Institut Koperasi Malaysia IKM

Institut Koperasi Malaysia IKM

About Institut Koperasi Malaysia IKM

Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKM keseluruhannya.

Pada tahun 1968, IKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968.

Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.

IKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mulai tahun 2009, telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Kampus Institut Koperasi Malaysia IKM

Kampus induk IKM terletak di Petaling Jaya dan berhampiran dengan ibukota Kuala Lumpur, kampus ini mudah dihubungi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti bas, LRT dan teksi. Ini memudahkan masyarakat secara umum dan gerakan koperasi khususnya untuk ke sini.

Kawasan yang dihiasi seni taman yang menarik pula mewujudkan persekitaran yang tenang dan damai. Ciri-ciri yang sebegini menjadikan Institut Koperasi Malaysia tempat pilihan untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.

Pada bulan Jun 1997 IKM telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998. IKM membuka Zon Timur di Pahang pada tahun 2009, Zon Utara di Kedah pada tahun 2010, dan Zon Selatan di Johor juga pada tahun 2010 untuk membolehkan program latihan dan pendidikan koperasi dapat diikuti dengan lebih mudah di seluruh negara.

Perkhidmatan Dalam Talian

Daftar Kursus & Tempah Fasiliti

Projek MITS membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Koperasi Malaysia dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak.

Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Koperasi Malaysia di seluruh Malaysia. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, MITS kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Koperasi Malaysia.

e-Perpustakaan

Membolehkan pengguna perpustakaan mencari dan mengakses koleksi katalog ILMU dari mana-mana komputer peribadi (PC) yang bersambung web bila sahaja mereka menggunakan pelayar web.Pengguna boleh juga membuat tempahan barangan yang telah dipinjam oleh orang lain, melihat keratan multimedia dan melihat dokumen yang dicetak dan emel serta pautan imej pada sebarang rekod bibliografi, dengan

memanfaatkan teknologi pelayar yang terkini untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.Web OPAC dipautkan kepada Amazon.com untuk memuat naik kulit buku dan ulasan pengarang bagi rekod bibliografi yang dimuat turun.

https://ikkm.edu.my

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Contact Institut Koperasi Malaysia Reviews

Customer Reviews about Contact Institut Koperasi Malaysia

Personal Financing Loan

Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Mohd Azwan

https://e-penyatagaji.com

Contact Institut Koperasi Malaysia

error: Content is protected !!