Sistem Penyata Pencen Pesara ATM

Pembangunan system penyata pencen Pesara ATM ini adalah sebagai platform bagi veteran ATM membuat semakan penyata pencen atas talian pada bila-bila masa yang diperlukan. Sistem yang dibangunkan ini akan menggantikan sistem penyata pencen yang lama. Sistem ini boleh diakses dari luar dimana veteran ATM sendiri boleh memuat turun penyata mereka tanpa melalui pihak JHEV ATM. Bagi mengakses ke dalam system ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.

Sistem Penyata Pencen Pesara ATM

Sistem Penyata Pencen Pesara ATM Summary

  • System Name: Sistem Penyata Pencen Pesara ATM
  • Category: Electronic Pay Slip
  • System User: Pesara Angkatan Tentera Malaysia ATM

Objektif Sistem Penyata Pencen Pesara ATM

Menerangkan cara-cara penggunaan Sistem Penyata Pencen Pesara ATM. Bermula dengan pendaftaran akaun pengguna sehinggalah cara-cara mendapat penyata pencen.
KEBAIKAN SISTEM SEMAKAN PENYATA PENCEN JHEV ATM

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan

Pendaftaran Sistem Penyata Pencen Pesara ATM

PENDAFTARAN AKAUN DI DALAM SISTEM PENYATA PENCEN Pergi ke URL berikut; http://penyata.jhev.gov.my/penyata

Sistem Permohonan Semakan Kad Veteran ATM

Kad Veteran ATM

Kad Veteran (KV). Kad ini dikeluarkan kepada semua anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dalam ATM termasuk juga anggota yang dikerah sepenuh masa bagi Angkatan Sukarela, Pasukan Force 136, Sarawak Ranger dan juga warganegara yang pernah berkhidmat dengan tentera British; kecuali kepada mereka yang diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera. KBT dikeluarkan oleh JRP mulai tahun 2002 dan KV pula dikeluarkan oleh JHEV mulai 1 Apr 2016.

Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM. Selain veteran mendapat kemudahan/keistimewaan dalam program 1MVRP, kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:

http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp

Kelayakan Wad Kelas Mengikut Pangkat

BilPangkatKelayakan WadCatatan
1.Mej ke Jen1ABilik Seorang
2.Lt M ke Kapt SSjn ke PW11BBilik Berdua
3.Kpl & Sjn1CBilik Bertiga
4.Pbt & LKpl2

Bantuan Kewangan Veteran ATM

Meringankan beban kewangan. Ketahui skim bantuan yang ada untuk mengurangkan beban kewangan anda.

  • Skim Bantuan Kebajikan JHEV
  • Skim Bantuan Kebajikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

Jenis-jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Kebajikan:

  • Skim Bantuan Sara Hidup
  • Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan
  • Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik
  • Skim Bantuan Peralatan Pesakit
  • Skim Bantuan Bencana Alam
  • Skim Bantuan di bawah Yayasan Veteran ATM
  • Bantuan yang diurus oleh Yayasan Veteran ATM bagi mengurangkan beban kewangan Veteran:

Bantuan Zakat

  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen
  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pasangan
  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Anak

http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp

Cara Permohonan Kad Veteran ATM (KV)

Sebagai pemegang kad, pesara dan orang tanggungan yang layak boleh mendapat kemudahan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan maupun Hospital Tentera secara percuma. Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;

o Borang Pendaftaran Veteran ATM
o Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
o Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
o 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan no tentera di belakang gambar.
o Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.

Konsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Bekas pegawai dan anggota ATM layak diberi tambang konsesi KTM iaitu Tren Mel Biasa, Tren Mel Ekspres Senandung Malam sebanyak 25% (dengan menunjukkan KBT) dan bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula mereka layak mendapat potongan sebanyak 50% daripada tambang perjalanan.

Hashtag / Keywords

#epayslip #pesaraATM #KadVeteran

The best destinations around the world.

error: Content is protected !!