Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB Pinjaman Peribadi

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB Personal Loan

About Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB)

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) mula ditubuhkan pada 1 Disember 1973 sebagai sebuah syarikat kerjasama yang diberi nama syarikat Pinjam Meminjam Dan Jimat Cermat Kakitangan Lembaga Pelauhan Johor. Pendaftaran keahliannya bermula pada 1 Januari 1974 dengan ahli seramai 45 orang.

Di dalam Mesyuarat Agong Pertama (sementara) yang diadakan pada 7 Febuari 1976 mesyuarat telah bersetuju supaya nama syarikat ditukar kepada Koperasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor Berhad (KKLPJB) dan pendaftarannya telah diluluskan pada 22 Januari 1977.

Pada Mesyuarat Agung yang diadakan pada 30 November 1996 KKLPJJB menukar namanya kepada Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB). Pertukaran nama ini dilakukan adalah bersabit dengan fenomena perubahan pengswastaan yang berlaku di Lembaga Pelabuhan Johor bersama Johor Port Berhad. Pendaftaran pertukaran nama KPJB telah diluluskan pada 26 Febuari 1997.

Anggota-anggota Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB

Keahlian KPJB adalah terdiri daripada Kakitangan tetap Johor Port Berhad, JP Logistics Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Johor. Keahlian terkini adalah seramai 950 ahli.

  • Apakah perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB?

    1. Pinjaman peribadi
    2. Stesen minyak
    3. Sewaan rumah kedai
    4. Wakil Insurans Takaful
    5. Pembekal pekerja dan barang

Produk Dan Perkhidmatan - Pinjaman Peribadi Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB Pinjaman Peribadi

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB ada menyediakan pinjaman peribadi kepada ahli-ahli Koperasi Pelabuhan Johor Berhad. Pihak kami yakin dengan adanya kemudahan ini dapat membantu ahli-ahli dan pembangunan koperasi juga. Kemudahan pembiayaan yang selesa dan membantu ekonomi negara. Antara pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB adalah seperti berikut:
1. Pembiayaan Berjamin
2. Pembiayaan Kecemasan
3. Pembiayaan Insurans dan Cukai Jalan

Stesen Minyak

Stesen terletak di Jalan Baja, Pasir Gudang ini mula beroperasi semenjak 15 November 1988. Selain dari penjualan minyak secara tunai kepada umum ia memberi kemudahan kredit kepada kenderaan-kenderaan rasmi JPB, JPL, syarikat-syarikat swasta dan juga kepada ahli Koperasi. Caltex Mart menawarkan pelbagai makanan, minuman serta barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Minyak Caltex Techron bermutu tinggi dan sesuai untuk semua jenis kenderaan.

Sewaan Rumah Kedai

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB memiliki 3 buah rumah kedai di persekitaran Pasir Gudang yang disewakan kepada penyewa. Maklumbalas daripada pihak penyewa adalah sangat menggembirakan pihak Koperasi. Selain sewa bulanan dengan harga yang berpatutan, layanan dari pihak pejabat Koperasi memuaskan hati penyewa. Kami berhasrat untuk memberi peluang peniaga-peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan selesa. Peluang untuk menyewa ruang kedai atau pejabat dengan keselesaan yang dijamin.

Wakil Insuran Takaful

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB adalah wakil insuran Takaful Malaysia yang sah. Pihak kami ada menyediakan pembaharuan insurans dan cukai jalan untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat. Koperasi memberikan pulangan (rebate) 5% kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami untuk pembaharuan insurans. Pelanggan yang dihormati akan berpuas hati dengan layanan kami dan usaha pembaikan akan dipantau dari masa ke semasa. Pulangan 5% untuk setiap pembaharuan insurans dan cukai jalan.

Pembekal Pekerja dan Barang

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad menyediakan perkhidmatan pembekal pekerja dan barang selaras dengan pembangunan negara. Perkhidmatan ini akan membantu Koperasi bergerak lebih jauh serta memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada pembekal. Barang-barang yang turut dibekalkan seperti baju pekerja (Johor Port, JPL dan lain-lain), pakaian seragam polis, kasut, t-shirt, safety helmet juga barang-barang keperluan lain. Pihak kami akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami yang dihormati. Menyediakan pekerja yang berdedikasi dan barangan yang berkualiti.

https://koopjb.com

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB Pinjaman Peribadi Reviews

Customer Reviews about Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB Pinjaman Peribadi

Personal Financing Loan

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) menyediakan produk dan perkhidmatan seperti pinjaman peribadi, stesen minyak, sewaan rumah kedai, wakil insuran takaful juga pembekal pekerja dan barang

Mohd Azwan

https://e-penyatagaji.com

Contact Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB Pinjaman Peribadi

error: Content is protected !!