan semasanya yang cukup memberangsangkan.

“Kejayaan yang mampu dikecapi oleh seluruh warga kerja Koperasi UUM bakal mencetus semangat lebih gigih di samping komitmen tinggi untuk memastikan ia terus kekal sebagai sebuah koperasi yang terbaik selain maju dalam beberapa lagi aktiviti perniagaan,” tambah beliau.

Sehubungan itu, disiplin yang tinggi diterapkan oleh Koperasi UUM melibatkan kesemua warga kerjanya bagi memastikan impian tersebut tercapai.

Hubungi

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan ataupun pertanyaan, sila berhubung terus dengan alamat seperti dibawah:-

Koperasi Universiti Utara Malaysia (koperasi UUM)
Kedai Buku Universiti
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok

Telephone: 04-928 5507

https://utusan.com.my | FB Koperasi-UUM

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi


Home

error: Content is protected !!