Tag: KBI

  • Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI


    Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Koperasi KBI menyediakan pembiayaan dalam pelbagai bentuk kepada anggota koperasi. Produk terhangat skim pembiayaan adalah pembiayaan Peribadi dengan jumlah maksimum RM150,000, skim pembiayaan i Peribadi KBI dengan jumlah RM3,000 minimum sehingga RM100,000 maksimum.

    Selain itu, koperasi KBI menyediakan pinjaman peribadi yang dikenali Pembiayaan Peribadi Khas Dana Bank Rakyat dengan jumlah RM3,000 minimum sehingga RM150,000 maksimum dan tidak ketinggalan pembiayaan peribadi Warga Emas dengan amaun loan RM5,000 maksimum.

    Skim Pembiayaan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Produk pembiayaan lain yang ditawarkan oleh Koperasi KBI kepada anggota adalah pembiayaan tanah, pembiayaan Al-Qardhul Hassan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan perumahan (Belian & Ubahsuai), pembiayaan pendidikan untuk anak yang ke IPT juga pembiayaan Mawaddah iaitu pembiayaan perkahwinan. Pembiayaan Saham ESOS/IPO juga ditawarkan kepada anggota yang layak.

    Skim Pinjaman Peribadi Khas

    Tujuan

    Pembiayaan untuk tujuan Peribadi.

    Kaedah

    • Bai Al Inah atau;
    • Tawarruq

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pembiayaan adalah RM150,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Ribu sahaja)

    Kelayakan

    1. Umur minima 18 tahun hingga 58 tahun sahaja.
    2. Kakitangan kerajaan yang berpendapatan tetap, mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA dan disahkan jawatan. Syarikat swasta tersebut perlu menjadi panel angkasa sekurang-kurangnya setahun;
    3. Perlu mempunyai syer minimum terkumpul untuk syarat layak hak
    4. Anggota hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran RM 180 (RM30 x 6 bulan) dan telah mencarum Tabung Kebajikan RM30 (RM5 x 6 Bulan )
    5. Telah menjadi anggota selama enam (6) bulan
    6. Berpendapatan tetap serta berkemampuan untuk bayaran balik dengan ansuran bulanan tidak melebihi 60% atau 50% (bagi majikan yang menetapkan syaratnya) daripada pendapatan.
    7. Telah berkhidmat selama satu (1) tahun.

    Keuntungan

    Keuntungan dikenakan adalah sebanyak 6% setahun.

    Tempoh Bayaran Balik

    Tidak melebihi Satu Ratus Lapan Puluh (180) bulan atau jumlah maksimum yang dipersetujui oleh institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan.

    Cagaran

    Sekirannya pemohon tidak mempunyai penjamin, pemohon perlu mengemukakan cagaran asset. Pemohon perlu menandatangani surat ikatan penyerahan hakmilik sebagai cagaran atas pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan, kos guaman, duti setem dan takaful ditanggung oleh pemohon.

    Penjamin

    1. Sektor Awam :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai pendapatan tetap dan ada kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA.
    2. Sektor swasta :- Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai Kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM50,000Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM50,000 ke atas.
    3. Bagi bekerja Swasta/Sendiri yang tidak mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA (Sekirannya dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan)
    4. Pemohon perlu mengemukakan seorang (1) penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan sehingga RM20,000.
    5. Pemohon perlu mengemukakan dua (2) orang penjamin yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan ANGKASA bagi jumlah pembiayaan RM20,000 ke atas.

    Pembiayaan Semula

    • Pembiayaan semula hanya untuk jenis rumah yang boleh dicagarkan atas namaKoperasi ini.
    • Bagi tujuan pembiayaan semula (re-financing) pemohon hendaklah mengemukakan nilai harga semasa rumah (dibuat oleh penilai yang sah)dan penyata baki hutang di bank terdahulu.

    Dokumen yang perlu disediakan

    1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
    2. Slip gaji asal 3 bulan terakhir berserta salinan yang disahkan
    3. Segala bukti sokongan termasuk salinan geran tanah, surat perjanjian jual beli dan yang berkaitan dengannya hendaklah dikemukakan bagi tujuan pembiayaan ini. (Yang telah
    4. Geran tanah yang dikemukakan hendaklah menyatakan nama penjual.
    5. Salinan bil letrik
    6. Salinan slip gaji pasangan (pasangan yang bekerja)
    7. Salinan penyata KWSP
    8. Salinan penyata bank gaji dikreditkan

    Caj yang akan ditolak dari jumlah Pembiayaan

    • Takaful – mengikut jadual
    • Bayaran caj proses RM100 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus)
    • Lain-lain caj yang diputuskan oleh Lembaga / dibenarkan oleh SKM.

    Pembiayaan Kenderaan

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli kenderaan baru atau terpakai yang usianya tidak melebihi seratus lapan puluh (180) bulan.

    Kaedah

    • Murabahah atau;
    • Bai bithaman Ajil

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman adalah RM45,000 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Lima Ribu Sahaja

    Skim Pembiayaan Rumah & Ubahsuai Rumah

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli, membina dan mengubahsuai rumah.

    Kaedah

    • Al-Bai Bithaman Ajil atau;
    • Musyarakah Mutanaqisah atau;
    • Bai Al Inah atau;
    • Tawarruq

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    1. RM 100,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja)bagi pembelian rumah dengan cagaran / penjamin
    2. RM45,000 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Lima Ribu Sahaja) bagi tujuan ubahsuai dengan penjamin.

    Skim Pembiayaan Tanah

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membeli Tanah.

    Kaedah

    • Al-Bai Bithaman Ajil atau;
    • Musyarakah Mutanaqisah atau;
    • Murabahah

    Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman adalah RM65,000 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Lima Ribu Sahaja)

    Pinjaman IPT

    Tujuan

    Pembiayaan ini bertujuan untuk membiayai pengajian anggota dan tanggungan di mana-mana IPT atau Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah dengan keutamaan diberi pada pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian di Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), KBI Caltech atau Kolej Instech.

    Kaedah

    • Bai Al Inah atau;
    • Tawarruq

    Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman adalah RM30,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ribu Sahaja)

    Skim Mawaddah (Pembiayaan Perkahwinan)

    Tujuan

    Pembiayaan Peribadi untuk tujuan perkahwinan

    Kaedah

    • Bai Al Inah atau;
    • Tawarruq

    Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja)

    Al Qardhul Hassan (Skim Kebajikan)

    Tujuan

    Pembiayaan untuk tujuan kebajikan

    Jumlah Pinjaman Yang Ditawarkan

    Maksimum jumlah pinjaman adalah RM3000 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja)

    SAHAM ESOS/IPO

    Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah

    Sejajar dengan misi KBI, KBI akan sentiasa meneroka peluang dan produk-produk terbaru yang berteraskan syariah untuk kepentingan ummah.

    Skim Pembiayaan Saham Secara Syariah merupakan produk terbaru KBI, menawarkan kemudahan pembiayaan khususnya kepada individu yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian saham – saham tersenarai di bursa saham Malaysia. Tumpuan utama skim ini ialah untuk membiayai pekerja-pekerja yang bertugas di syarikat-syarikat awam tersenarai ( Public Listed Company) dan mendapat peruntukan Skim ESOS ( Employee’s Share Option Scheme).

    Hubungi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad

    Ibu Pejabat KBI

    KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD (Ibu Pejabat KBI )
    NO. 10, JALAN TC 2A/2
    TAMAN CEMERLANG
    GOMBAK 53100
    KUALA LUMPUR

    Email: kbihq@kbi.com.my

    Urusan Jual Beli emas & perak

    basariah@kbi.com.my
    No. Telefon:603- 4147 2143 603- 4147 2145 603- 4147 2142
    No. Fax: 603- 4147 4942

    Waktu berurusan

    Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang
    Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat di bulan Ramadhan 9.00 pagi hingga 4.00 petang

    Bank urus niaga KBI

    Maybank – 564061102115
    Bank Islam Malaysia Berhad – 14014010002564
    Bank Muamalat Malaysia – 14140002661712
    Bank Simpanan Nasional Berhad – 1410029000004560

    Nota: Segala urusniaga atas nama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Sila call hq KBI terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan.





    Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI Personal Loan

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI: Ringkasan

    • Tajuk Artikel: Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI
    • Kategori: #pinjamanperibadi #koperasi #KBI 
    • Tujuan: #MaklumatAm 

    Promosi Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik

    Perlukan penyelesaian kewangan fleksibel? Dapatkan pinjaman dan dana yang anda perlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Pilih dari institusi koperasi terkemuka yang menawarkan kadar faedah rendah dan kelulusan cepat. Mulakan perjalanan kewangan anda hari ini dan capai impian anda dengan lebih mudah!



    Koperasi

    Web Directories

    Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

    1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
    2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
    3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
    4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
    5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
    6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
    7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
    8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
    9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
    10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
    11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
    12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
    13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
    14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
    15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
    16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
    17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
    18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
    19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth

    *Source: kbi.com.my official website

    Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Dapatkan jawapan kepada semua maklumat penting disini. Pelajari tentang ciri-ciri utama dan produk serta perkhidmatan yang disediakan, semuanya pada satu tempat.

    Apakah perkhidmatan pinjaman peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI yang lain?

    Selain dari pinjaman peribadi, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI juga menjalankan pembiayaan seperti dibawah:-

    1. Pembiayaan Tanah
    2. Pembiayaan Al-Qardhul Hassan
    3. Pembiayaan Kenderaan
    4. Pembiayaan Rumah (Belian & Ubahsuai)
    5. Pembiayaan Pendidikan (IPT)
    6. Pembiayaan Mawaddah (Perkahwinan)
    7. Pembiayaan Saham ESOS/IPO
  • Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI

    Pinjaman Peribadi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI Personal Loan

    Latar Belakang KBI

    Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah.

    Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI.

    Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori “Koperasi Model” pada tahun 1985 dan “Anugerah Kualiti” pada tahun 1993.

    Matlamat :Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

    Konsep :Konsep KBI adalah bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta’awun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat menggerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.

    Visi

    Menjadi sebuah Koperasi Islam yang Cemerlang, Mantap dan Berkesan.

    Misi

    Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah kepada kami di KBI, kami akan mengembeling segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.

    Sebagai manifestasi pengabdian, serta memenuhi seruan untuk menjadi umat terbaik dan manusia bermanfaat, kami beriltizam dan istiqamah untuk memajukan KBI menerusi pencapaian prestasi kewangan, prasarana, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh.

    Menzahirkan kesyukuran atas setiap kejayaan yang dicapai, kami komited untuk berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

    Nilai

    • Ikhlas
    • Amanah
    • Adil
    • Kasih Sayang
    • Cemerlang
    • Bermakna

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan kamu satu jual-beli yang akan menyelamatkan kamu dari penyeksaan yang perit? Berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kamu berjuang dijalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu. Sesungguhnya itulah yang baik untuk kamu sekiranya kamu benar-benar tahu!” ( as-saff:10-13 )

    • Apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI?

      Di Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI, produk dan perkhidmatan yang dijalankan tidak terhad kepada seperti berikut di bawah:-

      1. Skim pembiayaan / pinjaman peribadi
      2. Simpanan dan Pelaburan
      3. Infaq dan Kebajikan
      4. Dan lain-lain produk KBI

    Keanggotaan di KBI

    Skim pembiayaan mengikut prinsip dan kaedah syariah. Setiap anggota yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan layak memohon skim pembiayaan berikut: Al-Qardhul Hassan, Peribadi (Bai al-Inah), IPT, Kenderaan, Tanah, ubahsuai rumah dan pembelian atau pembinaan rumah.

    Tabung Kebajikan berdasarkan konsep khairat kematian; anggota akan memperoleh sumbangan bagi kes kematian, kemalangan, perubatan dan musibah am mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh KBI. Melalui Tabung Kebajikan juga KBI menawarkan sumbangan Insentif Anak Cemerlang bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

    Kursus dan latihan Anggota juga ditawarkan mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kefahaman koperasi; selain kursus meningkatkan kemahiran seperti perakaunan, komputer, pengurusan dan lain-lain. Semua kursus dan latihan adalah anjuran Maktab Kerjasama Malaysia dan ANGKASA. Menikmati peluang perniagaan anak syarikat dan subsidiari melalui bidang perniagaan seperti pelaburan dan hartanah, anggota berpeluang ditawarkan pembelian unit-unit rumah dan bangunan atau menyertai skim pelaburan melalui anak syarikat dan subsidiari.

    Tabungan sambil memperoleh pulangan KBI mendidik anggota menabung melalui caruman saham dan simpanan, dengan kelebihan anggota boleh memperoleh pulangan (berdasarkan prestasi tahunan KBI dan anak syarikat) dengan pembayaran dividen, saham bonus atau bonus simpanan.

    Bersama memperkasa ekonomi ummah Cita-cita dan komitmen KBI untuk ‘memperkasa ekonomi ummah’ seharusnya disambut dengan penyertaan aktif anggota melalui caruman baik dalam bentuk saham, simpanan mahupun Tabung Kebajikan. Wang yang terkumpul tentunya dibelanjakan untuk manfaat anggota, ummah dan perjuangan menegakkan kekuatan ekonomi umat Islam.

    Permohonan Menjadi Anggota

    Untuk menjadi anggota koperasi mestilah:-

    • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam.
    • Permohonan keanggotaan hendaklah dikemukakan beserta dengan bayaran RM110.00.
    • Bulanan caruman minimum RM35.00.
    • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi.
    • Borang keanggotaan boleh didapati di koperasi ataupun boleh dimuat turun dari laman web ini.
    • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan.
    • Semua permohonan akan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keanggotaan.
    • Kelulusan permohonan menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis.

    Kelayakan

    Kelayakan untuk menjadi anggota koperasi ialah:-

    1. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia beragama Islam yang berstatus kerja tetap mahupun kontrak.
    2. Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah:-
    3. Warganegara Malaysia.
    4. Berumur lapan belas tahun ke atas.
    5. Beragama Islam.
    6. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam Koperasi.
    7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

    Simpanan dan Pelaburan

    Terdapat 3 pakej simpanan dan pelaburan iaitu Skim Simpanan Tahayyu’ (tujuan mengerjakan Haji, Umrah & Ziarah), Dana Pelaburan Al-Husna dan Simpanan Khas.

    Infaq dan Kebajikan

    Perkhidmatan yang ditawarkan adalah Tabung Kebajikan KBI dan Dana Tabarru’ Al-Ehsan (Berkonsepkan Infaq & Jariah).

    Lain-lain Produk di KBI

    Selain dari produk dan perkhidmatan yang seperti di atas, koperasi KBI juga memberi perkhidmatan lain seperti Jual beli Dinar & kepingan Emas, Agen Takaful iaitu menyediakan perkhidmatan Takaful, Pengurusan dan Perancangan Harta Pusaka Islam (Wasiyyah Shoppe Berhad).

    Selanjutnya, perkhidmatan lain seperti Pendidikan peringkat Diploma di Kolej Dar Al- Hikmah dan Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Automotif dan Bakeri di Pusat Latihan Kemahiran KBI-Caltech

    Hubungi Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad

    Ibu Pejabat KBI

    KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD (Ibu Pejabat KBI )
    NO. 10, JALAN TC 2A/2
    TAMAN CEMERLANG
    GOMBAK 53100
    KUALA LUMPUR

    Email: kbihq@kbi.com.my

    Urusan Jual Beli emas & perak

    basariah@kbi.com.my
    No. Telefon:603- 4147 2143 603- 4147 2145 603- 4147 2142
    No. Fax: 603- 4147 4942

    Waktu berurusan

    Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi hingga 5.00 petang
    Waktu berurusan Isnin hingga Jumaat di bulan Ramadhan 9.00 pagi hingga 4.00 petang

    Bank urus niaga KBI

    Maybank – 564061102115
    Bank Islam Malaysia Berhad – 14014010002564
    Bank Muamalat Malaysia – 14140002661712
    Bank Simpanan Nasional Berhad – 1410029000004560

    nota: Segala urusniaga atas nama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad. Sila call hq KBI terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan.

    https://www.kbi.com.my

    Hashtag / Keywords

    #pinjamanperibadi #personalloan #pembiayaanperibadi #personalfinancing #koperasi #KoperasiBeliaIslamMalaysiaBerhad #KBI 

    Cari Pinjaman Peribadi Lain?


    Click Here

    Contact Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad KBI



    Home


    KBI Loan

error: Content is protected !!